ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Sunday, 15 December 2013

Doa Makbul Sepantas Kilat

-the cure-

Melati duduk di atas buaian sambil menghayunkan seperlahan yang mungkin seperti sedang termenungkan sesuatu. Mata memandang tepat ke arah surau di hadapan. Begitu dalam renungannya seperti dapat melihat apa yang terjadi di dalam surau. Track suit hitam t-shirt muslimah hijau rumput dikenakan dengan tudung hijau dua tone yang dipakai dibiarkan jatuh menutup segala aurat yang ada patut ditutup. 

Azan baru sahaja berkumandang menandakan masuknya waktu isyak.

Orang tua-tua kata tak baik bermain diluar waktu-waktu maghrib terutamanya perempuan. 'Alah..lelaki pun manusia juga, syaitan pun ganggu jugak lelaki waktu ni.' Bisiknya dalam hati.- okey! nie tak baik punye ayat dalam hati.

Memang selalu itu yang jadi pegangannya, tapi entahlah...mungkin disebabkan oleh faktor "bulan jatuh ke ribanya",dia merasa stress dan ingin bersendirian. Tambah lagi sekarang waktu exam. Dan memang taman permainan di tepi rumahnyalah yang selalu menjadi mangsa menungan Melati yang kadang rasa nak pecah cermin tembus dek pandangan yang terlampau tajam jika dia berkeadaan begitu.

Mata menembus ke arah pintu  surau bahagian lelaki yang betul-betul terletak cantik di hadapannya.

Dikala ini, baru Melati terperasan . "Eh! Syabab baju putih tu lah! Tenangnya tengok dia.... Kalaulah dia jadi suami aku kan. Mesti bez gilak!" Ujarnya dalam nada berbisik kegedikan. Sudah menjadi hobinya menggelarkan lelaki itu Syabab, kerana sebetulnya Melati tidak pernah tahu nama lelaki itu even mereka hidup berjiran selang dua buah rumah.

Kata-katanya itu bukan kerana Syabab handsome pada pandangannya. Tapi kerana Syabablah yang dilhatnya ketika selalu datang ke surau itu. Ya! Pasti dan tak mungkin salah. Alahai..siapa je pun anak zaman sekarang yang sanggup berjalan untuk ke surau semata-mata hendakkan pahala 27 kali ganda? Yang ramai kat surau adalah para warga tua dan lelaki yang sudah berkahwin.

Anak muda? Hilang kesedaran bahawa Allah itu Maha Melihat. Hilang kesedaran bahawa mereka adalah pemimpin negara yang akan berjuang bermati-matian menegakkan keadilan. Hilang kesedaran tentang agama yang dengan gahnya dia menunjukkan pada dunia bahawa IC tercatat 'ISLAM'. Padahal dengan hanya menjaga solatlah semua itu dengan bangganya mereka dan tidak lupa juga kita sebenarnya dapat tayangkan pada dunia bahawa 'Akulah muslim sejati! Mujahid setia!'

Hampir setiap hari  Melati ke surau untuk solat magrib dan isyak berjemaah. Dan apabila usai dia berdoa dan melangkah kaki untuk keluar, sering dia melihat seorang lelaki ini. Menghadap Tuhannya dengan penuh khusyuk di kawasan luar lantai surau , tanpa tikar sejadah. Disebabkan oleh surau itu agak kecil, jadi kawasan luar surau itu secara rasminya menjadi tempat solat para hamba Allah yang ingin melakukan solat sunat apabila di dalam surau itu mengadakan ceramah ringkas. Selalunya pakaian Syabab ialah kain pelekat dan berbaju putih atau apa-apa sahaja baju yang berwarna terang. 'Ah, mungkin kebetulan kot! Entah-entah Syabab pun tak perasan baju yang dia pakai tiap-tiap hari, aku je yang terpoyo lebih.' ,cemuhnya dalam hati.

Walaupun bukan setiap hari dia akan nampak Syabab, namun entah kenapa, dia akan berasa gembira apabila melihatnya. Kadang-kadang masa Syabab tengah solat pun Melati boleh tersengih sendiri kerana terlalu suka kehadiran Syabab. Dah biul agaknya.

Dan hari ini, first time dalam hidupnya, setelah dua tahun tinggal di situ sejak dia berpindah, dia melihat Syabab solat berjemaah Isyak. Ya lah. Selalunya waktu orang solat berjemaah, Melati pun berjemaah juga, dan hanya melihat Syabab semasa solat sunat.

Solat jemaah hampir habis. Kedengaran tok imam mengucapkan takbir yang terakhir untuk tahiyat akhir.

Terlintas di fikirannya untuk meminta doa daripada Allah, agar tunjukkan kepadanya adakah Syabab ini jodohnya. Sambil menadahkan tangan dengan bersungguh-sungguh.  Memberhentikan hayunan buaian yang sudah sedia ada perlahan. Memandang pada tangannya dan sesekali ke arah pintu surau. 

Dan mula berkata-kata dalam doanya, "Bismillahhirrahmanirrahim. Ya Allah, jika Syabab keluar dari pintu surau lepas habis solat dan bersemba..." Tika itu matanya melihat orang yang pertama keluar selepas tok imam bagi salam adalah Syabab! Serba salah untuk menyambung doanya, namun digagahkan juga, 

"...bersembahyang solat sunat kat luar..." Mengharapkan Syabab hanya menuju ke arah tempat mengambil wuduk instead of tempat seliparnya diletakkan.

"...maka dia adalah bakal jodohku, jika tidak, aku takkan simpan lagi perasaaan suka pada dia lagi Ya Allah..." Syabab terus menonong keluar dan bergerak ke arah rumahnya.

"Amin." 

Melati tergamam sebenarnya ketika Syabab berjalan keluar. Setelah beberapa saat baru otaknya berfikir. Bermuhasabah kembali. Melati tersenyum seorang diri. Betapa Allah mendengar doanya dan dengan cepat Allah menunjukkan tanpa perlu menunggu. Belum sempat pun dia menghabiskan doa, Syabab sudah keluar tanpa solat sunat. Ini bermakna doanya telah dijawab dengan sepantas kilat. Kilat pun tak laju tu. Hoi.

Dalam hatinya, Allah sangat sayang kepadanya kerana tidak mahu dia terus terleka dengan godaan syaitan yang suka membisikkan lagha dalam hatinya. Dan dia rasa Allah sweet sangat. Hampir sahaja air mata yang terkumpul di birai matanya jatuh ke pipi, namun sempat di tahan. Dia dapat rasakan Allah nak suruh dia terus bermujahadah tanpa memandang perkara dunia walaupun itu yang terkenan di mata dan hatinya. Dan dia teringatkan satu ayat.

...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidakmengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216)

Setelah itu, dia berasa lega. Lega dari stress. Lega dari segala apa yang merasuk fikirannya. Lega dari memikirkan Syabab itu jodohnya ataukah bukan. Subhanallah.

Ya. Melati tahu, solat sunat istikarah lebih baik untuknya. Tapi entah kenapa, dia yakin sangat bahawa doa yang dia lakukan tadi memang betul-betul petunjuk dari Allah untuknya agar dia tidak terleka dengan lebih jauh.

Alhamdulillah.

Melati mengangkat punggungnya dari buaian dengan penuh senyuman bangga. Sekali orang tengok dah macam orang tak betul senyum sorang-sorang. Dua kali tengok lagi la macam orang tak betul kuasa dua. Kuikuikui.

Selesai segala masalah. Bersangka baik dengan Allah. Say Alhamdulillah again.


Moga bermanfaat dan dapat pengajaran dari cerita yang pendek ni.
InsyaAllah.

smile.

No comments: