ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Friday, 3 January 2014

Semua Orang Tak Sayang Ekal

-the cure-


Dhia duduk di rumah kakaknya. Setiap kali cuti, tidak mungkin tidak, pasti akan bermalam beberapa hari di rumah kakaknya. Kali ini Dhia bercuti seminggu. Cuti selepas exam. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Dhia rasa itulah yang terbaik yang di jawabnya.

Television dijadikan santapan di tengah hari ini. Dhia baru sahaja datang ke rumah kakaknya pagi tadi lebih kurang pukul lapan pagi. Waktu itu, anak-anak saudaranya sudah pun terjaga. Kadang malu juga, bila tidur rumah kakaknya, anak saudaranya yang baru berusia empat tahun itulah yang datang mengacaunya tidur.

"Mak cu, bangun mak cu. Mak cu. Mak cu." Akan dikejutnya sampai Dhia terjaga. Confirm!


Dhia mempunyai dua anak saudara. Dan perwatakan dua orang ini sangat jauh berbeza. Anak saudara yang pertama sudah pun berusia enam tahun. Haikal namanya.  Haikal tidak semanja adiknya. Bukan nak kata adik dia yang bernama  Hakimi itu manja  terlampau. Bukan begitu. Tapi memang sifat semulajadi 
Hakimi memang lembut. Suka cakap benda yang comel-comel. Banyak bercakap dan bercerita terutama kepada mak cu kesayangannya ini. 

Yang paling mencuit hati, kalau dia tengah main apa-apa aje, and dia terjatuh, dia takkan menangis. Dan bila dia nampak orang pandang dia or nak pujuk dia, dia terus buat gaya gagah (bengkokkan siku ke atas), sambil cakap "Kimi kuat." Adoyai...comel sangat.

Lepas tu, kalau ada benda yang dia nak terutama main game kat handset mak cu, mulalah dia dekat-dekatkan diri, manja-manjakan diri, kadang-kadang tak semena-mena terus cium mak cu dia kat pipi. Hailaaa...manja betul.


Perangai Haikal pula, bukan teruk sangat sebenarnya. Tetapi, itu memang perangai dia dari kecil. Mak cu dia lebih tahu. Dia tak suka berkongsi barang dengan siapa-siapa(boleh dikatakan kedekut). Haikal tak suka bermanja-manja dengan orang. 

Cium Mak cu? Boleh dikira dengan jari dalam abad ini, punyalah susah nak cium orang. Bila time mood dia baik,layanlah dia baik-baik. Bila datang mood tak normal dia, hahh! Jangan cakap or tanya apa-apa kat dia, sebab dia tak akan cakap apa-apa. Badmood. Over! Dah macam orang perempuan datang bulan pulak. Uhuk!


Tak semua tentang dia semua yang tak baik, dia selalu je nak main-main dengan Mak cu dia. Dia selalu je suka kalau Mak cu dia datang. Dia friendly dengan kawan dia.


Tapi nak buat macam mana, oleh sebab perbezaan perangai ini, hampir semua orang tak termasuk parents dia, suka and sayang sangat kat Hakimi berbanding Haikal. Ehem.. Ini termasuklah Mak cu dia. Pilih kasih kan?

Jahatnya Mak cu ni!

Bukan tak suka langsung. Layan tu memang layan. Tapi tak secantik melayan Haikal.


Dhia pernah terlintas juga dahulu di dalam hati. Haikal tak terasa ke aku sayang Kimi lebih?
Tapi rasa hati itu tidak dilayan dengan fikiran mereka masih budak-budak. Mana faham lagi erti pilih kasih. Tak ke? 


Haikal datang duduk di kerusi sebelahnya. "Mak cu, jom main terbalik-terbalik", ajak Haikal.
Main terbalik-terbalik maksudnya ialah, Dhia dukung Haikal, dan secara perlahan, Haikal akan melentokkan tubuh badannya ke belakang dari kepala berada di atas akan jadi ke bawah. Apabila sampai ke bawah, Dhia perlahan-lahan akan melepaskan  Haikal ke lantai bermula dari kepala hinggalah kaki. Yeah! Lima bintang! Main apa ajelah Dhia ni dengan budak.


"Mak cu nak tengok tv lah Haikal. Malam kang la kita main eh?" Jawab Dhia.


Haikal diam seketika.

Dia berbicara lagi, "Semua orang sayang Kimi, orang tak sayang Ekal."


Dhia menoleh ke arah Haikal. Haikal berbicara bukan seperti meluahkan perasaan, tetapi lebih kepada nada bercerita. Tiada sedih, tiada air bertakung di mata. Tetapi Dhia yakin, ini memang sesi luahan perasaan oleh budak kecil ni.


Haikal menyambung lagi sambil mengira tiga jarinya, "Una, Mak cu, Wawa, tak sayang Ekal. Diorang sayang Kimi je."


Dhia sedih melihat Haikal. Dia faham rupanya erti kasih. Dia nampak aku tak sayang dia sangat. Dia nampak. Ya Allah, apa aku dah buat? Kesiannya dia. 


Dhia hampir menangis di situ, tapi ditahan rasa sebaknya. "Mana Ekal tau?Mak cu sayang je Ekal." Pujuk Dhia.


"Tak. Mak cu tak. Semua sayang Kimi aje." Jawab Ekal bersungguh-sungguh tanpa menunjukkan kesedihannya. Mungkin dipendam kot.


"Kalau Ekal nak Mak cu sayang Ekal, Ekal tak payahlah dah marah-marah kat Mak cu, jangan tengking-tengking ibu dah. Nanti kalau Ekal buat cam ni, mesti semua orang sayang Ekal." Dhia memujuk lagi.
Haikal seperti tiada kata ingin diucap, dia terus bangun dan pergi ke dapur. Minta ibunya mandikannya.




Dan sejak peristiwa ini, Dhia tak mahu lagi menayangkan lebih-lebih sayangnya pada Hakimi di hadapan Haikal. Pada Haikal pula, dia melayannya lebih dari dulu. Dhia tahu, Ekal takkan buat gaya manja seperti Hakimi walaupun dia berharap akan mendapat kasih seperti Hakimi. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Dhia untuk mengambil langkah pertama. 


Dahulu, kalau Dhia ingin mencium Hakimi, dia tidak kisah akan Haikal. Sekarang, kalau Dhia mencium Hakimi, pasti dia akan mencium Haikal sekali. Dhia baru sedar, dahulu dia telah berbuat kesalahan besar.


Kini dia sudah faham. Kasih sayang dipupuk dari zaman kita budak. Ya. Bila lagi? Tengoklah anak muda sekarang, mengharap kasih pada yang bukan sepatutnya. Kerana apa? Kerana kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh yang sepatutnya, terutama ibu bapa. Memang ini bukanlah penyebab kesemua masalah anak muda, tapi faktor ini adalah salah satu sebab mereka menjadi begini.

Dan kasih sayang kepada anak saudara juga haruslah tidak pilih kasih. Memang bagi Dhia dulu, 'alaa,anak saudara je pun. Bukan anak sendiri.' 

Andai kata Haikal dapat faham apa yang diperkatakan ini, mesti dia tidak akan rasa nak sayang lagi Makcu dia yang nak memilih kasih ni. Pasti.

Tersenyum Dhia melihat Haikal yang baru pulang dari sekolah. Turun je motor tadi, terus bercerita kejadian di sekolahnya. Macam-macam Haikal ni. Haikal pun dah makin serasi dengannya. Sentiasa melakukan sesuatu untuk mendapat perhatian Mak cu. Comel.


smile. :)
Kesah Makcu dan Haikal ditaja sepenuhnya oleh coklat hacksflower idaman setiap insan. .....??

Kita insan sentiasa alpa. Terlebih gula yang ni, terkurang garam yang tu. Kasih sayang penting sangat dalam kehidupan kita. Jangankan budak kecik, kita pun perlukan kasih sayang. ekhemm!
Semoga mendapat pengajaran dari kisah ini. smile one more time. :)

No comments: