ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA
Monday, 22 December 2014
release
How i want to tell to u bout my heart. Really miss him.
Its hurt.
When its already 6months, n i still cant forget him. N these 6months im being a stalker, though i know its a sin. My heart wants him.
N now! it hurts me again.
When now i cant be a stalker anymore.
He has deactivate his fb. N change his number phone. Where else now i want to get him.
Really crazy when u fall in love to the right person on the wrong time.
Or maybe he is wrong person. Im just want my heart feel the love to Him. Not to him.
Maybe this is the trial n exam in my life. For me to be strong. More strong.
Pray for me. Cause now im really crazy.
Miss hacksflower
Sunday, 7 September 2014
Dont Judge Aminah And Abdullah
What i want to share with uolls today is, about my judgemental.
Ok. siapa Aminah yang ada dalam fikiran saya sekarang tak lain tak bukan adalah ibu kepada Nabi Muhammad kita.
Nak tau something? betapa jahatnya saya apabila dari saya sekolah rendah (fardu ain) apabila saya diperkenalkan dengan Aminah ini, saya beranggapan. Oh dia adalah ibu kepada nabi. agak kurang bertanggungjawab sebab suka2 je tinggalkan Nabi kat orang lain suruh jaga.
And bila nabi dah 6 tahun , dia pula meninggal dunia. Just macam xsempat sangat pun nak jaga nabi sangat dari kecil.
Ayah nabi pun sama. Abdullah. ye memang betul saya tau beliau meninggal waktu nabi masih kecil, dan xsempat pun nak jaga beliau sangat. N betapa judgementalnya saya apabila saya menganggap mereka ini tidak bertanggungjawab.
Siries!!! Sebelum ni, impression saya terhadap ibu bapa nabi kita yang agung ini sebegini rupa.
Ampunkan Aku Ya Allah.!!!
Dan baru jap tadi, alhamdulillah. saya dapat habiskan buku srikandi yang benar: Aminah by Zahiruddin Zabidi.
Betullah, kalau kita tak tau apa yang terjadi disebalik sesuatu kejadian jangan sesekali kita judge perkara tu.
Sangat terkesan dengan cerita bagaimana betapa cintanya Aminah kepada Abdullah dan Nabi kita.
Sangat terkesan dengan cerita betapa mulianya karakter ayah dan bonda Nabi kita.
Sangat terkesan.
Kalau tak mulia, kalau tak penuh cinta dalam dada, macam mana boleh keluarnya Nabi kita sang pejuang akhir zaman yang gagah lagi perkasa kan?
Memang dilahirkan dari keturunan yang sangat perfect.
Not even paras rupa. Tapi perangai yang jatuh nombor satu.
Baik yang teramat baik.
Tanggungjawab yang teramat bertanggungjawab.
Tak takut mati.
Tak macam kita pun.
Kalau kita kata, kita nak ikut perangai Nabi dalam kehidupan seharian, belum tentu pun boleh ikut seperti bapa n ibu Nabi.
MENGENAI judgemental ku kini dah berubah. Kerana saya dah tau sebab musabab terjadinya kematian Abdullah.
Kerana saya dah tau sebab musabab Aminah bagi Muhammad kepada Halimatul Saadiah.
Kerana saya dah tau sebab musabab Abdul Mutalib yang menjaga Nabi.
Semuanya kena baca sejarah seluruhnya.
Dulu waktu fardu ain(kalau gi lah) kita just belajar sirah tentang Nabi Muhammad je. Dari start baginda lahir. Kita tak tau apa yang terjadi sebelum wujudnya baginda.
Dan saya sangat berterima kasih kepada pakcik Zahiruddin Zabidi(i dont know if pakcik is not good, sorry) sebab telah membuatkan penulisan sebegini. Walaupun saya tau, fiksyen macam ni memang kita tak dapat percaya 100% sebab kita tak berada di situasi sana.
Eventhough like that, saya dapat bayangkan apa yang terjadi di waktu dulu dengan lebih baik daripada impression saya sebelum ni.
Again. Thanks Pakcik.
Untuk manusia yang baca n3 saya kali ni, maaf kalau ada yang tak puas hati dengan impression saya terhadap ibu bapa baginda yang agung.
Dan jika ada yang membaca n3 saya ni mempunyai impression yang sama macam saya. Saya cadangkan jom kita sama-sama baca sejarah Islam.
takecare
smile.
-the cure-

Monday, 21 April 2014
Aku Ingin Syurga Bab 6
![]() |
| Aku Ingin Syurga-the cure- |
Tangan pantas membelek plastik merah di hadapan. Aku kalau orang bagi benda memang tak tolak.
Kotak dibuka. Tak sabar nak tengok apa ada kat dalam. Auchak! Sempat eh kau. Muka tarik senyum.
Cheese? Senyum dah hilang.
Alahai. Jadi makanan kaulah Jenny nampaknya.
Kotak ditutup semula, ambil pen, sambung studi.
"You nak cheese? I belikan cheese cake nak?" Bangun dari kerusi. Ramai kelihatan orang waktu ni, padahal baru sepuluh pagi. Yelah hari ni kan hari ahad. Ramailah yang keluar bawa couple, tak terkecuali Hani.
"Boleh jugak." jawapan pendek Hani.
Johan segera berjalan ke kaunter. Usai membeli, Johan menatang sepinggan cheese kek. Saja malas nak order kat meja, buat Hani rasa special. Dan kek tu pun, Johan siap letak kaca berbentuk hati merah lagi siap kat atas. Sweet betul.
Kek diletakkan ditengah-tengah meja.
"Mana you ambil red heart ni? Comelnye." Muka teruja.
Johan duduk di atas kerusi. "Untuk you apa aje I boleh bagi." Nada mengayat.
"Ecece. Yelah tu. I suruh ambil bintang atas langit tu nanti, baru tahu." Cover malu.
Ketawa Johan seketika.
"Kalau itu yang you nak, I boleh usahakan." Kenyit mata gaya arjuna cinta panah pertama. Gila tak cair.
"Ayat...memanglah eh." Senyum suka. "So, makan sekarang boleh?" Sudu dah ada di tangan.
"Boleh princess. Tapi." Sudu di tangan Hani diambil. Hani pandang pelik. Johan kuis sikit kek dengan sudu tu. "Hari ni, I akan suap you." Sudu yang berisi kek dah ada kat depan muka Hani.
Hani senyum lagi. Mulut dibuka. Bahagia bila bersama Johan.
"Ahhhhggg!" Mengeluh perlahan. Ni la tak suka tengok cheese kek ni. Rasa nak buang aje.
Memang dalam dunia ni tak ada kek lain ke kau nak bagi mamat oi. Ke lelaki memang fikir semua perempuan atas dunia ni minat cheese cake.
Tangan dah pegang kepala. Tak dapat nak tumpu perhatian dah. Hilang habis fokus tadi. "Dah jangan nak mengarut." Nasihat kepada diri sendiri.
Pen di tangan terus ke buku. Mencari-cari di mana last baca tadi. Ke muka aku ni, ada nampak aura cheese kek? Mata dah ke hadapan.
"Hani. Sambung studi!" Perlahan suara ditekankan kepada diri sendiri. Mata kembali ke buku. Mencari lagi.
Ke...
"Aish. Tak leh jadi ni!" Hani bangun dari kerusi. Satu-persatu barang atas meja dikemas. Sambil kepala menggeleng perlahan-lahan. Masih menahan rasa yang timbul sejak tadi.
Rindu. Tapi harus ditinggalkan.
Sayang. Tapi wajib dilupakan.
Rasa macam nak nangis dah ni. Cepat-cepatlah kemas. Siap aje semua barang dimasukkan dalam beg. Tangan mencapai kek. Kerusi ditolak. Kaki bergerak.
Keluar dari pintu library. Hani tarik nafas dalam-dalam. 'Okey, sekarang nak gi mana? Balik?' Berteka-teka dalam hati. 'Tapi sekarang tengah sedih. Tak boleh balik. Nanti orang tengok aku nangis.' Dah nak nangis dah. Sabar. sabar.
Taman is okey.
Semangat
Saya memerlukan semangat sekarang. Jangan pernah putus asa Hacks! Kuatkan semangatmu.
Jangan jatuh.
Jangan.
Jangan.
Doakan aku dijalan ini.
Tuesday, 15 April 2014
Aku Ingin Syurga Bab 5
![]() |
| Aku Ingin Syurga-the cure- |
Syabab melihat tubuh di penjuru dinding. Tanpa berlengah kaki terus menuju ke cafe, beli kek chesse sepotong. Dalam kepala cuma rasa bersalah aje.
Yakin sangatlah perempuan yang duduk kat hujung tu, Donut pagi tadi. Sebagai ucapan maaf sangat tak gentlement bagi donut balik kat Donut tu. Sesedap hati dia aje gelarkan perempuan tu Donut. Tersenyum kejap dalam hati. Tak kesahlah Donut ke apa ke. Yang penting just go and tell her sorry.
Dengan adanya kaki yang panjang, cepat je sampai semula ke library. Mata cepat menangkap Donut. Kaki bergerak semakin perlahan ke arah yang dituju. Sampai di meja. Huhh.
"Assalamualaikum." Pembuka bicara. Hani pelik. Salam aku punya ke? Waalaikumusalam.
Kepala menoleh ke tepi meja, arah suara itu keluar. Kening diangkat dua-dua belah ke arah lelaki yang tak dikenali.
"Sorry."
"Pardon."
"I mean sorry pagi tadi. Donut awak jatuh." Muka dah bersalah.
Hani mengetuk pensel ke meja berulang kali. Memikirkan donut. Jatuh. Pagi tadi.
"Ohh! Pagi tadi ke?" Muka masih tak beriak. "Tak apa. Not your fault." Mata kembali ke kertas atas meja.
"So..." Lah tak gi lagi ke mamat ni. Hani mengangkat kepala buat kali kedua. Plastik merah yang ada kotak didalamnya dihulur depan muka. Terkejut.
"Sebagai ganti pagi tadi." Tangan kanan masih tak berganjak menunggu orang dihadapan mengambil huluran. "Ambilllah."
"Eh, tak apalah. Bukan salah awak pun." Nada bersungguh-sungguh.
Terus plastik merah tadi diketakkan di atas kertas yang berterabur di hadapan Donut. "Nevermind, dah beli dah pun. And sorry lagi sekali. Bye." Dari tengok kek direject, baik lari. Lari.
Thursday, 10 April 2014
Aku Ingin Syurga Bab 4
![]() |
| Aku Ingin Syurga -the cure- |
Kalkulator ditekan. Kepala sekejap ke kalkulator, sekejap ke kertas atas meja.
"Apa kebendalah nak disuruh kita kira cash flow ni Jenny? Aku nak jadi tax agentlah bukan tukang kira cash flow cenggini." Mulut dah start membebel ke orang sebelah.
"Masalah pulak diorang nak tahu kau nak jadi apa ek?" Mata Jannah masih di kertas atas mejanya. Sama keadaan macam Hani. Berselerak sekali nak buat cash flow je padahal.
Sepuluh tambah...dua puluh lima..tambah enam tiga kosong...tolak lima...sama dengan... Pensel tekan segera digerakkan menulis nombor yang terkeluar dari kalkulator.
Kepala menuju ke arah kertas Jenny. "Asal yang kau lain?"
"Pembetulan ayat sikit. 'Asal yang aku lain should be.' Sebab aku dah tengok jawapan online tadi.Ehehe." Jenny dengan muka selamba.
"Ye lah. Pemadam."
Jam pukul 2.15."Aku nak gi library. Kat umah tak studi ler aku. Kau?"
"Aku balik kot. Ada something nak settle kat rumah. Kau tak solat dulu ke?" Buku di tangan dibaiki. Lenguh. Berat sangat buku teks subjek ni.
"Solatlah. Then, gi library."
"Makan?"
"Hmm...aku rasa aku nak dietlah hari ni boleh tak? Takde selera nak makan."Senyum mengada.
"Baik puasa Hani oi."
Tangga pemisah arah tujuan sampai. "Bye Hani." Masing-masing ke arah bertentangan. "Bye."
Kaki cepat aje menuju ke tempat paling penjuru dalam library. Silent zone. Lari dari orang. Lari dari kesesakan lalu lintas. Eh? Tetibe.
Tak ramai orang waktu ni. Waktu nilah waktu makan, waktu tidur sekejap sebelum kelas pukul 4. Waktu mengusha abang-abang handsome. Gatal.
Tapi hari ni tak ada mood lah. Hai Hani. Nak usha abang handsome pun kena ada mood jugak ke? Eh mestilah. Kalau tak, tak feellah.
Ada aje jawapan bermain dalam hati. Okey Hani. Hari ni kena studi. Stop main kejap. Dah nak dekat final.
Beg diletak di atas meja. Pencil case dikeluarkan. Buku dah siap sedia ada atas meja. Beg dizip. Diletak dibawah. Bermulalah otak di fantasi mencari ilmu di dalam buku. Orang sekeliling tak di hirau.
Sunday, 6 April 2014
Aku Ingin Syurga Bab 3
![]() |
| Aku Ingin Syurga -the cure- |
Tangga yang berderet naik ke atas dinaiki satu persatu. Sambil tangan kiri mengangkat sedikit kain baju kurung. Haruslah angkat. Jatuh tersodok kang tak pasal-pasal malu. Bila naik tangga ni, semangat nak bercakap pun dah hilang. Tak bercakap pun, nafas dah tercungap-cungap, sahkan kalau bercakap. Pengsan agaknya. Hani cuma memandang je keadaan sekeliling.
Sambil jalan, sambil pasang mata. Tipical perempuan.
Alah, sama je. Kalau dah gedik tu,lelaki ke perempuan ke sama je.
Jannah pulak jalan dia sentiasa tak hirau orang. Jalan je ke depan. Nafas mantain. Orang rajin bersenamlah katakan.
"Jenny, aku lapar. Aku gi cafe jap. Jaga tempat aku satu." Terus kaki melangkah ke hadapan instead of naik lagi satu tingkat.
"Okie." Sambil angguk kepala.
Masuk di cafe. Kuih-muih menjadi tatapan pilihan. Betapa banyak kuih kat situ, satu je yang dia ambil. Donat. Hanya 50sen sahaja. Dan paling besar. Paling kenyang di waktu pagi. Kedekut betul. Sambil tersenyum pada pakcik kuih tu, dia menghulurkan sekeping note biru.
Habis buat pembayaran, "Oh mak kau!"
Mata cuma mampu merenung donat dah terkeluar dari plastik dan sekarang berada di tanah. Mengeluh seketika. Tu lah kedekut lagi. Tanpa memandang siapa yang dia terlanggar, terus kutip donat yang terdampar tak bernyawa tu. Bukan rezeki. Dalam hati berkata-kata. Takpelah, beli roti kat koop je. Pujuk hati.
Terdengar perkataan 'Sorry'. Suara lelaki. Tak nak lah pandang. Telah menjahanamkan pagi aku. Sedih. Mulut menjawab "Tak pe." Dalam hati punyalah menyumpah tak habis, sambil pujuk hati.
"Saya ganti nak?"
Hani yang masih dalam operasi mengutip donat, berkata, "Tak apelah. Bukan rezeki." Gentlementnyalah lelaki zaman sekarang.
Terus bangun menuju pintu cafe. Tanpa melihat pun siapa makhluk bernyawa tu.
Syabab terdiam seribu bahasa. Dah dia tak nak, takkan nak paksa. Bukan salah aku pun. Dia yang tak pandang orang belakang. Manners Syabab. Manners.
Nak beli donut pun dah tak selera. Tak pelah hari ni niat puasa sunat je lah. Biar kurang sikit dosa tu.
Kerusi kosong di sebelah Jannah di duduki.
"Bukan kata nak gi cafe ke? Cafe mana ada roti cenggini?"
"Kau rasa?"
"Koop."
"Hmmm." Tiada nada.
"Dah kenapa pulak ni? Masang cetong muka." Keluar loghat terengganu dia.
"Nantilah aku story-mory."
by
Saturday, 5 April 2014
Aku Ingin Syurga Bab 2
Hani sambung baca novel. Masih dengan posisi baring dia. Eee kalau aku kat tempat girl tu, dah lama aku cerai dia talak tiga.
Badan menegak secara tiba-tiba. Eh, jam pukul berapa dah ni. Solat jemaah. Mandi.
Handset bawah bantal segera diraba, mata pandang luar tingkap tengok warna langit. Oh. Baru pukul 7.00. Mata segera pandang pintu bilik air.
Jenny bukan boleh kira. Mandi lama gila. "Jenny...!" Panggilnya lantang dihadapan pintu bilik air. Sejurus mendengar jawapan Jannah, terus dia berkata, "Cepat sikit."
"Okie."
Duduk dengan kakak-kakak yang baik dalam rumah memang semulajadi akan jadi baik. Kakak-kakak ni suka sangat sharing benda-benda ilmu lepas subuh.
Dan Hani bukanlah seorang penggemar diberi tazkirah waktu subuh. Nak tidur kot. Siapa tak ngantuk. Dahlah kadang-kadang stay up sampai pukul 3pagi. Bangun subuh memang dipaksa oleh kakak-kakak semestinya. Selagi tak bangun, selagi tu mereka akan kejut.
Pernah jugaklah sorang kakak ni guna air untuk kejut Hani. Hei, rileks! Bukan simbah air atas Hani. Just sapukan air kat kaki Hani. Macam tu pun, Hani tersentak jugaklah bangun tidur. Bagus betul cara mereka ni.
"Assalamualaikum. Hari ni akak nak share pasal bacaan ngaji." Kak Aiman atau nama sebenar Nur Aiman Humaira. Kain telekung dibetulkan.
Instead of calling her name Humaira, Kak Aiman cakap, dia tak nak orang panggil dia berpipi merah sebab kalau muka dia merah, nanti orang nampaklah dia ni pemalu. Ecece satatement tak leh blah.
So, dia prefer Aiman. Maksudnya pun berkat. Dia kata nak sangat hidup dia berkat kat atas dunia so that dia akan masuk syurga. Memang first timelah dalam hidup ada orang buat teori nama macam tu.
"Bacaan ngaji ni bukan satu benda yang boleh buat main-main tau. Akak bersyukur sangatlah mak akak sudi habiskan masa dia dari akak kecik sampai akak umur lebih kurang darjah 4, semata-mata untuk ajar akak ngaji setiap magrib. Alhamdulillah.
Akak tak cakap eh mak korang tak ajar korang pada yang tak reti tu. Mungkin busy.
Tapi bila kita dah besar, dan kita rasa kita tak pandai ngaji, tajwid tak betul. Panjang pendek berterabur. Dengung hilang entah ke mana. Kadang tu akak dengar tempat yang tak patut kita dengung, kita tambah dengung. Kita kenalah pandai cari inisiatif sendiri." Kak Aiman tarik nafas panjang.
Sambil pegang alQuran Humaira warna kuning dia, dari tadi bertukar tangan. Kejap kanan kejap kiri.
"Jangan salahkan parents kita bila kita dah besar, kita masih tak reti. Masih ada cara lain kan. Ada yang kena bayar. Kalau nak free, meh akak ajarkan. Akak tak kesah habiskan masa untuk investment akhirat ni." Kak Aiman kalau dia cakap pasal sharing-sharing ni, memang dalam nada serius habislah. Kadang-kadang je dia akan tak serius.
And agaklah Hani tersentap. Hani bukanlah seorang yang pandai sangat baca alQuran. And bila baca je, tergagap-gagap. Orang dah habis satu muka, dia baru habis setengah muka. Lambat giler.
And dia amat suka dengar Kak Aiman ngaji terutamanya, bacaan dia berlagu memang tak dinafikan. Sangat best.
"Kenapa ye nak bertajwid sangat-sangat ni?" Kak Aiman tengok muka seorang demi seorang. Muka poyo semua.
"Sebab ni bahasa bukan Melayu. Ni bahasa Arab. And sometimes bile kita baca tak bertajwid, makna dia dah jadi lain.
Awak marah tak bila ayat yang awak buat dalam bahasa Melayu yang kita agungkan sangat ni, orang ubah perkataan dia." Berhenti seketika.
"Tak suka kan? Samalah dengan al Quran. Ni ayat Allah kot, dengan beraninya kita nak ubah? Siapa kita?" Ni memang dah nada tegas ni.
Hani renungkan diri. Dia jarang baca alQuran, antara sebabnya dia tergagap. Tapi bukanlah itu sebab utama. Dia sendiri yang tak nak luangkan masa sikit pun untuk baca alQuran. And tak tahulah pulak baca tak bertajwid tu salah bebenor.
"Siapa kita? Siapa kita? Kita cuma hamba je kan? Ke tak rasa kita ni hamba? Dah rasa kita ni tuan?" Tersentap lagi!
Apesal Kak Aiman ni nak menyentap je kerja dia. Hani dan lain-lain yang ada kat situ, tak berani nak bertentang mata dengan Kak Aiman waktu ni. Tak mampu pun nak jawab soalan yang sangat mudah yang keluar dari mulut Kak Aiman. Macam peluru pistol ditembak berdas-das. Dush. Dush. Dush. Rasa sentap dia.
"Bila kita baca tak bertajwid, kita akan mengubah makna dia tanpa kita sedar. Bila kita ubah makna dia, agak-agak Allah yang turunkan ayat yang suci ni suka tak kat kita?
Kita suka kan kata, jawapan dalam skema. Nak redha Allah. Nak rahmat Allah. Nak Allah sayang kita. Tapi kita? Dengan bangganya baca ayat-ayat Dia dengan tak betul." Menghela nafas seketika, Kak Aiman menyambung dengan nada yang lebih lembut. "Tak betul mungkin Allah maafkan kita. Tapi tiada usaha untuk membetulkan bacaan adalah hal lain."
AlQuran humaira kuning dibuka. Kak Aiman baca terjemahan , " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan kepada suatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."Alquran ditutup dengan jari masih terselit di celahan muka surat tadi.
"Ayat ni nak suruh kita berubahlah. Jadi lebih baik sehingga paling baik kita rasa. Semua dah biasakan dengar ayat ni? Selalu sangat dah dengar. Famous." Dan panjang lagi kuliah subuh Kak Aiman.
Tak adalah panjang mana. Average selalu 10 hingga 15 minit je sharing kakak-kakak ni. Lepas pada tu, nak buat apa-apa tak kesah.
Selalunya geng kakak-kakak ni baca benda tah. Maktersurot? Maksirat? Apa dah tu, berbelit Hani nak ingat perkataan tu. Hmm biar jelah. kiranya benda tu doa-doa yang kakak tu kata ni doa-doa nabi Muhammad SAW. Jadi ambil keberkatanlah dalam hari seharian baca. Tapi Hani...Malas. Ehehe.
Tuala segera dicapai. Kelas pukul 8pagi. Haruslah mandi awal.
-------------------------
by hacksflower.
Saya tak nak jadikan, sharing saya kat semua useless. Hope that u all will get the point. Smile. with great smile. Sampai orang pun pelik tengok. Eh.
Friday, 4 April 2014
Aku Ingin Syurga Bab 1
![]() |
| Aku Ingin Syurga - the cure- |
Air dah meleleh dari kelopak mata kiri. Malas nak lap biarpun dah bercucuran. Cuma mampu gerakkan kepala ke bantal,biarkan bantal tolong lapkan. Eee.pengotor betul kau Hani!
Ehehe. Sekali sekala tak apa.
Pintu bilik terbuka menandakan ada orang masuk. "Dah apa kena pulak leleh tahap gaban ni?" Tanya Jannah sejurus tengok Hani. Baca novel ler tu.
"Sedih....sangat...kenapa dia buat macam tu kat isteri dia? Kalau tak sayang pun, tak payahlah nak seksa bagai." Jawab Hani sambil bangun dari pembaringan. Kesat air jernih yang tak hilang lagi di pipi.
"Biasalah. Dunia dah akhir zaman. Manusia dah tak kenal mana baik mana buruk. Patut kalau dia dah kahwin, should be he can distinguish which one is better and which one is losserlah. Tapi sebenarnya aku pun tak boleh nak cakap biasa jugak sebenarnya, benda maksiat kita tak boleh pandang remeh." Tangan laju ambil pakaian dalam almari.
Hani kembali posisi baring. "Tapi lelaki ni solat kot. Bukannya jahil sangat. Yang nak tampar isteri dia kenapa. Sedihnya."
"Kau Hani. Tak payah nak menangis sangat. Take your towel and mandi, jap lagi nak berjemaah magrib ni. Klise tipical novel Melayu. Aku pun tak tahu apa yang diorang ni tahu sangat pasal erti kahwin yang sebenar."
Kaki Jannah sebelah dah ada dalam bilik air. "Tapi...kena tunggu aku siap mandi dululah,baru turn kau." Ketawa girang dia dapat kenakan Hani.
Friday, 7 February 2014
Dicontrol dan mengcontrol
-the cure-
- MR. FRUIT PLUS invited you to play DRAGON CITY.
- Marvel: Avengers Alliance: MR. FRUIT PLUS sent you a request.
Helmi masih lagi teringat ketika dia begitu taksub dengan game ni. Dalam fikiran dia dulu, waktu main benda-benda remeh cenggini, memang satu hari tak tengok Encik Dragon City, tak sah!
Satu hari tak invite orang lain, hati gelisah. Setengah hari tak laga-lagakan dragon dia dengan dragon orang lain, tak boleh tidur.
See? Giler tak taksub. Yang peliknya dia ajak kawan-kawan serumah dia, tak ada pulak diorang nak join. Buat sama akaun drogan city kat Facebook. Kental giler geng dia, katanya dalam hati.
Siap ada lagi salah sorang dari kawan dia kata, "Tak payah nak dragon-dragon sangatlah. Abis penuh noty aku dengan dragon kau pun, masih tak mampu nak buat aku tergoda." Ea.
Ada seorang lagi, namanya Firdaus. Firdaus ni giler game. Tapi yang lasaklah. Bila Helmi ajak main Dragon City, jawapan dia, "Budak kecik pun pandai main kot. takkan aku nak main?". Sindir makan dalam.
Tanya kat seorang lagi, Farhan. Yang ni jawapan tersentap sikit. "Baik study dari main benda tak bagi markah pun kat paper aku."
Mendengar jawapan dari kawan-kawannya, membuatkan dai tersedar tiba-tiba yang ketagihannya makin melampau kepada Encik Dragon City yang makin lama, makin bertambah penduduknya, akibat dari tempat breeding yang telah disewa khas dan dibayar mengikut jam. Makin nak anak cantik plus kuat, kenalah usaha lebih sikit berkorban masa dan tenaga. Bila fikir sekarang, game tu hanya merosakkan otak dia aje. Makin nak anak cantik. Kahwin pun tak lagi,ada hati eh!
Ekhem! Jaga iman Helmi!
So, start dari hari tu, Helmi suruh kawan dia pantau dia main. Kalau dia main lebih dua jam, tegur atau marah. Uih, dua jam main game, lamanya.
Lama apa kebendenya kalau setiap hari,dia wajib main dengan Encik Dragon City hampir 24 jam. Tolak waktu tidur, kelas dan solat je, dia tak layan. Tengok. Giler tak giler Encik Dragon City dah mempengaruhi dia. Encik Dragon City dah pun control hidupnya secara total. Huargghh.
So, cara dia berjayalah jugak. Tapi ambil masa, sampai sebulanlah lebih kurang. Barulah Helmi dapat mengambil keputusan yang paling sedih dalam hidupnya untuk meninggalkan Encik Dragon City beserta penduduknya selama-lamanya.
Untuk menekan butang 'leave application' untuk Encik Drogan City bukan senang. Saat-saat terakhir, dia masih lagi sempat melihat penduduk-penduduk di situ jalan berlenggang depan halamannya. Riang gembira mereka masih diingatan seperti tiada apa-apa yang akan berlaku kepada mereka lepas ni. Namun, apapun, butang itu tetap harus ditekan.
Dan sekarang tengok MR. Fruit Plus ni invite Helmi untuk bermain semula dengan Encik Dragon City hanya membuatkan Helmi merasa bahawa MR. Fruit Plus dah jadi macam dia yang dulu. Dan dia tak nak perkara yang sama berulang lagi. Dia tak nak kawan semuslimnya tertipu dengan game dari tahsapesape ni.
Helmi menarik nafas. Hembus nafas.
Tangan terus menuju ke facebook Mr. Fruit Plus. Dan jari menaip laju.
Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(103:1-3)
Butang send di message ditekan.
Nafas sekali lagi di hela bersama tahmidnya.
Tak senang kan hidup ni? sentiasa ada cabaran. Dalam tak sedar pun, ada benda lain yang dah boleh control kita. Bila pulak kita nak control diri sendiri?
Tu la ujian namanya. Jom bertegas dengan ujian ni! Say tak nak to Dragon City!
Smile.
Wednesday, 5 February 2014
Hatiku Menentangku, Mujahadah harapanku
-segunung harapan
-the cure-
Aku tidak pernah mengurusan sesuatu yang lebih sukar sepertimana aku terpaksa menguruskan hati dan jiwaku sendiri. Adakalanya ia menyokongku, dan adakalanya ia menentangku.
See? Sahkan kita. Okey. ni ala-ala sesi luahan perasaanlah. Cakap pasal hati saya lah senang. Lebih specific and boleh cakap macam-macam. Eh ye ke? ada-ada je...
Tertarik senyumanku tetiba.
Tak boleh kawal kan? Copp! Im talking about hati now.
Saya tak nak buat tu. Tapi badan saya, fizikal saya masih melakukannya.
Contoh paling senanglah. Tengok cite korea. Hati saya tak nak sangat tengok benda tu. Tapi mata saya masih menontonnya. Saya yang tak tegaskan diri sendiri!
Dan satu lagi contoh. Saya nak sangat menjadi hafizah. Paling tak pun, bajet 2016, saya akan dapat ingat one third of Furqan. Tapi... Sampai sekarang, saya masih sambil lewa lagi. masih lagi bermain-main. Bila yang saya kata, "Saya tengah bermujahadah ni. Sikit-sikitlah."
Saya kata macam tu kat manusia lain. Dalam hati saya? HELO HACKS! Dah cukup bermujahadah ke ni? Bilanya kau start? Tak nampak pun.
See?
Mulut je kata lebih. Diri sendiri kita je yang tahu kan. Yes I know. Bukan senang nak bermujahadah. Bukan senang nak pecut laju tanpa lelah. Tapi tak mustahil kan HACKS. Asal ha kau lemah sangat ni?
Ikut sangat amal jahiliyah. Kau nak bawak sampai mati ke? Kau nak bila akhirat nanti, kau masih disoal, kenapa kau teruskan jugak jahiliyah kau sedang kau tahu itu satu kebodohan yang nyata. (Kasar sangat ke? Takkan.)
Dan hati saya, salu tanya saya macam tu. Tengah makan, suara datang berbisik. Masa mandi, fikiran datang menerjah dihantui perbuatan jahiliyah. Masa study F6, F7, mulut sibuk tengah hafal, tiba-tiba terkeluar peluru sesat dari mana masuk dalam hati. "Jangan bawak jahiliyah sampai akhirat."
Yang saya takutkan adalah, saya tak tahu bila saya akan mati. Untuk sekarang, saya cuma mampu berdoa, kalau saya mati, matikanlah saya sebagai syuhada'. Sebab saya rasa amal saya tak mampu nak menandingi dosa yang telah saya buat. Terutama waktu saya jahil sekarang sedang saya dah tahu.
Susah.
Setakat kau HACKS berubah secara fizikal, dalaman tak diubah. Tak jadi apa la.
Orang kata, eh HACKS dah berubah sekarang. Pakai tudung bidang 50,60. T-shirt pendek tak pakai dah. Semua t-shirt muslimah je. Baju tak ada dah yang ketat. Stokin? Jangan dikata stokin, handsock pun pakai.
Saya hanya mampu berkata dalam hati.
'Tu cuma pandangan awak je. Pada pandangan saya, saya masih jahil.
Sebab saya masih tak dapat nak kawal sikap banyak tidur saya. Kau bajet kau budak, tidur 8-9 jam sehari?
Sebab saya masih lagi berani lengah-lengahkan solat sebab main internet sedang dalam hati saya kata, berdosa kot lewat-lewatkan solat.
Sebab saya masih lagi tak perbanyakkan baca Quran, sedang saya menasihatkan orang lain supaya baca Furqan tu.
Sebab saya masih tak mampu nak buatkan mak ayah saya bahagia, sepertimana anak -anak sepatutnya buat.
Sebab saya masih lagi tak mampu nak buat semua tu dengan segala beban jahiliyah saya masih bawak! Siyes! Saya tak mampu.'
Saya baru je minggu lepas, Alhamdulillah, Allah izinkan saya menyertai daurah Sayonara jahiliyah.
About sayonara jahiliyah, hampir semua benda, saya boleh katalah, saya dah pernah dengar.
TAPI: Benda yang ditekankan kat sini, lagi specific awak tahu?
Ok, nak dengar tak? secara yang paling ringkaslah.
First, akak tu (Kita panggil akak Cloud 9 lah eh) suruh kami senaraikan apa perubahan yang terjadi dalam diri kami setelah join gerabak tarbiyah ni. Beliau menyuruh kami membelah kertas yang kami ada, guna pen je, tak payah susah-susah nak cari pisau or gunting. N labelkan, sebelah kiri 'sebelum jahiliyah', dan sebelah kanan 'selepas jahiliyah'. And saya dengan tak segan silunya senaraikanlah segala benda yang ada perubahan pada diri saya. Antara yang saya nak bangga sangat ialah saya dah tak couple. Yea!!!
N Kak Cloud 9 pun cakap, kalau banyak perubahan kita, maknanya baguslah untuk kita. Kita dah mampu untuk meninggalkan jahiliyah dengan banyak. Sebab ye! bukan senang-senang nak tinggalkan habit kita yang kita rasa trendy sangat ni. Bukan senang.
Kak Cloud 9 cakap lagi jahiliyah apa yang ada pada diri kita. Ni yang memang saya nak share dengan kamu semualah. Biarpun saya ingat-ingat lupa. Antaranya:
- korean drama
- novel cinta
- drama cinta yang tah apa-apa yang hanya membuatkan nafsu kita menginginkan untuk berkahwin awal. (nie cuma diri sendiri..ehehe)
- internet yang berlebihan. 24 jam kau nak berinternet payah lah hidup alam maya. Hidup lah sikit kat alam realiti.
- solat lambat
- tak tutup aurat dengan betul.
And semua benda yang kat atas ni ditulis di whiteboard di hadapan kami. Sambil kami menikmati biskut Hup Seng bergula bersama air teh, Kak Cloud 9 cakap lagi. "Apa yang perlu kita buat dengan benda ni semua?"
And salah seorang dari kami jawab,"Padam je lah. Tak muat dah whiteboard."
Its true u know? bila kita letak jahiliyah dalam diri kita, jahiliyah tu akan memenuhi diri kita. Sampai tak ada ruang langsung dalam diri kita untuk berbuat kebaikan. Ye tak?
And ada sharing dari someone dalam LDK, beliau berkata. Ibarat gelas yang kosong. Kalau kita tak penuhkan dia dengan air, udara sedia ada akan penuhkan dia.
And Kak cloud 9 pun padamlah sambil tersenyum suka. Lawak.
And beliau sekali lagi menyenaraikan kebaikan yang perlu dibuat pula.
- tadabur
- solat awal
- qiam
- mengaji setiap hari
And banyak lagi, saya dah terhilang ingatan seketika. And Kak Cloud 9 cakap, "Kalau seharian kita dipenuhi dengan semua bende ni. Dan jahiliyah tidak kita bawak lagi, Saat itu, kita dengan happy mulut manisnya mengeluarkan kata-kata sayonara jahiliyah."
Ni sedutan daurah sayonara jahiliyah lah. Uih..nak cerita satu-satu, memang tak lah nak menaip satu-satu.
Nak dengar benda ni, bukan free tau?
Ha!! Bukan free ke HACKS?!
Sabarlah dulu, saya tak abis cakap lagi. Tak free sebab awak kena sanggup mengorbankan masa awak yang pertama. Kalau tak memang tak sempat lah nak join. Dan satu lagi, betul-betul kene tumpukan perhatian. Ambil ibrah dengan hati. Belajar dengan hati. Rasa dengan hati. Tak free kan?
Tak free. Tak free. Tak free.
Saya bukanlah orang yang pandai berkata-kata dan buat. Setakat ini, saya cuma menyampaikan apa yang saya tahu, dan saya nak berkongsi.
Orang akan kata, Hacks,,,kau pun tak betul lagi, nak nasihat kan orang?
Ye saya tahu. Saya berharap dari sekarang, sampai perjanjian saya bertemu 3tahun lagi, pada 7 December 2016, bukanlah lagi saya yang sekarang. Tapi waktu tu saya akan menjadi hafizah. Waw!
Waktu tu saya nak, ape saja yang saya buat, saya akan buat tanpa ragu. Bukan lagi kerana orang suruh, tapi memang saya nak buat sebagai jual beli saya dengan Allah.
Saya berjanji sekarang, dan tahu, 3tahun belum tentu saya hidup. Tapi siyes, mulai sekrang, saya akan terus bermujahadah.
InsyaAllah saya tulis nie, tangan saya yang menaip nie, hati saya yang ingin memberitahu nie bukanlah sekadar menunjuk-nunjuk. Tapi dengan harapan, saya akan mendapat doa dari anda semua, supaya saya diberi kekuatan untuk bermujahadah. Dan andai kata saya mati, Saya mengharapkan kematian saya sebagai syuhada di sisi Allah.
Alhamdulillah.
Tinta penuh eklas. uuuuuu..
smile. Hacks masih suke HACKS.
Monday, 3 February 2014
Muhasabah Cinta
-the cure-
Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Mata beralih semula ke screen laptop yang menayangkan Kung Fu Cult Master di youtube. Tidaklah selalu Ainin menonton cerita seperti ini. Dia akan buat perangai begini apabila dia rasa waktu yang dia ada lapang sangat dan terasa-rasa aura untuk tengok movie.
Tiba-tiba, henponnya berbunyi. Menyanyi -nyanyi lagu Muhasabah Cinta part chorus.
