ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Sunday, 5 January 2014

Jaga-jaga

Assalamualaikum..

Nak cerita sahaja malam ni. di malam yang saya rasa sunyi sepi. Tak ada bunyi kipas. Hanya bunyi kucing jantan mengiau-ngiau. Mungkin musim mengawan kot. Kesiannya kucing jantan saya yang comel sangat ni dikurung di dalam sangkar. Tak dapat dia nak menunaikan hasrat untuk menyambung keturunan. Alahai,,,kesian.

Iau..iau...iau...iau...

Ha tengok! gatal lagi.

Saya bukanlah nak bercerita pasal kucing yang mengawan. Bukan.

Saya ingin bercerita tentang kawan saya yang sudah sekian lama tidak berjumpa, kini bertemu kembali. Dia lelaki.

Coi! Bukan bertemu depan mata. Di alam maya saja. Tapi, benda ni lah yang bahaya kan?

Saya letak nama dia as Z lah eh? Z tanya saya something yang important lah, n saya jawab je lah, apa yang saya tau. And sebenarnya Z dah nak tahun ke dua di mesir. Hari ni masih kat Mesir. Dan sangatlah suka saya katakan, saya nak sangat gi Mesir. Ni mungkin pengaruh dari novel Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha. Huhu.

Tapi dia kata, dia nak try pindah. Salah ayat eh saya guna?

Lebih kurang lah, dia dah tak nak susahkan parents dia tanggung dia kat Mesir. Wah! Dalam hati saya waktu tu, PaMa sponsor ke? Uiks....Tapi saya tak tanyalah. Takut lebih-lebih pulak nanti. Orang tanya pasal benda lain, kita pulak sibuk nak tau pasal diorang. Tak ke?

Ehehe,,kawan da lame kot.... Last jumpe awal 2010. Itu pun jumpa dalam beberapa kali tanpa apa-apa bicara setelah berpisah pada tahun 2006.

Dan apa yang membuatkan saya nak tergelak, Z tanya saya tahu tak dari mana dia dapat tahu saya study kat sini(ACCA kat UiTM Shah Alam)? And dia terus jawab tanpa tunggu jawapan saya, dia ada terbaca satu blog kawan saya. Dia kata dalam gambar tu, saya tengah berfoya-foya kat Times Square. Ek...?

Perkataan berfoya-foya dia tu, rasa nak tergelak pun ada.

Ya lah. Selalunya yang saya dengar berfoya-foya ni means hang out boys n gilrs. Rupa-rupanya saya pun dah lakukan benda alah ni. Hai.....tak pernah sedar pun tu maksud berfoya-foya.

And dengan curiousnya lepas saya chatting dengan Z, saya pun mencarilah post kawan saya ni. Mana gambar kat TS aku tu, tanya saya dalam hati. Saya letak nama kawan saya ni B lah ye.

Lepas beberapa minit sembang dengan Pak Cik Google, saya pun terjumpalah post itu.

Wah!!! Terkejut giler saya. Saya ingat B cuma mengupload gambar kami di facebook saja. Rupanya dekat blog dia pun, ade sekali. Dan yang paling teruk sekali ialah, saya tak tahu benda itu setelah setahun dia post. Ahahaha. Patutlah kawan lama saya ni dapat cam saya. Kawan saya siap gitau lagi, nama saya plus terpampang gambar saya yang amatlah jelas.

Wahai B yang ku sayang. Andai kata kau baca post ni, sebenarnya aku tak marah kat kau pun. Uhuhu. Terkejut aje .

Okey berbalik kepada Z, saya harap sangat dia kekalkan pelajaran dia kat sana. Z kata, dia menunggu panggilan daripada ketua pengarah CAT, kalau dapat, dia stop kat Mesir. Kalau tak dapat, dia sambung je. Kalau untuk saya, saya lebih suka Z study lama-lama kat Mesir tu. Tapi apapun, insyaAllah saya masih mengharapkan, apa jua keputusannya, akan memudahkan perjalanan hidupnya di dunia dan akhirat. Amin sama-sama dengan saya. Amin.

And akhirnya. Cuti saya bakal habis lebih kurang dalam masa dua hari lagi. Saya akan balik esok pagi naik bas ke Shah Alam. Doakan perjalanan saya.

Terima kasih kerana doakan saya.

Zikir kejap.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Lailahaillallah.
Allahhuakbar.
Selawat ke atas nabi.

smile. :)

No comments: