Nak citer nie..
Pasal
![]() |
| Imam al-Ghazali |
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:
1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita
di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru,
teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah
SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika
itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka
sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini
(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)
2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang
kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China,
bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang
mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa
lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan
yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar
dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan
manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh
Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka
terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu
melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang
lalai.” (Surah Al A’araaf 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan
sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling
berat di dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua
jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah
“memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab
amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya),
maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah)
sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka
pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72
)
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua
tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin)
di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah
SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang
amanahnya.
5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling
ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan
daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di
dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan
solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang
paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang…
Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana
melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri.
P/S : Even nie copy paste, but still nie sangat lah bergune kat kite..


No comments:
Post a Comment