![]() |
| -the cure- |
Dalam tengah belek-belek purse, tengok duit ade singget je. Dalam hati kata , "sengkeknya aku!".
Tiba-tiba teringat, eh, Ami ade hutang ngan aku lah, jadi along ah kejap, tengah pokai ek pon.
Terus langkah kaki gerak ke arah Ami, slow-slow bisik kat telinga Ami, "Ami,,,,sudi tak kau nak bayar hutang aku sekarang?" , buat muka comel dia.
"Ohh, ok-ok, aku nak bayar dah dari semalam lagi, ashik lupa je, sorry. Bape ea?10 ingget 10sen kan?", Ami belek purse dan ambil note RM10 terus bagi kat Tiqa. Belek sekali lagi nak cari 10sen. Tapi, tiba-tiba Tiqa bersuara, "Ambik jelah je lah 10sen tu, 10sen je pun".
Ami jawab, "K,Q(tq)"
Daripada cerita kat atas , saya nak tekankan pasal 10sen je pun tu, halal ke?
Kenapa saya tanya macam tu?
Sebab kita sentiasa bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan, dan maksud tanggungjawab nie ialah kita ada jawapan apabila disoal. Lillahi taala. Ye tak?
Orang kata, alaa seposen pon nak berkira, 10sen jepun!
10sen mungkin xde makne bagi kita. Tapi persoalannya bukan berkira ke tak. Persoalannya ialah duit 10sen jepun yang kita tak nak orang anggap kita berkira sangat tu, halal ke tak? Ikhlas ke tak? Rasa Allah nak bagi pahala tak? Rasa dapat berkat tak? Rasa Allah redha tak?
10sen jepun jadi masalah....alahai che-che sekalian, sedangkan pahala seberat biji sawi pon Allah catat, inikan 10sen. Tak ke?
Insyaallah kita ubah perangai kita..cop!cop! bukan nak suruh wajib bagi jugak 10sen tu, tapi insyaAllah, niat kerana Allah. Moga-moga kita dapat jadikan 10sen jepun kita tu sebagai pemberi pahala yang besar kepada kita andai kita tetap tak nak berkira dengan kawan kita. Serta mendapat keberkatan.
Mesej ini di berikan kepada saya oleh my precious ukhti. And dia membawa saya untuk berfikir dari sebesar-besar perkara hinggalah ke sekecik-kecik perkara.
Jom lillahi taala!
Assalamualaikum..
smile :)


No comments:
Post a Comment