-the cure-
- MR. FRUIT PLUS invited you to play DRAGON CITY.
- Marvel: Avengers Alliance: MR. FRUIT PLUS sent you a request.
Helmi masih lagi teringat ketika dia begitu taksub dengan game ni. Dalam fikiran dia dulu, waktu main benda-benda remeh cenggini, memang satu hari tak tengok Encik Dragon City, tak sah!
Satu hari tak invite orang lain, hati gelisah. Setengah hari tak laga-lagakan dragon dia dengan dragon orang lain, tak boleh tidur.
See? Giler tak taksub. Yang peliknya dia ajak kawan-kawan serumah dia, tak ada pulak diorang nak join. Buat sama akaun drogan city kat Facebook. Kental giler geng dia, katanya dalam hati.
Siap ada lagi salah sorang dari kawan dia kata, "Tak payah nak dragon-dragon sangatlah. Abis penuh noty aku dengan dragon kau pun, masih tak mampu nak buat aku tergoda." Ea.
Ada seorang lagi, namanya Firdaus. Firdaus ni giler game. Tapi yang lasaklah. Bila Helmi ajak main Dragon City, jawapan dia, "Budak kecik pun pandai main kot. takkan aku nak main?". Sindir makan dalam.
Tanya kat seorang lagi, Farhan. Yang ni jawapan tersentap sikit. "Baik study dari main benda tak bagi markah pun kat paper aku."
Mendengar jawapan dari kawan-kawannya, membuatkan dai tersedar tiba-tiba yang ketagihannya makin melampau kepada Encik Dragon City yang makin lama, makin bertambah penduduknya, akibat dari tempat breeding yang telah disewa khas dan dibayar mengikut jam. Makin nak anak cantik plus kuat, kenalah usaha lebih sikit berkorban masa dan tenaga. Bila fikir sekarang, game tu hanya merosakkan otak dia aje. Makin nak anak cantik. Kahwin pun tak lagi,ada hati eh!
Ekhem! Jaga iman Helmi!
So, start dari hari tu, Helmi suruh kawan dia pantau dia main. Kalau dia main lebih dua jam, tegur atau marah. Uih, dua jam main game, lamanya.
Lama apa kebendenya kalau setiap hari,dia wajib main dengan Encik Dragon City hampir 24 jam. Tolak waktu tidur, kelas dan solat je, dia tak layan. Tengok. Giler tak giler Encik Dragon City dah mempengaruhi dia. Encik Dragon City dah pun control hidupnya secara total. Huargghh.
So, cara dia berjayalah jugak. Tapi ambil masa, sampai sebulanlah lebih kurang. Barulah Helmi dapat mengambil keputusan yang paling sedih dalam hidupnya untuk meninggalkan Encik Dragon City beserta penduduknya selama-lamanya.
Untuk menekan butang 'leave application' untuk Encik Drogan City bukan senang. Saat-saat terakhir, dia masih lagi sempat melihat penduduk-penduduk di situ jalan berlenggang depan halamannya. Riang gembira mereka masih diingatan seperti tiada apa-apa yang akan berlaku kepada mereka lepas ni. Namun, apapun, butang itu tetap harus ditekan.
Dan sekarang tengok MR. Fruit Plus ni invite Helmi untuk bermain semula dengan Encik Dragon City hanya membuatkan Helmi merasa bahawa MR. Fruit Plus dah jadi macam dia yang dulu. Dan dia tak nak perkara yang sama berulang lagi. Dia tak nak kawan semuslimnya tertipu dengan game dari tahsapesape ni.
Helmi menarik nafas. Hembus nafas.
Tangan terus menuju ke facebook Mr. Fruit Plus. Dan jari menaip laju.
Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(103:1-3)
Butang send di message ditekan.
Nafas sekali lagi di hela bersama tahmidnya.
Tak senang kan hidup ni? sentiasa ada cabaran. Dalam tak sedar pun, ada benda lain yang dah boleh control kita. Bila pulak kita nak control diri sendiri?
Tu la ujian namanya. Jom bertegas dengan ujian ni! Say tak nak to Dragon City!
Smile.


No comments:
Post a Comment