![]() |
| -the cure- |
Astagfirullahhalazim! Pukul 7.30 pagi dah? Miss subuh. Ni mesti pasal tak dengar alarm ni. Haila...alarm, alarm. Kau jugak yang dipersalahkan. Padahal diri sendiri yang tak reti nak tidur sebelum pukul 1.
Nabila memang ada masalah bangun pagi. Dan kitaran tidur sangatlah harus dijaga sepenuhnya oleh tuan punya badan. Kalau nak bangun awal, yakinlah, tidur awal dapat membantu. Kalau rasa nak miss subuh, haaa...trylah tidur after1 a.m.. Confirm! Kalau tak ada orang yang kejut, memang alarm takkan dapat membantu disaat ini. Percayalah.
Selepas melihat masa di handsetnya, dia membuka pula application Zairopray untuk tahu waktu dhuha bermula pukul berapa. 7.40 a.m. dinyatakan.
Nabila bangun dari pembaringan, duduk seketika mengumpul tenaga untuk bangun. Mengambil tuala dan terus ke bilik air menyegarkan badan.
Semasa mandi, pelbagai fikiran datang menerpa.
~~Menyesalnya baca novel semalam sampai pukul 1 pagi. Kan dah miss subuh.
-- Alah relakslah. (Setan punya bahasa)
~~Rasa sedih kan Bell? Tak dapat nak istiqamah menunaikan kewajipan. Nak gi Kita Pendosa bagai, tapi berani tinggalkan yang wajib. Kan dah tahu, tak dapat nak bangun awal kalau tidur lewat, kenapa masih tidur lewat lagi?
--Bell, bukan tak boleh ganti. Qada je lah. Sedih bagai dah kenapa?
~~Qada tak sama. Dapat yang tiruan je. Yang original dah habis. Rugi giler...hailaa.
Benda dah jadi, okey Bell. Kuatkan semangat. Mintak ampun banyak-banyak. Doa-doalah moga kemissan subuh kau ni tak ada effect dengan perjalanan hari ni. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Kan?
Dah habis fikir masalah tadi, fikiran lain pula yang datang.
Apa lagi yang nak bawa. Baju muslimah dah, jeans, belt. Berus gigi, ubat gigi , Safi (pencuci muka) lepas ni ambil tak apa. Harap kau tak lupa, Bell. Stokin, handsocks. Telekung tak payah. Pinjam aje dengan Kak Lily. Lagi?Hmm...tak ada apa yang penting dah kot. Hope so.
Selesai bersiap di dalam bilik air, tanpa berlengah, Nabila segera membuka pili air dan mengambil wuduk. Ingin mengqada solat subuh dan solat sunat dhuha. Dia juga bercadang untuk menyimpan wuduknya ini dalam perjalanan. Tapi dia yakin, wuduk ini takkan kekal lama. Nanti dia akan tertidur dalam bas. Pasti terbatal.
Ah...! Tak kesahlah batal ke tak. Yang penting niat aku nak simpan wuduk ni.
Ah...! Tak kesahlah batal ke tak. Yang penting niat aku nak simpan wuduk ni.
Batal tak batal belakang kira.
Usai solat, dia mengambil apa yang patut lagi. Tafsir al-Quran berzip berwarna perang berkilat kesayangannya juga dibawa bersama. Novel Syabab Musafir Kasih yang dikarang oleh Fatimah Syarha juga di masukkan ke dalam beg. Ingin dibacanya di dalam bas nanti hajatnya. Sekarang dia sudah hampir menghabiskan dua pertiga dari novel itu. Tinggal satu pertiga lagi. Tapi ni bukanlah novel yang dibacanya semalam yang menyebabkannya terlewat tidur.
Ohoi! Nak menghabiskan novel-novel islamik seperti ini harus mempunyai semangat. Dan disebabkan dia selalu terliur dengan novel cintan-cintan di atas rak, maka hati lebih tertarik untuk membaca cintan-cintun dari novel sebegini. Baginya sangat susah. Terbuktilah sebab Nabila start membaca muka surat pertama novel itu kira-kira seminggu selepas dia balik. Ini bermakna seminggu yang lalu. Dan novel Syabab Musafir Kasih ini tidaklah setebal mana sebenarnya. Nipis sangat dari novel biasa.
Kalau ikutkan nisbah bacaan novel cintan-cintun yang dibacanya, dia boleh menghabiskan novel itu dalam sehari setengah sahaja. Namun, apakan daya. Godaan syaitan lagi. Keinginan hati lagi. Ketertarikan nafsu lagi. Memang kalahlah kadang-kadang imannya yang memang sudah sedia ada tipis. Macam mana lahkan para sahabat dulu mantapkan, kekalkan dan tingkatkan iman mereka? Mereka manusia. Habis kita apa? Manusia juga. Jadi tak mustahil kita boleh jadi seperti mereka. Usahalah Bell. Jangan cakap saja!
Dengan ucapan Bismillah, Nabila memakai stokin hitamnya. Sejak dia berjinak dengan memakai stokin lebih kurang sepuluh bulan yang lalu, kini dia menjadi malu apabila kakinya dilihat oleh lelaki yang lain di luar rumah. Sangat-sangat malu. Terasa kaki ditelanjangkan, kesian kaki. Sob sob sob...