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku.
Ainin mengambil henpon Sony Xperianya. Memandang nombor yang tak dikenali buat dia terfikir, siapa yang nak call aku malam-malam cenggini? Mungkin kawan kot, harap bukan lelaki.
Tangan menekan screen tanda menerima panggilan tersebut.
"Assalamualaikum." Kata pendahuluan di dahulukan. Menunggu sesaat dua tanpa tiada kata apa-apa dari si pemanggil, mebuatkan dia tertanya-tanya lagi. Ini prank ke hape? "Assalamualaikum". Sekali lagi diberikan kepada si pemanggil.
Masih tiada jawapan.
"Assalamualaikum.....". Berinya lagi lebih dalam nada geram. Orang dah bagi salam kot. Jawablah.
"Hello. Assalamualaikum.". Akhirnya terkeluar jugak suara dia. Paling tak boleh diterima, aku bagi salam kot. Kau patut jawab, bukan bagi salam kat aku balik. Tapi yang tak boleh terima lagi ialah : Huuuuuaaaaaa....dia lelaki!
Ainin terus tekan butang "end call".
Sejak dapat tarbiyyah dari Kak Umie lebih kurang setahun yang lepas. Dia telah meninggalkan jahiliyahnya sedikit demi sedikit. Antara jahiliyah yang dia telah tinggalkan adalah...COUPLE. Kalau dulu, hampir setiap hari dalam hidupnya tidak lengkap tanpa seorang couple yang bernama lelaki. Putus baru dua minggu, dah dapat pengganti yang lain. Putus lagi, dan couple lagi.
Tak pernah bosan dengan lelaki dalam kehidupan seharian. Tapi of cos lah kalau dah lama couple dengan orang yang sama je, bosan. Dont know at all. Tapi baginya, tiada mesej dari seorang yang bernama couple dalam sehari, confirm sedih seharian tu.
Hidup dulu all about boy. All about couple. All about cinta yang tahmendemende. Dan prinsipnya ketika dulu, kalau couple bukan sekadar couple monyet dan pisang. Tapi sebagai cinta yang kekal abadi. Tapi seriyes! Tak pernah satu pun yang kekal lama. Paling lama pun dalam hidup Ainin setakat ni ialah setahun setengah. Ini lawak.
Sekarang. Bila dapat tarbiyah tu, segala couple kekal abadi, segala abang-abang yang banyak angkat dia, segala kawan lelaki yang telefon setiap minggu hanya untuk mendengar suaranya yang manja, semua itu dibuang.
Peritlah. Siapa kata tak perit.
Peritlah. Siapa kata tak perit.
Abang angkat Ainin baik gila. Selalu nasihat kat dia. Tak pernah nak ambil kesempatan dalam kesempitan. Memang betul-betul sayang kat dia sebagai seorang adik. Tapi dia tahu,bende tu tak kemana pun sejak dia dapat tarbiyah. Bukan abangnya itu dapat beri kasih sayang yang penuh pahala kat dia. Ea?
Telefon mendendangkan lagi. Nombor yang sama. Dengan lafaz bismillah, dia menjawab call itu.
"Assalamualaikum." Kata alu-aluan Ainin masih sama.
"Waalaikumussalam."
"So, siapa ni ye?"
"Abang Mirul."
Tangan Ainin garu kepala yang tak gatal. Dah sejak bila aku ada abang angkat nama Mirul ni."Tak kenal pun."
"Ni Muiz lah. Abang Mirul."
Barulah sel-sel dalam otak dapat detect siapa yang mengaku Abang Mirul ni. Mati-mati Ainin ingat Abang tu adalah panggilan untuk Mirul. Dan selalunya ex-ex dia , tak pernah dia nak panggil Abang. Sebab apa? Sebab baginya, abang tu nampak tua sangat. Uit..cepat sangat fikir. Mana ada mama dengan papa. Tak ada, tak ada. Mama dengan papa lagilah macam orang tua sangat aje.
"Ohh..,emmm." Tak tahu nak cakap apa. Hilang semua ilmu yang waktu dulu dia pakar dalam bercakap dengan lelaki dalam phone.
"Ingat lagi tak?"
"Ingat....." Siyes tak ada idea.
"Tengah buat apa?"
"Tengok cerita." Jawabnya. Dan dia mengumpul kekuatan untuk stop bercakap dengan Muiz. "Saya dah tak couple dengan Mirul. Saya dah berubah sekarang. Saya dah jadi baik sikit."
"Kenapa? Dulu jahat ke? Bagi body kat orang ke?" Ayat luncur laju giler.
Tersentap kejap hati. Mamat ni dah kenapa. peribadi kot tanya gitu pulak. "Tak adalah...cuma dulu, saya tak ingat tuhan saya, sekarang saya dah ingat. Dulu saya tak baik sangat dengan tuhan saya, sekarang adalah sikit improvement."
"Baguslah kalau gitu."
"So, tak payah lahkan kita cakap panjang-panjang ni. Awak lelaki, saya perempuan. Lagipun, tak ada hal penting kot nak cakap kan?" Rasa-rasa macam dah straight to the point dah ayat ni means Ainin tak nak cakap dengan Muiz lagi. Muhasabah cinta antara dia dengan Allah
"Laa...salah ke? Cuba cakap sikit apa yang salah." Tidak pasti antara Muiz menduga atau memang tidak tahu perbuatan ini salah.
"Eh, memang salah pun kan. Kalau tanya ustaz kat rumah awak, cakap dengan perempuan malam-malam gini, agak-agak ustaz awak cakap apa ye?" Ainin malas nak terangkan sangat dalil-dalil jangan dekati zina. Dia pun masih bertatih lagi mempelajari. Nak terangkan kat orang, takut tersalah. Tu yang dia sengaja buat Muiz fikir sendiri.
"Cakap macam orang tak ada iman aje." Terus Muiz letak telefon.
Ainin yang baru nak balas cakap, terpegun sekejap. Salah sangat ke aku cakap macam tu? Nak terasa lebih-lebih kenapa? Aku tak nak kau tu berdosa jugak sebab aku. Kan perempuan ni fitnah untuk lelaki. So, jadi kewajipan aku lah jaga diri aku supaya kau tak tergoda dengan aku. Itu pun salah ke? Aku rasa aku dah cakap baik-baik dengan kau tahu tak? Aku letak telefon tiba-tiba nanti kau cakap aku ni sombong pulak. Okeylah, okeylah. Lepas ni, aku jadi sombong dengan kau ye!
Hati masih tak tenteram. Mungkin Ainin merasakan bahawa dia yang tersalah bahasa. Ea? Lelaki tu lembut sangat ke? Takpelah. Lepas ni mesej ajelah cakap minta maaf.
Ainin teringatkan Mirul tiba-tiba. Mirul tu adalah ex-couple Ainin dulu. Kalau tak silap, dah setahun kot berpisah. Berpisah kerana tak sehaluan. Tahapeapeje. Dan yang Muiz ni datang dari mana? Datang dari mak Mirul lah. Lagi ditanya.
Okey,okey. Seriyes eh. Datang masa mereka couple. Bukan waktu datinglah. Dalam phone aje. Ainin ingat lagi malam sebelum dia nak exam. Ada seorang lelaki telefon. Disebabkan masa dulu dia memang seorang yang sangat gedik plus melayan lelaki, dia layan je lah. Dah orang telefon kan, bukan habis kredit dia. Rupa-rupanya tu adalah abang kepada Mirul. Dan Ainin sangat speechless lepas tu dia mengaku sebab dia dah kata, dia dah kahwin dengan Mirul, tapi Mirul tak ada kat rumah. Anak mereka ada dah orang dan dijaga oleh mak kepada Mirul, yang sebenarnya dah meninggal pun. Kalau betul jaga anak, letak kat kubur je lah gamaknya. Giler.
Dan semestinya, lepas speechless, dia minta maaf. Waktu tu dalam fikiran, ni bakal abang ipar aku ni, kena layan okey-okey punya! Lepas peristiwa ini, kerap juga Muiz mesejnya. Dia menjadi serba salah untuk tidak membalas. Sebab dalam otak. Ni Bakal abang ipar aku.
Pernah juga Ainin memberitahu Mirul tentang abangnya yang selalu menghantar mesej kepadanya. Memang bukan setiap hari. Tapi setiap minggu itu pasti. Dan jawapan Mirul ala-ala jawapan orang yang tak sayang dia langsung.
"Alaa, layan je lah... bukan Muiz nak buat apa-apa pun.".Waktu tu, dia pelik dengan sikap Mirul yang bagi aje dia pada abangnya. Dia ingat aku ni ada masa ke nak layan dua orang serentak! Hati membentak. Tapi sebab sayangnya pada Mirul, dia biarkan aja. Layan je lah mesej-mesej dari Muiz. Dan faktanya, Ainin tak pernah menghantar dulu mesej kepada Muiz tanda memulakan perbualan, betapa ingin dijaganya hati Mirul ni. Huhhh. Sayanglah sangat.
Kung Fu Cult Master kembali menjadi perhatian. Ainin menontonnya sehingga habis. Barulah mengantuk begitu terasa.
Apabila selesai mengambil wuduk, Ainin mengambil handphonenya dan membuka application messaging. Tangan laju menaip tanda minta maaf, dan mengharapkan Muiz faham apa yang melanda dirinya.
Mesej yang begitu panjang ditaipnya hanya berbalas "OK".
Okeylah tu. Apa lagi harapan jawapan dari mesej itu kan. Ainin membaca doa tidur dan terus menidurkan dirinya di tengah malam yang sepi itu.
peacenowar. smile.
Nak jaga diri bukan senang. Kadang ada yang kita terlepas pandang. Tak sedar bahawa kita telah membuat orang tertarik dengan kita. Susah-susah. Sedang bermujahadah lah ni. Doakan Cik Hacks ye!

Sunday, 5 January 2014
Jaga-jaga
Assalamualaikum..
Nak cerita sahaja malam ni. di malam yang saya rasa sunyi sepi. Tak ada bunyi kipas. Hanya bunyi kucing jantan mengiau-ngiau. Mungkin musim mengawan kot. Kesiannya kucing jantan saya yang comel sangat ni dikurung di dalam sangkar. Tak dapat dia nak menunaikan hasrat untuk menyambung keturunan. Alahai,,,kesian.
Iau..iau...iau...iau...
Ha tengok! gatal lagi.
Saya bukanlah nak bercerita pasal kucing yang mengawan. Bukan.
Saya ingin bercerita tentang kawan saya yang sudah sekian lama tidak berjumpa, kini bertemu kembali. Dia lelaki.
Coi! Bukan bertemu depan mata. Di alam maya saja. Tapi, benda ni lah yang bahaya kan?
Saya letak nama dia as Z lah eh? Z tanya saya something yang important lah, n saya jawab je lah, apa yang saya tau. And sebenarnya Z dah nak tahun ke dua di mesir. Hari ni masih kat Mesir. Dan sangatlah suka saya katakan, saya nak sangat gi Mesir. Ni mungkin pengaruh dari novel Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha. Huhu.
Tapi dia kata, dia nak try pindah. Salah ayat eh saya guna?
Lebih kurang lah, dia dah tak nak susahkan parents dia tanggung dia kat Mesir. Wah! Dalam hati saya waktu tu, PaMa sponsor ke? Uiks....Tapi saya tak tanyalah. Takut lebih-lebih pulak nanti. Orang tanya pasal benda lain, kita pulak sibuk nak tau pasal diorang. Tak ke?
Ehehe,,kawan da lame kot.... Last jumpe awal 2010. Itu pun jumpa dalam beberapa kali tanpa apa-apa bicara setelah berpisah pada tahun 2006.
Dan apa yang membuatkan saya nak tergelak, Z tanya saya tahu tak dari mana dia dapat tahu saya study kat sini(ACCA kat UiTM Shah Alam)? And dia terus jawab tanpa tunggu jawapan saya, dia ada terbaca satu blog kawan saya. Dia kata dalam gambar tu, saya tengah berfoya-foya kat Times Square. Ek...?
Perkataan berfoya-foya dia tu, rasa nak tergelak pun ada.
Ya lah. Selalunya yang saya dengar berfoya-foya ni means hang out boys n gilrs. Rupa-rupanya saya pun dah lakukan benda alah ni. Hai.....tak pernah sedar pun tu maksud berfoya-foya.
And dengan curiousnya lepas saya chatting dengan Z, saya pun mencarilah post kawan saya ni. Mana gambar kat TS aku tu, tanya saya dalam hati. Saya letak nama kawan saya ni B lah ye.
Lepas beberapa minit sembang dengan Pak Cik Google, saya pun terjumpalah post itu.
Wah!!! Terkejut giler saya. Saya ingat B cuma mengupload gambar kami di facebook saja. Rupanya dekat blog dia pun, ade sekali. Dan yang paling teruk sekali ialah, saya tak tahu benda itu setelah setahun dia post. Ahahaha. Patutlah kawan lama saya ni dapat cam saya. Kawan saya siap gitau lagi, nama saya plus terpampang gambar saya yang amatlah jelas.
Wahai B yang ku sayang. Andai kata kau baca post ni, sebenarnya aku tak marah kat kau pun. Uhuhu. Terkejut aje .
Okey berbalik kepada Z, saya harap sangat dia kekalkan pelajaran dia kat sana. Z kata, dia menunggu panggilan daripada ketua pengarah CAT, kalau dapat, dia stop kat Mesir. Kalau tak dapat, dia sambung je. Kalau untuk saya, saya lebih suka Z study lama-lama kat Mesir tu. Tapi apapun, insyaAllah saya masih mengharapkan, apa jua keputusannya, akan memudahkan perjalanan hidupnya di dunia dan akhirat. Amin sama-sama dengan saya. Amin.
And akhirnya. Cuti saya bakal habis lebih kurang dalam masa dua hari lagi. Saya akan balik esok pagi naik bas ke Shah Alam. Doakan perjalanan saya.
Terima kasih kerana doakan saya.
Zikir kejap.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Lailahaillallah.
Allahhuakbar.
Selawat ke atas nabi.
smile. :)

Saturday, 4 January 2014
Sultan Muhammad Al fateh
![]() |
| Novel by Pak Latip |
Sebenarnya novel ni telah direkomenkan oleh kawan saya. Adik beliau adalah peminat tegar Pak Latip dan banyak mengumpul hasil tulisannya. Saya cakap kat kawan saya, "Bawaklah buku tu kat sini".
Disebabkan kawan saya tinggal di Terengganu, dan disebabkan oleh adiknya sayang buku-bukunya (Kawan saya kata, adik dia ni berhemah sangat dengan buku, jaga buku, macam jaga anak..uit nie reka..haha). Jadi, kawan saya pun takutlah nak bawa ke tempat kami iaitu Selangor.
Tak apalah, kata hati saya. Tak boleh paksa juga sebab tu kan buku adik dia.
So, dengan bermurah hatinya saya decide untuk try membeli satu. Buku ni lah. Sultan alFateh.
Dan setelah sekian lama hanya tajuknya yang menjadi tontonan saya di atas rak, tiba-tiba semalam, saya pun start membaca. Mungkin sebab saya rasa rugi, cuti saya selama sebulan ini tidak saya gunakan untuk baca novel Pak Latip ni. So saya start waktu zohor semalam.
Akhirnya, saya dapat menghabiskan novel ini waktu azan asar tadi.
Nak tau tak apa maknanya????
