ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Saturday, 14 December 2013

karbon monoksida vs drama korea

uhukk.uhukk!-the cure-



“Ustaz, ye ke tengok drama korea ni macam karbon monoksida?”, Aqil bertanya kepada ustaz.
            
“Maksud awak?” Dahi ustaz berkerut sedikit, tanda kurang faham penggunaan perkataan Aqil.

“Maksud saya hmmm..membunuh dalam diam.”Aqil menerangkan apa yang dimaksudkannya dengan harapan ustaz akan faham tentang apa yang dipersoalkan.
            
Ustaz berfikir sejenak. Berfikir dahulu secara rasional setiap kali ingin menjawab apa-apa soalan yang datang kepadanya tidak kira dari sesiapa pun menjadi prinsipnya sehingga kini, dan selalunya penuju soalan adalah para pelajarnya. “Awak bertanyakan saya tentang salah ke tengok drama korea?

Sejurus melihat Aqil mengangguk, ustaz menyambung. “Salahkah ia? Tengok tu tak adalah sampai jatuh haram, tapi termasuk dalam kategori perkara sia-sia plus buang masa. Sekiranya manfaat lebih banyak dari keburukan, silakan tengok. Tapi kalo ada adegan yang buka aurat and maksiat tak boleh tengok la sebab tu dosa-dosa kecil. Dan perkara yang menjadi keutamaan seperti ibadah perlu didahulukan. Kalo sampai lambat solat dan melalaikan perlu dielakkan sebab tu dosa. Dosa kecik ni bila lama-lama akan jadi besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.”
            
Ustaz berhenti setakat itu. Aqil yang khusyuk mendengar mendapat input yang sangat bernas hari ni. Sambil tangan mencungkil habuk meja yang berada diantara dirinya dan ustaz, Aqil berbisik dalam hati, ‘Takkan tak boleh tengok langsung?Sob sob sob,,sedihnya’ Aqil bertanya lagi tanda masih ada yang berlegar di hatinya. “Kalo ustaz, ustaz tengok ke?”
            
“Awak tanya kalo saya kan? Alangkah baiknya kalau masa yang digunakan untuk tengok benda-benda tu digunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah, baca Quran ke, solat sunat ke, bantu orang susah ke, buat dakwah ke. Pahala insyaAllah konfem dapat. Tengok benda-benda tu... Hmm belum tentu dapat pahala. Buang masa memang dah konfem dah. Allah sebut kan dalam surah al-Asr? Siapa dia golongan yang paling rugi tu?” Ustaz menjawab.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr 103:1-3)

“Thanks ustaz, saya cuba.” Dengan muka sedikit sedih Aqil mengucapkan terima kasih. Bukan kerana ustaz memarahinya, tapi kerana merasa dirinya bersama orang-orang yang rugi.
            
Ustaz tersenyum mendengarnya.


~~~~~~~

Membuang masa. Dua perkataan yang apabila dijadikan satu term tidak pernah terfikir olehnya selama dia menonton drama korea sebelum ini. Dia rasa terkesan ke hati. Ya! Dia tahu akan surah itu, tetapi tidak pernah merasakan dirinya berada dalam golongan itu. Ya! Dia ingat satu persatu ayat dalam surah itu, namun tak pernah ingin menghayati maksudnya. Ya! Dia tau maksud ayat itu daripada sesi ceramah yang selalunya dia hadiri, namun tak pernah menyerap ke sanubari.

Mungkin kerana merasakan bahawa dia seorang yang cukup mengikut jadual waktu yang telah dibuat, dan semestinya, dalam jadualnya dia akan menghabiskan satu jam sehari untuk menonton korea. Ek. Tak pelik pun dengan jadualnya kerana orang lain pun ada yang membuat perkara yang sama.

Dan sekarang, setelah mendengar jawapan dari ustaznya, dia merasakan dia perlu memuhasabahkan dirinya semula dari saat ini. Dia ingin menjadi mujahid setia. Dan sebenarnya dia sangat sayang kepada ustaznya yang sorang ni, sebab ustaznya selalu tenang dan cukup untuk menenangkan orang lain dengan air wajahnya yang dia rasakan penuh keikhlasan.
            
Insyaallah.

~~~~~~~

Saya petik jawapan nie semestinya bukan dari pokok durian bahkan bukan jugak pokok mangga. Tapi ia adalah jawapan dari dua orang pahlawan setia agama. Saya bertanyakan soalan ini kepada ramai dan jawapan yang hampir sama yang saya dapat. Dan disebabkan nie adalah antara jawapan yang saya rasakan terkesan dihati, saya ingin berkongsi kepada kamu orang. Ek.

Dan kepada sorang lagi yang menjawab pertanyaan saya ini dengan menggunakan blog beliau, terima kasih. Cukup berkesan di hati yang kering dengan jawapan ini. Saya akan cuba bermujahadah, insyaAllah, dan saya mengharapkan kamu orang jugak tak lalai dari layan drama2 korea. Ups! Nie saya specifickan kat drama korea je kan? Padahal drama melayu pown sama je! Uhhh?

Ehehe. Seriously, saya masih dalam usaha nak membuang segala rasa cinter kepada drama. Namun , apakan daya, saya seorang yang masih lemah dan masih memerlukan masa untuk hadapi perubahan. Ya! Ia sakit kan? Sakit nak tinggalkan tabiat kita. Jadi, saya sedang mengurangkan waktu yang saya luangkan untuk drama-drama nie, saya takut jika saya ambil langkah drastik, saya akan tersungkur lalu jatuh secara mendadak. Ini kata saya, hacksflower, kata kamu orang?

“Kami drastik pon boleh! Apa celop tot kurang-kurang?”

“Ha??tinggalkan? mana boleh! Dalam jadual saya dah tulis kat situ 3 jam untuk korea satu hari, dan tak mungkin akan berubah jadual saya. Muktamad!”

“Emm,,tengoklah dulu Cik Hacks, saya rasa tak boleh nak tinggalkan lagi, tunggulah sampai orang korea tak buat drama baru saya stop tengok.”Ekk??

Apa pun alasan kamu orang, boleh tinggalkan atau tak boleh, terpulang pada diri masing-masing ingin mengejar cinter sape? Dan insyaAllah cinter abadi yang kita pilih.

Dan Cik Hacks ingin mengingatkan bahawa, hidup kat atas dunia nie sekejap sangat. 24jam sehari akan berlalu pergi tanpa melihat kebelakang kembali. Namun diri nie lah yang akan menyesal di kemudian hari jika 24jam sehari itu berlari tanpa hati dalam sanubari.


Assalamualaikum.

No comments: