ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Tuesday, 31 December 2013

Perjalanan Seorang Diri 2

-the cure-


Mata melilau membaca satu persatu destinasi yang begitu banyak tertera di hadapan kaunter. Mencari Jalan Pekeliling setelusnya.

Setelah membeli tiket, Nabila terus menyimpan di dalam beg galas belakangnya. Uit..pakai beg galas je? Tak classnya.

Hello, saya memandu motor okey? Eh silap. Membonceng ye.

Selesai satu masalah. Tapi...rumah Kak Lily kat Greenwood kot. Jauh jugak stop kat Pekeliling. Memang kesian ah kat Kak Lily kalau dia ambil aku jauh-jauh. Huhhhh...

Bell! Stop mengeluh. Allah kan ada. Yakinlah. Hasbunallah wanikmalwakil.

Okey. Relaks. Tarik nafas. Janji dah tak nak mengeluh. Hembus. Yeah..better.

Nabila membuka conversationnya dengan Kak Lily. Memulakan perbualan. Bismillahhirrahmanirrahim.

-Assalamualaikum.
-Bell dah beli tiket lusa. Pukul 9pagi.
-Nanti, bila dah sampai kat Pekeliling tu kan, ada tak LRT ke? Bas ke? Teksi pun okey je kot.
-Kasi dekat siket dengan rumah akak.
-Huhu.

Rasa dah cukup berbasa-basilah tu ek? Hehehe...yalah kotnya. Tak tau bahasa bunga apa lagi yang patut guna sebab tengah nak minta tolong orang tumpangkan rumah ni. Kes serius. Jadi, kena nampak cam serius la jugak. Adoyai...

Kak Lily reply.

~Waalaikumussalam.
~Sampai kat sana nanti, ade LRT dengan STAR.
~So, Bell pilih yang mana satu Bell nak naik, nanti akak bagitahu station mana nak stop. 
~Okey ke?

Ek...STAR? Ape kebendenye tu? First time ni dengar. Yeah, I know I jakun. Jangan gelak (gaya mat lutfi buat video parody LISTEN).

-Okey je. Thanks akak.
-Jasamu dikenang.


Selesai berwhatsapp, Nabila berfikir seketika tentang perjalanannya. Bayar yuran untuk masuk program Untuk Kita Pendosa yang dianjurkan oleh Langit Ilahi ini, dia tidak rasa sikit pun menyesal. Untuk mendaftarkan diri ke dalam program ini, dia sanggup berkorban RM50 (termasuk makanan). Dan disebabkan program ini dilaksanakan di UIA Gombak. Dia harus menghabiskan duit lagi untuk tambang bas dari Kuantan.

Walaupun begitu, dia masih terasa itu adalah pengorbanan yang dia ingin buat untuk merecharge imannya. Sedang sekarang sudah hampir dua minggu dia duduk di rumah. Kerja hanyalah makan, tidur, solat, ngaji sikit, baca novel cintan - cintun yang dia rasa agak menurunkan iman kadang-kadang2, dan tonton drama Melayu yang disiarkan di TV3 sekarang iaitu Playboy Itu Suami Aku.

Kadang dia merasakan apabila dia melewatkan maghrib kerana ingin melihat drama itu, seperti dia sedang menolak cinta Allah. Aii...tengok cerita pun tolak cinta jugak ke?

Bukanlah begitu. Menonton drama itu baginya tidak ada salahnya jika sekali-sekala bagi Nabila. Namun, imannya yang lemah sering tergoda apabila datang godaan setan seperti :

"Uit bro...! Lek lu. Tak lari bilik air di kejar. Tak hilang sejadah kat penyangkut tu lah. Tunggulah sampai cerita ni habis dulu."

"Lima minitlah lagi. Tunggulah iklan dulu, baru gi solat. Bukannya masuk Isyak lagi pun."

"Kau kalau termiss part ni memang rugilah. Tak faham nanti flow dia."

Dan sememangnya setiap hari Isnin hingga Khamis, semenjak Nabila berada di rumah, termakan juga dengan godaan itu. Hailaaaa...manusia dan nafsu. Memang tak boleh dipisahkan. Tapi percayalah, kita mampu untuk mengawalnya dengan iman.

Dengan pemikiran yang dia rasa agak panjang ini, Nabila sanggup menghabiskan duit untuk menyertai program tersebut. Lebih tepat lagi dia menambahkan saham akhiratnya. RM50 bukanlah suatu yang besar jika ingin ke arah melaksanakan tuntutan iman baginya.

Dulu, dia sanggup menghabiskan duitnya untuk membeli novel-novel melayu cintan-cintun yang kini masih berada di atas raknya. Novel kot... paling murah pun RM17. Dan yang paling mahal dia pernah beli dalam RM32. Waktu itu, dalam fikirannya, novel adalah pengisian jiwa. Tak ada novel, tak terasa bahagia! Over...! Tapi memang itu hakikatnya.

Kini, melihat novel-novel di atas rak, kadang dia ambil untuk membaca, meleleh kot air liur nampak novel. Tapi dalam dia membaca, dia merasakan bersalah juga. Membazir masa dengan apa yang dah tahu. Buat apa ulang lagi kalau dah tahu ending dia macam mana. Tak ke?

Ceritanya sama jugak. Hero heroin sama jugak. Plot pun sama jugak. Ending lagilah sama. Tapi itulah, dalam jiwa masih ada rasa ingin membaca walau sudah tahu. Sedih hati. Menangis iman.

Oleh sebab yang demikian, Nabila tidak mahu cuti yang bakal dia lalui dua minggu akan datang nanti, jadi seperti ini lagi. Sia-sia dua minggu berlalu tanpa berbuat kebajikan.

Tak pergi surau ke? Ceramah tak dibuat kat surau eh? Kat kampung tu memang tak ada surau? Sampai sanggup pergi ke KL nun di sana.

Bukanlah tak ada. Tapi disebabkan dia baru sahaja berpindah di kampung baru ni, dia malu untuk bertandang ke surau kerana pintu depan surau itu adalah pintu jemaah lelaki. Pintu jemaah perempuan harus melintasi dahulu pintu lelaki. Dan di sebelah surau itu ada padang futsal dan gerai makan yang selalu dipenuhi oleh lelaki yang melepak. Dia menjadi takut untuk pergi ke surau itu. Takut terjadinya fitnah kalau-kalau hanya dia seorang perempuan dikampung itu yang pergi kesana.

Tidak tahu bilakah akan timbul kekuatan untuk pergi ke surau untuk merecharge iman setiap hari. InsyaAllah suatu hari nanti. Bersama-sama para sahabat mungkin.


bersambung...

-Perjalanan Seorang Diri 1
-Perjalanan Seorang Diri 2
-Perjalanan Seorang Diri 3

smile n smile again. iklas la. :)



Monday, 30 December 2013

Perjalanan Seorang Diri 1

message here
-the cure-


Tangan menekan Menu di screen telefon bimbitnya. Mencari-cari whatsapp application. Menilik satu-persatu nama yang ada di hadapannya. Otak sedang sibuk berfikir ' Kak Lily. Kak Lily. Kak Lily.'

Ada hal penting sangatlah tu.

Apabila terjumpa nama Kak Lily, terus mata terpandang default picture Kak Lily. Hanya sebuah gambar yang dilukis oleh Rusydee Artz aka Syabab Musafir Kasih aka Muhammad Rusydee, nama akaun dan page di facebook. Gambar seorang lelaki yang memakai kopiah berwarna putih dan di hadapannya seorang wanita berpurdah berlatarkan sebuah pokok yang penuh dengan dahan berdaun di malam yang tak berapa nak gelap sangat. Di tengah gambar itu tertulis 

Rusydee Artz
"..kerana Allah
aku cinta padamu.."

-the cure-


Uhuhu...sweet gilak! Nabila tersenyum seketika. Ok, apa nak cakap tadi? Lupa dah...

Dua saat kemudian. Ohhh..

Tangan leka menaip keypad di screen.


-Assalamualaikum Kak Lily. Ni Bell yang comel ni.
-Uhuhu...kira jadi eh Bell datang umah 
-lusa?
-Untuk Kita Pendosa.
-Hehe,,Bell ade masalah siket ni, nak tanya kalau nak gi umah akak, nak turun kat mana?
-Sebab tak beli lagi tiket gi kl,coz tak tau nak stop kat mana.

Nabila hanya memandang bahagian atas tertulis, 'last seen today at 12.30am." Mata melirik pula ke arah jam sekarang. 12.15 pm. Hmmm..harapnya Kak Lily reply cepat.

Seminit menunggu. Seminit setengah. Dua minit. Mana Kak Lily ni.

Sambil menunggu balasan dari Kak Lily, Nabila membuka facebook application pula. Mengstalk status-status friendsnya.

Nabila mengaku, dia tidak mempunyai ramai friends di facebook. Lebih banyak digunakan untuk like page-page yang dia merasakan banyak memberi inspirasi dan lebih kepada sentiasa mengingatkan dia kepada tuhan. Allah.

Dan juga page-page yang mengupdate tentang perkembangan situasi di negara Islam lain yang sedang menghadapi perang dan ditindas oleh kafir laknatullah. Terutama Mesir, Gaza,dan Syria.

Huhhh..mengeluh seketika. Merenung ke dalam handset bagai boleh tembus. Dalamnya.



Memikirkan apa je yang dia boleh tolong sebagai saudara seislam? Sedih...kerana jawapannya hanyalah doa. Doa saja yang dia mampu lakukan.

Hasbunallahwanikmalwakil. Yakinlah Allah mendengar doanya. Moga suatu hari nanti dalam masa yang terdekat ni, mereka-mereka yang menindas Islam akan mendapat balasan di dunia secara live. Walau apa pun caranya, Allah lebih berkuasa atas segalanya.

Tersentak seketika apabila handsetnya berbunyi. Whatsapp dari Kak Lily.

~Waalaikumussalam.
~Insyaallah jadi. Datang je umah akak. Sentiasa terbuka untuk Bell.
~Huhuhu...
~Ok. Kalau boleh turun kat Greenwood.
~Dekat siket ngan umah akak.

Cepat Nabila mereply.

-Greenwood? Tak pernah dengar pun kak.
-Ehehe...
-Kalau Bell tak jumpa bas yang turun kat sana, macam mana kak?

~Kalau tak ada, turun kat pekeliling lah. Ok tak?

-Ok je. Will try to find.
-Gemuruh ni. First time nak jaan jauh sorang diri.
-Kuikuikui.
-Thanks kak.
-Assalamualaikum.

~Welcome and waalaikumussalam.

Ok. Pergi terminal lepas zohorlah. Berbicara sendiri dalam hati.


bersambung...

-Perjalanan Seorang Diri 1
-Perjalanan Seorang Diri 2
-Perjalanan Seorang Diri 3

smile. trying to do better. ;)

Sunday, 15 December 2013

Doa Makbul Sepantas Kilat

-the cure-

Melati duduk di atas buaian sambil menghayunkan seperlahan yang mungkin seperti sedang termenungkan sesuatu. Mata memandang tepat ke arah surau di hadapan. Begitu dalam renungannya seperti dapat melihat apa yang terjadi di dalam surau. Track suit hitam t-shirt muslimah hijau rumput dikenakan dengan tudung hijau dua tone yang dipakai dibiarkan jatuh menutup segala aurat yang ada patut ditutup. 

Azan baru sahaja berkumandang menandakan masuknya waktu isyak.

Orang tua-tua kata tak baik bermain diluar waktu-waktu maghrib terutamanya perempuan. 'Alah..lelaki pun manusia juga, syaitan pun ganggu jugak lelaki waktu ni.' Bisiknya dalam hati.- okey! nie tak baik punye ayat dalam hati.

Memang selalu itu yang jadi pegangannya, tapi entahlah...mungkin disebabkan oleh faktor "bulan jatuh ke ribanya",dia merasa stress dan ingin bersendirian. Tambah lagi sekarang waktu exam. Dan memang taman permainan di tepi rumahnyalah yang selalu menjadi mangsa menungan Melati yang kadang rasa nak pecah cermin tembus dek pandangan yang terlampau tajam jika dia berkeadaan begitu.

Mata menembus ke arah pintu  surau bahagian lelaki yang betul-betul terletak cantik di hadapannya.

Dikala ini, baru Melati terperasan . "Eh! Syabab baju putih tu lah! Tenangnya tengok dia.... Kalaulah dia jadi suami aku kan. Mesti bez gilak!" Ujarnya dalam nada berbisik kegedikan. Sudah menjadi hobinya menggelarkan lelaki itu Syabab, kerana sebetulnya Melati tidak pernah tahu nama lelaki itu even mereka hidup berjiran selang dua buah rumah.

Kata-katanya itu bukan kerana Syabab handsome pada pandangannya. Tapi kerana Syabablah yang dilhatnya ketika selalu datang ke surau itu. Ya! Pasti dan tak mungkin salah. Alahai..siapa je pun anak zaman sekarang yang sanggup berjalan untuk ke surau semata-mata hendakkan pahala 27 kali ganda? Yang ramai kat surau adalah para warga tua dan lelaki yang sudah berkahwin.

Anak muda? Hilang kesedaran bahawa Allah itu Maha Melihat. Hilang kesedaran bahawa mereka adalah pemimpin negara yang akan berjuang bermati-matian menegakkan keadilan. Hilang kesedaran tentang agama yang dengan gahnya dia menunjukkan pada dunia bahawa IC tercatat 'ISLAM'. Padahal dengan hanya menjaga solatlah semua itu dengan bangganya mereka dan tidak lupa juga kita sebenarnya dapat tayangkan pada dunia bahawa 'Akulah muslim sejati! Mujahid setia!'

Hampir setiap hari  Melati ke surau untuk solat magrib dan isyak berjemaah. Dan apabila usai dia berdoa dan melangkah kaki untuk keluar, sering dia melihat seorang lelaki ini. Menghadap Tuhannya dengan penuh khusyuk di kawasan luar lantai surau , tanpa tikar sejadah. Disebabkan oleh surau itu agak kecil, jadi kawasan luar surau itu secara rasminya menjadi tempat solat para hamba Allah yang ingin melakukan solat sunat apabila di dalam surau itu mengadakan ceramah ringkas. Selalunya pakaian Syabab ialah kain pelekat dan berbaju putih atau apa-apa sahaja baju yang berwarna terang. 'Ah, mungkin kebetulan kot! Entah-entah Syabab pun tak perasan baju yang dia pakai tiap-tiap hari, aku je yang terpoyo lebih.' ,cemuhnya dalam hati.

Walaupun bukan setiap hari dia akan nampak Syabab, namun entah kenapa, dia akan berasa gembira apabila melihatnya. Kadang-kadang masa Syabab tengah solat pun Melati boleh tersengih sendiri kerana terlalu suka kehadiran Syabab. Dah biul agaknya.

Dan hari ini, first time dalam hidupnya, setelah dua tahun tinggal di situ sejak dia berpindah, dia melihat Syabab solat berjemaah Isyak. Ya lah. Selalunya waktu orang solat berjemaah, Melati pun berjemaah juga, dan hanya melihat Syabab semasa solat sunat.

Solat jemaah hampir habis. Kedengaran tok imam mengucapkan takbir yang terakhir untuk tahiyat akhir.

Terlintas di fikirannya untuk meminta doa daripada Allah, agar tunjukkan kepadanya adakah Syabab ini jodohnya. Sambil menadahkan tangan dengan bersungguh-sungguh.  Memberhentikan hayunan buaian yang sudah sedia ada perlahan. Memandang pada tangannya dan sesekali ke arah pintu surau. 

Dan mula berkata-kata dalam doanya, "Bismillahhirrahmanirrahim. Ya Allah, jika Syabab keluar dari pintu surau lepas habis solat dan bersemba..." Tika itu matanya melihat orang yang pertama keluar selepas tok imam bagi salam adalah Syabab! Serba salah untuk menyambung doanya, namun digagahkan juga, 

"...bersembahyang solat sunat kat luar..." Mengharapkan Syabab hanya menuju ke arah tempat mengambil wuduk instead of tempat seliparnya diletakkan.

"...maka dia adalah bakal jodohku, jika tidak, aku takkan simpan lagi perasaaan suka pada dia lagi Ya Allah..." Syabab terus menonong keluar dan bergerak ke arah rumahnya.

"Amin." 

Melati tergamam sebenarnya ketika Syabab berjalan keluar. Setelah beberapa saat baru otaknya berfikir. Bermuhasabah kembali. Melati tersenyum seorang diri. Betapa Allah mendengar doanya dan dengan cepat Allah menunjukkan tanpa perlu menunggu. Belum sempat pun dia menghabiskan doa, Syabab sudah keluar tanpa solat sunat. Ini bermakna doanya telah dijawab dengan sepantas kilat. Kilat pun tak laju tu. Hoi.

Dalam hatinya, Allah sangat sayang kepadanya kerana tidak mahu dia terus terleka dengan godaan syaitan yang suka membisikkan lagha dalam hatinya. Dan dia rasa Allah sweet sangat. Hampir sahaja air mata yang terkumpul di birai matanya jatuh ke pipi, namun sempat di tahan. Dia dapat rasakan Allah nak suruh dia terus bermujahadah tanpa memandang perkara dunia walaupun itu yang terkenan di mata dan hatinya. Dan dia teringatkan satu ayat.

...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidakmengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216)

Setelah itu, dia berasa lega. Lega dari stress. Lega dari segala apa yang merasuk fikirannya. Lega dari memikirkan Syabab itu jodohnya ataukah bukan. Subhanallah.

Ya. Melati tahu, solat sunat istikarah lebih baik untuknya. Tapi entah kenapa, dia yakin sangat bahawa doa yang dia lakukan tadi memang betul-betul petunjuk dari Allah untuknya agar dia tidak terleka dengan lebih jauh.

Alhamdulillah.

Melati mengangkat punggungnya dari buaian dengan penuh senyuman bangga. Sekali orang tengok dah macam orang tak betul senyum sorang-sorang. Dua kali tengok lagi la macam orang tak betul kuasa dua. Kuikuikui.

Selesai segala masalah. Bersangka baik dengan Allah. Say Alhamdulillah again.


Moga bermanfaat dan dapat pengajaran dari cerita yang pendek ni.
InsyaAllah.

smile.

novel - novel

novel saya. -the cure-
Assalamualaikum wbt.

Saya ingin menjual novel2 kepunyaan saya which means secondhand lah,,,
Harga 50% dari harga yang sebenar. 
Postage : Sebuah buku = Rm3.00
Dua buku = RM6.00

Antara novel2nye ialah :
1. Kan Ku Kejar Cinta Kamu - Fauziah Ashari - RM14
2. Bini Aku Tomboy Ke? - Arisa Eriza - RM9
3. Cinta 365 Hari - Norazlina Nordin - RM10
4. Pelakon Cinta & MR. G - Anabella - RM13
5. Aku Yang Menanti - Haiza Najwa - RM10
6. Meh, Sandar Pada Aku! - Aifa Batrisha - RM11
7. Antara Benci & Rindu - Ida Farisya - RM9
8. Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyline - RM10
9. Lagu Cinta Buatmu -Qaseh Qaisara - RM10
10. Teman Serumah - Zuera Rasiddin - RM9
11. Gerimis Rindu - Meen Zulaikha - RM10
12. Perempuan Lindungan Kaabah - Hana Ilhami - RM14
13. Indahnya Takdir - Syikin Zainal -RM10
14. Cinta Tak Terucap - Imani Hatta - RM10
15. Akan Ku Tunggu - Sania Yasmin - RM10
16. Hello, Mr. Perfect! - Waniey Zakaria - RM11
17. Cinta Kau Dan Aku -Siti Rosmizah - RM10

Please spread this. Really want to sell those novels, n mengurangkan space dalam rak.
InsyaAllah masih terjage dalam keadaan baik.
And if stay kat kuantan area Kampung Padang Jaya or Kampung Pandan 2 or Taman Tas, xperlu postage, saya boleh bagi direct je.
if nak, pm saya kat facebook( 
https://www.facebook.com/hacks.flower?fref=ts ) saya. terima kasih.

smile and thanks.

Saturday, 14 December 2013

karbon monoksida vs drama korea

uhukk.uhukk!-the cure-



“Ustaz, ye ke tengok drama korea ni macam karbon monoksida?”, Aqil bertanya kepada ustaz.
            
“Maksud awak?” Dahi ustaz berkerut sedikit, tanda kurang faham penggunaan perkataan Aqil.

“Maksud saya hmmm..membunuh dalam diam.”Aqil menerangkan apa yang dimaksudkannya dengan harapan ustaz akan faham tentang apa yang dipersoalkan.
            
Ustaz berfikir sejenak. Berfikir dahulu secara rasional setiap kali ingin menjawab apa-apa soalan yang datang kepadanya tidak kira dari sesiapa pun menjadi prinsipnya sehingga kini, dan selalunya penuju soalan adalah para pelajarnya. “Awak bertanyakan saya tentang salah ke tengok drama korea?

Sejurus melihat Aqil mengangguk, ustaz menyambung. “Salahkah ia? Tengok tu tak adalah sampai jatuh haram, tapi termasuk dalam kategori perkara sia-sia plus buang masa. Sekiranya manfaat lebih banyak dari keburukan, silakan tengok. Tapi kalo ada adegan yang buka aurat and maksiat tak boleh tengok la sebab tu dosa-dosa kecil. Dan perkara yang menjadi keutamaan seperti ibadah perlu didahulukan. Kalo sampai lambat solat dan melalaikan perlu dielakkan sebab tu dosa. Dosa kecik ni bila lama-lama akan jadi besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.”
            
Ustaz berhenti setakat itu. Aqil yang khusyuk mendengar mendapat input yang sangat bernas hari ni. Sambil tangan mencungkil habuk meja yang berada diantara dirinya dan ustaz, Aqil berbisik dalam hati, ‘Takkan tak boleh tengok langsung?Sob sob sob,,sedihnya’ Aqil bertanya lagi tanda masih ada yang berlegar di hatinya. “Kalo ustaz, ustaz tengok ke?”
            
“Awak tanya kalo saya kan? Alangkah baiknya kalau masa yang digunakan untuk tengok benda-benda tu digunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah, baca Quran ke, solat sunat ke, bantu orang susah ke, buat dakwah ke. Pahala insyaAllah konfem dapat. Tengok benda-benda tu... Hmm belum tentu dapat pahala. Buang masa memang dah konfem dah. Allah sebut kan dalam surah al-Asr? Siapa dia golongan yang paling rugi tu?” Ustaz menjawab.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr 103:1-3)

“Thanks ustaz, saya cuba.” Dengan muka sedikit sedih Aqil mengucapkan terima kasih. Bukan kerana ustaz memarahinya, tapi kerana merasa dirinya bersama orang-orang yang rugi.
            
