-segunung harapan
-the cure-
Aku tidak pernah mengurusan sesuatu yang lebih sukar sepertimana aku terpaksa menguruskan hati dan jiwaku sendiri. Adakalanya ia menyokongku, dan adakalanya ia menentangku.
See? Sahkan kita. Okey. ni ala-ala sesi luahan perasaanlah. Cakap pasal hati saya lah senang. Lebih specific and boleh cakap macam-macam. Eh ye ke? ada-ada je...
Tertarik senyumanku tetiba.
Tak boleh kawal kan? Copp! Im talking about hati now.
Saya tak nak buat tu. Tapi badan saya, fizikal saya masih melakukannya.
Contoh paling senanglah. Tengok cite korea. Hati saya tak nak sangat tengok benda tu. Tapi mata saya masih menontonnya. Saya yang tak tegaskan diri sendiri!
Dan satu lagi contoh. Saya nak sangat menjadi hafizah. Paling tak pun, bajet 2016, saya akan dapat ingat one third of Furqan. Tapi... Sampai sekarang, saya masih sambil lewa lagi. masih lagi bermain-main. Bila yang saya kata, "Saya tengah bermujahadah ni. Sikit-sikitlah."
Saya kata macam tu kat manusia lain. Dalam hati saya? HELO HACKS! Dah cukup bermujahadah ke ni? Bilanya kau start? Tak nampak pun.
See?
Mulut je kata lebih. Diri sendiri kita je yang tahu kan. Yes I know. Bukan senang nak bermujahadah. Bukan senang nak pecut laju tanpa lelah. Tapi tak mustahil kan HACKS. Asal ha kau lemah sangat ni?
Ikut sangat amal jahiliyah. Kau nak bawak sampai mati ke? Kau nak bila akhirat nanti, kau masih disoal, kenapa kau teruskan jugak jahiliyah kau sedang kau tahu itu satu kebodohan yang nyata. (Kasar sangat ke? Takkan.)
Dan hati saya, salu tanya saya macam tu. Tengah makan, suara datang berbisik. Masa mandi, fikiran datang menerjah dihantui perbuatan jahiliyah. Masa study F6, F7, mulut sibuk tengah hafal, tiba-tiba terkeluar peluru sesat dari mana masuk dalam hati. "Jangan bawak jahiliyah sampai akhirat."
Yang saya takutkan adalah, saya tak tahu bila saya akan mati. Untuk sekarang, saya cuma mampu berdoa, kalau saya mati, matikanlah saya sebagai syuhada'. Sebab saya rasa amal saya tak mampu nak menandingi dosa yang telah saya buat. Terutama waktu saya jahil sekarang sedang saya dah tahu.
Susah.
Setakat kau HACKS berubah secara fizikal, dalaman tak diubah. Tak jadi apa la.
Orang kata, eh HACKS dah berubah sekarang. Pakai tudung bidang 50,60. T-shirt pendek tak pakai dah. Semua t-shirt muslimah je. Baju tak ada dah yang ketat. Stokin? Jangan dikata stokin, handsock pun pakai.
Saya hanya mampu berkata dalam hati.
'Tu cuma pandangan awak je. Pada pandangan saya, saya masih jahil.
Sebab saya masih tak dapat nak kawal sikap banyak tidur saya. Kau bajet kau budak, tidur 8-9 jam sehari?
Sebab saya masih lagi berani lengah-lengahkan solat sebab main internet sedang dalam hati saya kata, berdosa kot lewat-lewatkan solat.
Sebab saya masih lagi tak perbanyakkan baca Quran, sedang saya menasihatkan orang lain supaya baca Furqan tu.
Sebab saya masih tak mampu nak buatkan mak ayah saya bahagia, sepertimana anak -anak sepatutnya buat.
Sebab saya masih lagi tak mampu nak buat semua tu dengan segala beban jahiliyah saya masih bawak! Siyes! Saya tak mampu.'
Saya baru je minggu lepas, Alhamdulillah, Allah izinkan saya menyertai daurah Sayonara jahiliyah.
About sayonara jahiliyah, hampir semua benda, saya boleh katalah, saya dah pernah dengar.
TAPI: Benda yang ditekankan kat sini, lagi specific awak tahu?
Ok, nak dengar tak? secara yang paling ringkaslah.
First, akak tu (Kita panggil akak Cloud 9 lah eh) suruh kami senaraikan apa perubahan yang terjadi dalam diri kami setelah join gerabak tarbiyah ni. Beliau menyuruh kami membelah kertas yang kami ada, guna pen je, tak payah susah-susah nak cari pisau or gunting. N labelkan, sebelah kiri 'sebelum jahiliyah', dan sebelah kanan 'selepas jahiliyah'. And saya dengan tak segan silunya senaraikanlah segala benda yang ada perubahan pada diri saya. Antara yang saya nak bangga sangat ialah saya dah tak couple. Yea!!!
