Mata melilau membaca satu persatu destinasi yang begitu banyak tertera di hadapan kaunter. Mencari Jalan Pekeliling setelusnya.
Setelah membeli tiket, Nabila terus menyimpan di dalam beg galas belakangnya. Uit..pakai beg galas je? Tak classnya.
Hello, saya memandu motor okey? Eh silap. Membonceng ye.
Selesai satu masalah. Tapi...rumah Kak Lily kat Greenwood kot. Jauh jugak stop kat Pekeliling. Memang kesian ah kat Kak Lily kalau dia ambil aku jauh-jauh. Huhhhh...
Bell! Stop mengeluh. Allah kan ada. Yakinlah. Hasbunallah wanikmalwakil.
Okey. Relaks. Tarik nafas. Janji dah tak nak mengeluh. Hembus. Yeah..better.
Nabila membuka conversationnya dengan Kak Lily. Memulakan perbualan. Bismillahhirrahmanirrahim.
-Assalamualaikum.
-Bell dah beli tiket lusa. Pukul 9pagi.
-Nanti, bila dah sampai kat Pekeliling tu kan, ada tak LRT ke? Bas ke? Teksi pun okey je kot.
-Kasi dekat siket dengan rumah akak.
-Huhu.
Rasa dah cukup berbasa-basilah tu ek? Hehehe...yalah kotnya. Tak tau bahasa bunga apa lagi yang patut guna sebab tengah nak minta tolong orang tumpangkan rumah ni. Kes serius. Jadi, kena nampak cam serius la jugak. Adoyai...
Kak Lily reply.
~Waalaikumussalam.
~Sampai kat sana nanti, ade LRT dengan STAR.
~So, Bell pilih yang mana satu Bell nak naik, nanti akak bagitahu station mana nak stop.
~Okey ke?
Ek...STAR? Ape kebendenye tu? First time ni dengar. Yeah, I know I jakun. Jangan gelak (gaya mat lutfi buat video parody LISTEN).
-Okey je. Thanks akak.
-Jasamu dikenang.
Selesai berwhatsapp, Nabila berfikir seketika tentang perjalanannya. Bayar yuran untuk masuk program Untuk Kita Pendosa yang dianjurkan oleh Langit Ilahi ini, dia tidak rasa sikit pun menyesal. Untuk mendaftarkan diri ke dalam program ini, dia sanggup berkorban RM50 (termasuk makanan). Dan disebabkan program ini dilaksanakan di UIA Gombak. Dia harus menghabiskan duit lagi untuk tambang bas dari Kuantan.
Walaupun begitu, dia masih terasa itu adalah pengorbanan yang dia ingin buat untuk merecharge imannya. Sedang sekarang sudah hampir dua minggu dia duduk di rumah. Kerja hanyalah makan, tidur, solat, ngaji sikit, baca novel cintan - cintun yang dia rasa agak menurunkan iman kadang-kadang2, dan tonton drama Melayu yang disiarkan di TV3 sekarang iaitu Playboy Itu Suami Aku.
Kadang dia merasakan apabila dia melewatkan maghrib kerana ingin melihat drama itu, seperti dia sedang menolak cinta Allah. Aii...tengok cerita pun tolak cinta jugak ke?
Bukanlah begitu. Menonton drama itu baginya tidak ada salahnya jika sekali-sekala bagi Nabila. Namun, imannya yang lemah sering tergoda apabila datang godaan setan seperti :
"Uit bro...! Lek lu. Tak lari bilik air di kejar. Tak hilang sejadah kat penyangkut tu lah. Tunggulah sampai cerita ni habis dulu."
"Lima minitlah lagi. Tunggulah iklan dulu, baru gi solat. Bukannya masuk Isyak lagi pun."
"Kau kalau termiss part ni memang rugilah. Tak faham nanti flow dia."
Dan sememangnya setiap hari Isnin hingga Khamis, semenjak Nabila berada di rumah, termakan juga dengan godaan itu. Hailaaaa...manusia dan nafsu. Memang tak boleh dipisahkan. Tapi percayalah, kita mampu untuk mengawalnya dengan iman.
Dengan pemikiran yang dia rasa agak panjang ini, Nabila sanggup menghabiskan duit untuk menyertai program tersebut. Lebih tepat lagi dia menambahkan saham akhiratnya. RM50 bukanlah suatu yang besar jika ingin ke arah melaksanakan tuntutan iman baginya.
Dulu, dia sanggup menghabiskan duitnya untuk membeli novel-novel melayu cintan-cintun yang kini masih berada di atas raknya. Novel kot... paling murah pun RM17. Dan yang paling mahal dia pernah beli dalam RM32. Waktu itu, dalam fikirannya, novel adalah pengisian jiwa. Tak ada novel, tak terasa bahagia! Over...! Tapi memang itu hakikatnya.
Kini, melihat novel-novel di atas rak, kadang dia ambil untuk membaca, meleleh kot air liur nampak novel. Tapi dalam dia membaca, dia merasakan bersalah juga. Membazir masa dengan apa yang dah tahu. Buat apa ulang lagi kalau dah tahu ending dia macam mana. Tak ke?
Ceritanya sama jugak. Hero heroin sama jugak. Plot pun sama jugak. Ending lagilah sama. Tapi itulah, dalam jiwa masih ada rasa ingin membaca walau sudah tahu. Sedih hati. Menangis iman.
Oleh sebab yang demikian, Nabila tidak mahu cuti yang bakal dia lalui dua minggu akan datang nanti, jadi seperti ini lagi. Sia-sia dua minggu berlalu tanpa berbuat kebajikan.
Tak pergi surau ke? Ceramah tak dibuat kat surau eh? Kat kampung tu memang tak ada surau? Sampai sanggup pergi ke KL nun di sana.
Bukanlah tak ada. Tapi disebabkan dia baru sahaja berpindah di kampung baru ni, dia malu untuk bertandang ke surau kerana pintu depan surau itu adalah pintu jemaah lelaki. Pintu jemaah perempuan harus melintasi dahulu pintu lelaki. Dan di sebelah surau itu ada padang futsal dan gerai makan yang selalu dipenuhi oleh lelaki yang melepak. Dia menjadi takut untuk pergi ke surau itu. Takut terjadinya fitnah kalau-kalau hanya dia seorang perempuan dikampung itu yang pergi kesana.
Tidak tahu bilakah akan timbul kekuatan untuk pergi ke surau untuk merecharge iman setiap hari. InsyaAllah suatu hari nanti. Bersama-sama para sahabat mungkin.
bersambung...
-Perjalanan Seorang Diri 1
-Perjalanan Seorang Diri 2
-Perjalanan Seorang Diri 3
smile n smile again. iklas la. :)

No comments:
Post a Comment