Ustaz tersenyum mendengarnya.


~~~~~~~

Membuang masa. Dua perkataan yang apabila dijadikan satu term tidak pernah terfikir olehnya selama dia menonton drama korea sebelum ini. Dia rasa terkesan ke hati. Ya! Dia tahu akan surah itu, tetapi tidak pernah merasakan dirinya berada dalam golongan itu. Ya! Dia ingat satu persatu ayat dalam surah itu, namun tak pernah ingin menghayati maksudnya. Ya! Dia tau maksud ayat itu daripada sesi ceramah yang selalunya dia hadiri, namun tak pernah menyerap ke sanubari.

Mungkin kerana merasakan bahawa dia seorang yang cukup mengikut jadual waktu yang telah dibuat, dan semestinya, dalam jadualnya dia akan menghabiskan satu jam sehari untuk menonton korea. Ek. Tak pelik pun dengan jadualnya kerana orang lain pun ada yang membuat perkara yang sama.

Dan sekarang, setelah mendengar jawapan dari ustaznya, dia merasakan dia perlu memuhasabahkan dirinya semula dari saat ini. Dia ingin menjadi mujahid setia. Dan sebenarnya dia sangat sayang kepada ustaznya yang sorang ni, sebab ustaznya selalu tenang dan cukup untuk menenangkan orang lain dengan air wajahnya yang dia rasakan penuh keikhlasan.
            
Insyaallah.

~~~~~~~

Saya petik jawapan nie semestinya bukan dari pokok durian bahkan bukan jugak pokok mangga. Tapi ia adalah jawapan dari dua orang pahlawan setia agama. Saya bertanyakan soalan ini kepada ramai dan jawapan yang hampir sama yang saya dapat. Dan disebabkan nie adalah antara jawapan yang saya rasakan terkesan dihati, saya ingin berkongsi kepada kamu orang. Ek.

Dan kepada sorang lagi yang menjawab pertanyaan saya ini dengan menggunakan blog beliau, terima kasih. Cukup berkesan di hati yang kering dengan jawapan ini. Saya akan cuba bermujahadah, insyaAllah, dan saya mengharapkan kamu orang jugak tak lalai dari layan drama2 korea. Ups! Nie saya specifickan kat drama korea je kan? Padahal drama melayu pown sama je! Uhhh?

Ehehe. Seriously, saya masih dalam usaha nak membuang segala rasa cinter kepada drama. Namun , apakan daya, saya seorang yang masih lemah dan masih memerlukan masa untuk hadapi perubahan. Ya! Ia sakit kan? Sakit nak tinggalkan tabiat kita. Jadi, saya sedang mengurangkan waktu yang saya luangkan untuk drama-drama nie, saya takut jika saya ambil langkah drastik, saya akan tersungkur lalu jatuh secara mendadak. Ini kata saya, hacksflower, kata kamu orang?

“Kami drastik pon boleh! Apa celop tot kurang-kurang?”

“Ha??tinggalkan? mana boleh! Dalam jadual saya dah tulis kat situ 3 jam untuk korea satu hari, dan tak mungkin akan berubah jadual saya. Muktamad!”

“Emm,,tengoklah dulu Cik Hacks, saya rasa tak boleh nak tinggalkan lagi, tunggulah sampai orang korea tak buat drama baru saya stop tengok.”Ekk??

Apa pun alasan kamu orang, boleh tinggalkan atau tak boleh, terpulang pada diri masing-masing ingin mengejar cinter sape? Dan insyaAllah cinter abadi yang kita pilih.

Dan Cik Hacks ingin mengingatkan bahawa, hidup kat atas dunia nie sekejap sangat. 24jam sehari akan berlalu pergi tanpa melihat kebelakang kembali. Namun diri nie lah yang akan menyesal di kemudian hari jika 24jam sehari itu berlari tanpa hati dalam sanubari.


Assalamualaikum.