ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Saturday, 4 January 2014

Sultan Muhammad Al fateh

Novel by Pak Latip


Saat ini, baru sahaja berkumandang azan magrib. Masih. Dalam fikiran saya jelas tergambar bagaimana perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh menakluk Kota Konstantinopel yang telah diceritakan atau lebih tepat dinovelkan oleh Abdul Latip Talib. Izinkan saya memanggilnya Pak Latip ye.

Sebenarnya novel ni telah direkomenkan oleh kawan saya. Adik beliau adalah peminat tegar Pak Latip dan banyak mengumpul hasil tulisannya. Saya cakap kat kawan saya, "Bawaklah buku tu kat sini". 

Disebabkan kawan saya tinggal di Terengganu, dan disebabkan oleh adiknya sayang buku-bukunya (Kawan saya kata, adik dia ni berhemah sangat dengan buku, jaga buku, macam jaga anak..uit nie reka..haha). Jadi, kawan saya pun takutlah nak bawa ke tempat kami iaitu Selangor.

Tak apalah, kata hati saya. Tak boleh paksa juga sebab tu kan buku adik dia.

So, dengan bermurah hatinya saya decide untuk try membeli satu. Buku ni lah. Sultan alFateh.

Dan setelah sekian lama hanya tajuknya yang menjadi tontonan saya di atas rak, tiba-tiba semalam, saya pun start membaca. Mungkin sebab saya rasa rugi, cuti saya selama sebulan ini tidak saya gunakan untuk baca novel Pak Latip ni. So saya start waktu zohor semalam.

Akhirnya, saya dapat menghabiskan novel ini waktu azan asar tadi. 

Nak tau tak apa maknanya????

Ya Allah. Subhanallah. Novel tu amatlah sedap. Boleh makan sampai kenyang lagi tak terkata.

Saya kagum dengan Pak Latip yang mempunyai ilmu sebegini rupa hingga dapat menjadikan cerita Sultan alFateh sebagai sebuah novel. 

Percayalah! Kamu sume takkan rasa tak bez. Tak rugi kalau beli. Dan lagi tak rugi kalau baca.

Okey sekarang, saya rasa nak gitaulah sikit-sikit pasal cerita ni.

First sekali, memang pengetahuan saya amatlah rendahlah pasal sejarah. Setelah membaca novel ni saya baru tahu bahawa, nama sebenar Sultan AlFateh ialah Muhammad dan ada pangkat sultan, maka Sultan Muhammad lah. Alfateh itu maksudnya sang penakluk or pembuka. Gelaran yang telah diberikan kepadanya.

 Kamu sume tahu dah eh? Untungnya dah tahu. (smile).Selama saya hidup ni, saya ingat nama sebenar beliau adalah Sultan Muhammad Alfateh. 

Dan saya baru tahu jugak bahawa Kota Konstantinopel tu adalah Istanbul. Okey, my bad.

Yang tu yang saya tak tahulah. Tapi jangan risau, sekarang saya dah tahu. Huhu.

Cerita dia start dari zaman Sultan Murad lagi sampai ke akhirnya bagaimana Sultan Alfateh meninggal. Diracun! Haaaaa? Tak tau pun! 

Saya pun baru tahu.

Kan kita dah tahu, hadis apa yang beliau pegang. Dan beliau telah menjadikan hadis itu satu kenyataan.

Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat……”
 (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sultan Murad pelik, kenapakah bukan dia yang takluk. Padahal dia sudah cuba menjadi sebaik-baik raja. Then, diorang pergi ke kampung tengok-tengok kehidupan rakyat. Perghhh!

Sultan Murad sedar, patutlah mereka tidak berjaya. Peniaga-peniaga menipu dalam timbangan. Orang yang miskin berkira sangat. Takut tak cukup makan untuk dia, nak bagi makan pada orang lain. Orang kaya pulak. Datuk Haji Bakhil kot. Dan tentera-tentera yang sepatutnya menjaga keharmonian kat situ, kacau-kacau perempuan. 

Sultan Murad turunkan perintah. Peniaga mestilah jujur. Semua bendalah yang perlu dibaiki.

Dan Maharaja Konstantinopel sangatlah tegas. Tak nak berdamai. Dari cerita ni saya nampak. Apa yang sebenarnya mereka pertahankan adalah agama mereka. Warga Konstantinopel tak nak berdamai dengan Sultan Alfateh sebab kalau berdamai, mereka terpaksa terima Islam masuk ke kota itu. 

Memang sangat rugi kalau terjadinya perang. Orang tanya (termasuk saya sebelum baca cerita ni) "Kenapa tak nak berdamai je? Kenapa perlu berperang? Banyak giler kot orang mati dalam perang. Tak masuk lagi rumah hilang atap, hilang dinding. Tak ke?"

Dan baru saya faham. Jawapannya adalah agama. Islam. Kepercayaan.

Diorang nak tunduk dengan kepercayaan nenek moyang mereka. Sembah berhala. Sembah arca. Dan disebabkan ini, mereka naklah jugak bermati-matian untuk berperang.

Mula-mula Sultan Alfateh dengan tenteranya yang dah dididik sampai di hadapan kota konstantinopel, Sultan Alfateh masih menghantar utusan kepada maharaja Konstantinopel supaya berdamai dan terima Islam. Jika tak, berperang. Of courselah tolak offer tu.

Setelah serang sehari dengan meriam, kira sikit je lah yang rosak. Sultan Alfateh hantar lagi utusan yang hampir sama. Masih menolak.

Jadi dengan yakinlah perang memang akan berlaku bagi mendapatkan Kota Konstantinopel itu.

Pelbagai halangan mereka hadapi, dan sesungguhnya pertolongan Allah bersama orang yang benar. Kan?

Terjadilah kapal yang berlayar di atas daratan. Hei! Bukan satu atau dua tau kapal perang tentera Turki. Dan pastinya bukanlah jarak satu atau dua meter. Nak tahu, baca novel ni.

And akhirnya hari yang ke 53, bahagialah mereka yang dapat menyambut hari kemenangan bagi umat Islam. Dan Semoga para tentera yang mati syahid akan mendapat tempat selayaknya di Syurga. Amin.

Ohh sebelum terlupa! Kat sini, ada diceritakan juga pasal Abu Ayub Al-Ansari.

Serius, apa yang saya cerita ni, tak sampai 10muka surat pun dari novel tu. 5muka surat pun tak sampai. Kalau korang sume bace, fuhhhh!!! Gerenti la rasa nak ulang semula je. 

Dapat rasa keadaan yang mereka lalui. Dapat rasa betapa tingginya iman mereka. Rasa macam nak dapat je pemimpin sebaik Sultan alfateh.

Semoga satu hari nanti, Malaysia akan mendapat pemimpin yang baik yang mengikut segala suruhan Allah dan rasulnya. Amin.

Zikir kejap.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Lailahaillallah.
Allahhuakbar.
Selawat ke atas nabi S.A.W.


Smile. :)
Sejarah membantu kita mengenali diri kita. InsyaAllah masih banyak lagi buku sejarah akan menjadi santapan kita. Bukan hanya waktu pendidikan islam di sekolah tau?

And thanks to Pak Latip sebab menghasilkan karya ni.

Assalamualaikum.

No comments: