![]() |
| Aku Ingin Syurga -the cure- |
Tangga yang berderet naik ke atas dinaiki satu persatu. Sambil tangan kiri mengangkat sedikit kain baju kurung. Haruslah angkat. Jatuh tersodok kang tak pasal-pasal malu. Bila naik tangga ni, semangat nak bercakap pun dah hilang. Tak bercakap pun, nafas dah tercungap-cungap, sahkan kalau bercakap. Pengsan agaknya. Hani cuma memandang je keadaan sekeliling.
Sambil jalan, sambil pasang mata. Tipical perempuan.
Alah, sama je. Kalau dah gedik tu,lelaki ke perempuan ke sama je.
Jannah pulak jalan dia sentiasa tak hirau orang. Jalan je ke depan. Nafas mantain. Orang rajin bersenamlah katakan.
"Jenny, aku lapar. Aku gi cafe jap. Jaga tempat aku satu." Terus kaki melangkah ke hadapan instead of naik lagi satu tingkat.
"Okie." Sambil angguk kepala.
Masuk di cafe. Kuih-muih menjadi tatapan pilihan. Betapa banyak kuih kat situ, satu je yang dia ambil. Donat. Hanya 50sen sahaja. Dan paling besar. Paling kenyang di waktu pagi. Kedekut betul. Sambil tersenyum pada pakcik kuih tu, dia menghulurkan sekeping note biru.
Habis buat pembayaran, "Oh mak kau!"
Mata cuma mampu merenung donat dah terkeluar dari plastik dan sekarang berada di tanah. Mengeluh seketika. Tu lah kedekut lagi. Tanpa memandang siapa yang dia terlanggar, terus kutip donat yang terdampar tak bernyawa tu. Bukan rezeki. Dalam hati berkata-kata. Takpelah, beli roti kat koop je. Pujuk hati.
Terdengar perkataan 'Sorry'. Suara lelaki. Tak nak lah pandang. Telah menjahanamkan pagi aku. Sedih. Mulut menjawab "Tak pe." Dalam hati punyalah menyumpah tak habis, sambil pujuk hati.
"Saya ganti nak?"
Hani yang masih dalam operasi mengutip donat, berkata, "Tak apelah. Bukan rezeki." Gentlementnyalah lelaki zaman sekarang.
Terus bangun menuju pintu cafe. Tanpa melihat pun siapa makhluk bernyawa tu.
Syabab terdiam seribu bahasa. Dah dia tak nak, takkan nak paksa. Bukan salah aku pun. Dia yang tak pandang orang belakang. Manners Syabab. Manners.
Nak beli donut pun dah tak selera. Tak pelah hari ni niat puasa sunat je lah. Biar kurang sikit dosa tu.
Kerusi kosong di sebelah Jannah di duduki.
"Bukan kata nak gi cafe ke? Cafe mana ada roti cenggini?"
"Kau rasa?"
"Koop."
"Hmmm." Tiada nada.
"Dah kenapa pulak ni? Masang cetong muka." Keluar loghat terengganu dia.
"Nantilah aku story-mory."
by


No comments:
Post a Comment