ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Thursday, 8 August 2013

hari raya + merdeka raya + result raya

Assalamualaikum...

Haaaa!!!first,,mesty lah nak ucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat yang telah berjaye menghabiskan sebulan berpuase.

korang nak tau x?
alaaaaaaaaaaa korang mesty da tau punye,,,tahun nie kan merdeka raye kesnye dua minggu lagi kite merdeka,,

result raya nie mesty tertanye2 kan..?

serious! hari nie aku dapat result online,,,kawan2 aq pown same,,
mmg result akan keluar 8hb setiap sem,,,
so result yang aku dapat nie dr sem lepas,,
 dan nak tengok x?

xnak tengok pown aku nak tunjuk,,,
hepy bile bace
jangan igt aq tipu sbb xde name.. nie original dr acca anta email kat aq tau..

FFM tu Foundation Financial Management
FTX tu Foundation Taxation (Malaysia)

aq blaja laaa pasal sume bende alah nie..
n bende alah ni aq dapat result macam kat atas..
alhamdulillah aq pass dua2,,,
klo tak, mmg mem bazir duit aq abiskan utk satu sem lgi klo kene repeat,,

n aku nak pesan kat sape2 yang nak ambik accounting sbb minat kpd matematik,,jangan salah paham aq nak cakap,,,tp sebenarnye accounting bukan je untuk nombor semate2..fakta sejarah versi english pown ade,,hahaha..

so, pilih accounting, sbb minat accounting,,,
jgn sbb minat maths..

ok?

do show ur congrates to me with only follow me,,,i need u..

tq..n assalamualaikum

Monday, 5 August 2013

jngan korek telinga

Assalamualaikum..


Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga . Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.

"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga", katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga," katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga," katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri," katanya.
*Entri Copy & Paste

Assalamualaikum

angkat2?ok ke?

Assalamualaikum..

first!!!
nak cite r tadi,, aku ade bace satu kisah nie..
panjang cite dy..
so aku pendek kan je..
dy nak cakap, macam dy tak puas hati laa boy dy ade adik angkat,,emmm,,lbeyh kepada npe awal2 xbgtau dy..?

mengikut firasat aku yg tak seberape nak betol nie, mesti boy punye adik angkat tu perempuan kan?
so dy pown ade laa buat ps kat bwh tu, dy kate dalam islam mne ade istilah adik or abg or kkk angkat99 nie,,

memang ye......dalam islam xde istilah tu..
tapi nape wujud eh?

huaaaaaaaaaaaa...aku pown tak tau nak jawab..!

then aku pown bace laa info pasal angkat2 nie..

n aku buat conclusion kat sini..kalau kau as a girl n as a boy nak berangkat2, ape je yang ko boleh buat?motif main angkat? kau da xde adik kat umah ke? da xde abang kat umah? nak dapat kasih syg dr adek2 n abg2 angkat yg kau ade tu?

kau rase tak cukup ke kasih syg dr family kau sampai nak tambah lg family org lain masuk dalam family kau?

atau sebenarnye motif kau nak happy2 kat dunia nie?alaaaa main2 je pun..
haah memang main2 sementare kat dunia nie,,sebab kau tau kat akhirat nanty kau da xleh nak maen2...kan?

ape lagi motif ea untuk berangkat2 nie ea?
untuk terase dihargai?emmm same je kot dengan nak kasih syg..
ape lagi ye..pk99..

untuk berbangge?klo boleh nak gtau satu dunia aku ade abg or adek angkat cute+comel+terhangat dipasaran.....pastu,,?nak buat ape?bg org jeles.. kau ade, org lain xde..

ape lg?
untuk mintak tolong di kala susah?ok, maybe boleh diterime pakai,,tapi yang nie aku rase, kalaupun aku ade abg angkat, aku mintak tolong gn kawan aku dulu kot...kawan kat dunia nie banyak,,

ape lg?
yang tu je kot yang aku terpikir setakat nie..

nasihat aku ::: jom!!! kite kembali ke agame kita.. the one n the only one,,
ISLAM..


1 : haramkan zina  - hubungan 'girl + boy' jd 'girl - boy'.
2 : kasih syg?        -datang dari hati...sape yg pegang hati kite? Allah kan? so bertaubat kpd Allah dan Allah akan berikan kasih sygnya yg melimpah ruah tanpa kita perlu meminta drpd org lain..
3 : berbangga?       - jom kite same2 menjadi bangga di syurga nanti sbb dapat jd cantik plus handsome waktu tu selama2nye,,nak bangga kat dunie..sementare je kot,,xsampai 10 tahun da kerepot cket..
4 : mintak tolong?   - bace surah alfatihah n makne dy..sesungguhnya Allah lah tempat kite meminta pertolongan..klo ade "berangkat" nie pown xsemestynye boleh mintak tolong salu..dy pown ade masalah sendiri jugak..

so.. jom bertemu di syurga nanti!!
walaupun aku tak pasti aku akan masuk syurga ke tak,,aku berharap sangat,, sebab sungguh aku tak sanggup nak hadapi kat nerake...


uuuiiii wait!! aku tak cakap org yang ade angkat2 nie masuk nerake..
sbb selagi nyawa tak sampai ke halkum, selagi matahari tak terbit ikut barat,,selagi itu pintu taubat terbuka kat kite..

cume jom kita berubah ke arah kebaikan..
jaga hubungan kita..

angkat2 bg aku klo antara boy n girl same je macam couple...
cam xde beza je..so ps aku,,

dalam islam xde isltilah couple

nak ade hubungan...? say "Awak....jom nikah!"

hahahaha..
ok Assalamualaikum,,,sory terlebih membebel..