Dulu, semasa dia di tingkatan empat dan lima, dia telah berpindah ke sekolah berasrama penuh. Ternyata cikgu disiplin di situ bergabung bersama ustaz-ustaz dan meletupkan kuasa yang ada pada mereka untuk menjadikan sekolah itu sebagai sekolah berunsurkan Islam. Stokin dan handsocks wajib dipakai setiap masa. Waktu perhimpunan petang sebelum ke surau, kadang-kadang ada spotcheck. Hah! waktu tu siapa yang rasa langgar arahan tak bertulis ni, memang sedang menempah tanda merah kesan rotan di telapak tangan secara free.
Jangan terkejutlah. Nabila pun termasuk sama dalam geng ini. Tangannya dah lali kena rotan. Bukan nak cakap cikgu yang salah, tapi salah sendirilah. Siapa suruh tak ikut peraturan, kan? Dah tau cikgu disiplin tu garang macam apa je, lagi cari pasal. Senyum sendiri. Kenangan lama.
Kini tidak lagi. Tak perlu ada cikgu disiplin untuk ditakutkan. Cukuplah hanya takutkan Allah. Cukuplah takutkan hari pembalasan yang akan menayangkan segala dosa yang telah kita buat di dunia. Cukuplah memikirkan andai tangan dan kaki kita suatu hari nanti akan menjadi penuntut jawapan,
kepada soalan-soalan seperti ini.
"Kenapa engkau tidak tutupkan aku? Sedangkan aku harus ditutup."
"Kenapa engkau menjadikan aku murah, sehingga boleh dilihat orang yang tidak sepatutnya dengan free saja? Sedangkan aku amatlah mahal."
"Kenapa engkau membiarkan aku menanyakan soalan ini kepada engkau. Sedangkan engkau boleh mengelakkan soalan ini."
"Kenapa engkau membiarkan aku menjadikan diriku sebagai saksi untuk engkau masuk dalam api itu?"
Cukup untuk membuatkan Nabila merasa gerun dengan apa yang ada dalam fikirannya. Sejak hidayah telah dicampakkan ke dalam hatinya. Alhamdulillah, dia sedang mencuba untuk berubah dari hari ke hari. Bukan senang untuk berubah. Terutama dengan apa yang kita suka. Sangatlah sukar untuk meninggalkannya seratus peratus.

Dalam asyik mengimbau kenangan lalu, dia dikejutkan dengan suara ibunya, Puan Latifah. "Angah, makan nasi dulu, kang lapar kang. Bas pukul sembilankan ngah?"
Berjalan ke meja makan, terus duduk di atas kerusi. "Haah bu. Wah...sedap giler!" Katanya dengan penuh teruja sambil melihat ayam masak merah kegemarannya. "Ibu memang best ah!" Sambung Nabila sambil tersenyum kepada ibunya.
"Awak tu makanan apa aje yang ibu masak awak cakap tak best selain singgang?" Gurau Puan Latifah sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. Nabila hanya mampu tersengih. Baru dia perasan, lauk ibunya memang tak ada yang dia cakap tak best. Bangga hati dapat ibu macam ni. Alhamdulillah.
Walaupun ajaran Islam tidak diajar sepenuhnya oleh ibu dan ayah. Dia tidak kisah semua itu. Cukuplah nikmat yang Allah bagi kepadanya. Ibu yang baik. Ayah yang bertanggungjawab. Dan sahabat-sahabat yang sentiasa ada untuk menunjukkan jalan yang lurus kepadanya. Yang telah menunjukkan betapa Allah itu Maha Esa. Dan kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya. Dan yang pasti Allah masih menyayanginya.
Allah memberinya hidayah untuk berubah. Tersenyum lagi tanpa sedar.
Allah memberinya hidayah untuk berubah. Tersenyum lagi tanpa sedar.
"Hai angah. Dah main senyum-senyum sendiri pulak. Depan ayah pulak tu. Ada yang special ke?" ujar Encik Farhan sambil meletakkan lauk ke dalam pinggannya. Dia duduk bertentangan dengan Nabila.
Termalu Nabila."Mana adalah ayah. Pandai-pandai aje eh. Ha, ayah. Kita nak gerak pukul berapa ni?" Sengaja mengalih topik.
"Dalam 8.40 ke 8.45 ke okeylah tu." Jawab ayahnya. "Apa yang penting?" Dalam nada wonderpet, dan soalan ini disambut ceria oleh Nabila, "Kita makan dulu.Hahaha." Ketawa disambut oleh tiga beranak itu.
-Perjalanan Seorang Diri 1
-Perjalanan Seorang Diri 2
-Perjalanan Seorang Diri 3
smile..:)
cik Hacks nak kata kisah benar, ada benarnya jugak. Nak cakap kisah tipu, ada yang benar jugak. Yang penting cerita ni logik. Perjalanan mencari redha Allah bukanlah suatu yang senang kan? Tapi yakinlah kita. Innallah hamaana. Sesungguhnya Allah bersama kita.

1 comment:
Thanks for mentioning Zairopray. I feel like flying :) #zairo
Post a Comment