N Kak Cloud 9 pun cakap, kalau banyak perubahan kita, maknanya baguslah untuk kita. Kita dah mampu untuk meninggalkan jahiliyah dengan banyak. Sebab ye! bukan senang-senang nak tinggalkan habit kita yang kita rasa trendy sangat ni. Bukan senang.
Kak Cloud 9 cakap lagi jahiliyah apa yang ada pada diri kita. Ni yang memang saya nak share dengan kamu semualah. Biarpun saya ingat-ingat lupa. Antaranya:
- korean drama
- novel cinta
- drama cinta yang tah apa-apa yang hanya membuatkan nafsu kita menginginkan untuk berkahwin awal. (nie cuma diri sendiri..ehehe)
- internet yang berlebihan. 24 jam kau nak berinternet payah lah hidup alam maya. Hidup lah sikit kat alam realiti.
- solat lambat
- tak tutup aurat dengan betul.
And semua benda yang kat atas ni ditulis di whiteboard di hadapan kami. Sambil kami menikmati biskut Hup Seng bergula bersama air teh, Kak Cloud 9 cakap lagi. "Apa yang perlu kita buat dengan benda ni semua?"
And salah seorang dari kami jawab,"Padam je lah. Tak muat dah whiteboard."
Its true u know? bila kita letak jahiliyah dalam diri kita, jahiliyah tu akan memenuhi diri kita. Sampai tak ada ruang langsung dalam diri kita untuk berbuat kebaikan. Ye tak?
And ada sharing dari someone dalam LDK, beliau berkata. Ibarat gelas yang kosong. Kalau kita tak penuhkan dia dengan air, udara sedia ada akan penuhkan dia.
And Kak cloud 9 pun padamlah sambil tersenyum suka. Lawak.
And beliau sekali lagi menyenaraikan kebaikan yang perlu dibuat pula.
- tadabur
- solat awal
- qiam
- mengaji setiap hari
And banyak lagi, saya dah terhilang ingatan seketika. And Kak Cloud 9 cakap, "Kalau seharian kita dipenuhi dengan semua bende ni. Dan jahiliyah tidak kita bawak lagi, Saat itu, kita dengan happy mulut manisnya mengeluarkan kata-kata sayonara jahiliyah."
Ni sedutan daurah sayonara jahiliyah lah. Uih..nak cerita satu-satu, memang tak lah nak menaip satu-satu.
Nak dengar benda ni, bukan free tau?
Ha!! Bukan free ke HACKS?!
Sabarlah dulu, saya tak abis cakap lagi. Tak free sebab awak kena sanggup mengorbankan masa awak yang pertama. Kalau tak memang tak sempat lah nak join. Dan satu lagi, betul-betul kene tumpukan perhatian. Ambil ibrah dengan hati. Belajar dengan hati. Rasa dengan hati. Tak free kan?
Tak free. Tak free. Tak free.
Saya bukanlah orang yang pandai berkata-kata dan buat. Setakat ini, saya cuma menyampaikan apa yang saya tahu, dan saya nak berkongsi.
Orang akan kata, Hacks,,,kau pun tak betul lagi, nak nasihat kan orang?
Ye saya tahu. Saya berharap dari sekarang, sampai perjanjian saya bertemu 3tahun lagi, pada 7 December 2016, bukanlah lagi saya yang sekarang. Tapi waktu tu saya akan menjadi hafizah. Waw!
Waktu tu saya nak, ape saja yang saya buat, saya akan buat tanpa ragu. Bukan lagi kerana orang suruh, tapi memang saya nak buat sebagai jual beli saya dengan Allah.
Saya berjanji sekarang, dan tahu, 3tahun belum tentu saya hidup. Tapi siyes, mulai sekrang, saya akan terus bermujahadah.
InsyaAllah saya tulis nie, tangan saya yang menaip nie, hati saya yang ingin memberitahu nie bukanlah sekadar menunjuk-nunjuk. Tapi dengan harapan, saya akan mendapat doa dari anda semua, supaya saya diberi kekuatan untuk bermujahadah. Dan andai kata saya mati, Saya mengharapkan kematian saya sebagai syuhada di sisi Allah.
Alhamdulillah.
Tinta penuh eklas. uuuuuu..
smile. Hacks masih suke HACKS.


No comments:
Post a Comment