Ya Allah. Subhanallah. Novel tu amatlah sedap. Boleh makan sampai kenyang lagi tak terkata.
Saya kagum dengan Pak Latip yang mempunyai ilmu sebegini rupa hingga dapat menjadikan cerita Sultan alFateh sebagai sebuah novel.
Percayalah! Kamu sume takkan rasa tak bez. Tak rugi kalau beli. Dan lagi tak rugi kalau baca.
Okey sekarang, saya rasa nak gitaulah sikit-sikit pasal cerita ni.
First sekali, memang pengetahuan saya amatlah rendahlah pasal sejarah. Setelah membaca novel ni saya baru tahu bahawa, nama sebenar Sultan AlFateh ialah Muhammad dan ada pangkat sultan, maka Sultan Muhammad lah. Alfateh itu maksudnya sang penakluk or pembuka. Gelaran yang telah diberikan kepadanya.
Kamu sume tahu dah eh? Untungnya dah tahu. (smile).Selama saya hidup ni, saya ingat nama sebenar beliau adalah Sultan Muhammad Alfateh.
Dan saya baru tahu jugak bahawa Kota Konstantinopel tu adalah Istanbul. Okey, my bad.
Yang tu yang saya tak tahulah. Tapi jangan risau, sekarang saya dah tahu. Huhu.
Cerita dia start dari zaman Sultan Murad lagi sampai ke akhirnya bagaimana Sultan Alfateh meninggal. Diracun! Haaaaa? Tak tau pun!
Saya pun baru tahu.
Kan kita dah tahu, hadis apa yang beliau pegang. Dan beliau telah menjadikan hadis itu satu kenyataan.
Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali Parit
Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke
tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah
sebaik-baik
tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sultan Murad pelik, kenapakah bukan dia yang takluk. Padahal dia sudah cuba menjadi sebaik-baik raja. Then, diorang pergi ke kampung tengok-tengok kehidupan rakyat. Perghhh!
Sultan Murad sedar, patutlah mereka tidak berjaya. Peniaga-peniaga menipu dalam timbangan. Orang yang miskin berkira sangat. Takut tak cukup makan untuk dia, nak bagi makan pada orang lain. Orang kaya pulak. Datuk Haji Bakhil kot. Dan tentera-tentera yang sepatutnya menjaga keharmonian kat situ, kacau-kacau perempuan.
Sultan Murad turunkan perintah. Peniaga mestilah jujur. Semua bendalah yang perlu dibaiki.
Dan Maharaja Konstantinopel sangatlah tegas. Tak nak berdamai. Dari cerita ni saya nampak. Apa yang sebenarnya mereka pertahankan adalah agama mereka. Warga Konstantinopel tak nak berdamai dengan Sultan Alfateh sebab kalau berdamai, mereka terpaksa terima Islam masuk ke kota itu.
Memang sangat rugi kalau terjadinya perang. Orang tanya (termasuk saya sebelum baca cerita ni) "Kenapa tak nak berdamai je? Kenapa perlu berperang? Banyak giler kot orang mati dalam perang. Tak masuk lagi rumah hilang atap, hilang dinding. Tak ke?"
Dan baru saya faham. Jawapannya adalah agama. Islam. Kepercayaan.
Diorang nak tunduk dengan kepercayaan nenek moyang mereka. Sembah berhala. Sembah arca. Dan disebabkan ini, mereka naklah jugak bermati-matian untuk berperang.
Mula-mula Sultan Alfateh dengan tenteranya yang dah dididik sampai di hadapan kota konstantinopel, Sultan Alfateh masih menghantar utusan kepada maharaja Konstantinopel supaya berdamai dan terima Islam. Jika tak, berperang. Of courselah tolak offer tu.
Setelah serang sehari dengan meriam, kira sikit je lah yang rosak. Sultan Alfateh hantar lagi utusan yang hampir sama. Masih menolak.
Jadi dengan yakinlah perang memang akan berlaku bagi mendapatkan Kota Konstantinopel itu.
Pelbagai halangan mereka hadapi, dan sesungguhnya pertolongan Allah bersama orang yang benar. Kan?
Terjadilah kapal yang berlayar di atas daratan. Hei! Bukan satu atau dua tau kapal perang tentera Turki. Dan pastinya bukanlah jarak satu atau dua meter. Nak tahu, baca novel ni.
And akhirnya hari yang ke 53, bahagialah mereka yang dapat menyambut hari kemenangan bagi umat Islam. Dan Semoga para tentera yang mati syahid akan mendapat tempat selayaknya di Syurga. Amin.
Ohh sebelum terlupa! Kat sini, ada diceritakan juga pasal Abu Ayub Al-Ansari.
Serius, apa yang saya cerita ni, tak sampai 10muka surat pun dari novel tu. 5muka surat pun tak sampai. Kalau korang sume bace, fuhhhh!!! Gerenti la rasa nak ulang semula je.
Dapat rasa keadaan yang mereka lalui. Dapat rasa betapa tingginya iman mereka. Rasa macam nak dapat je pemimpin sebaik Sultan alfateh.
Semoga satu hari nanti, Malaysia akan mendapat pemimpin yang baik yang mengikut segala suruhan Allah dan rasulnya. Amin.
Zikir kejap.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Lailahaillallah.
Allahhuakbar.
Selawat ke atas nabi S.A.W.
Smile. :)
Sejarah membantu kita mengenali diri kita. InsyaAllah masih banyak lagi buku sejarah akan menjadi santapan kita. Bukan hanya waktu pendidikan islam di sekolah tau?
And thanks to Pak Latip sebab menghasilkan karya ni.
Assalamualaikum.
Friday, 3 January 2014
Semua Orang Tak Sayang Ekal
![]() |
| -the cure- |
Dhia duduk di rumah kakaknya. Setiap kali cuti, tidak mungkin tidak, pasti akan bermalam beberapa hari di rumah kakaknya. Kali ini Dhia bercuti seminggu. Cuti selepas exam. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Dhia rasa itulah yang terbaik yang di jawabnya.
Television dijadikan santapan di tengah hari ini. Dhia baru sahaja datang ke rumah kakaknya pagi tadi lebih kurang pukul lapan pagi. Waktu itu, anak-anak saudaranya sudah pun terjaga. Kadang malu juga, bila tidur rumah kakaknya, anak saudaranya yang baru berusia empat tahun itulah yang datang mengacaunya tidur.
"Mak cu, bangun mak cu. Mak cu. Mak cu." Akan dikejutnya sampai Dhia terjaga. Confirm!
Dhia mempunyai dua anak saudara. Dan perwatakan dua orang ini sangat jauh berbeza. Anak saudara yang pertama sudah pun berusia enam tahun. Haikal namanya. Haikal tidak semanja adiknya. Bukan nak kata adik dia yang bernama Hakimi itu manja terlampau. Bukan begitu. Tapi memang sifat semulajadi
Hakimi memang lembut. Suka cakap benda yang comel-comel. Banyak bercakap dan bercerita terutama kepada mak cu kesayangannya ini.
Yang paling mencuit hati, kalau dia tengah main apa-apa aje, and dia terjatuh, dia takkan menangis. Dan bila dia nampak orang pandang dia or nak pujuk dia, dia terus buat gaya gagah (bengkokkan siku ke atas), sambil cakap "Kimi kuat." Adoyai...comel sangat.
Lepas tu, kalau ada benda yang dia nak terutama main game kat handset mak cu, mulalah dia dekat-dekatkan diri, manja-manjakan diri, kadang-kadang tak semena-mena terus cium mak cu dia kat pipi. Hailaaa...manja betul.
Perangai Haikal pula, bukan teruk sangat sebenarnya. Tetapi, itu memang perangai dia dari kecil. Mak cu dia lebih tahu. Dia tak suka berkongsi barang dengan siapa-siapa(boleh dikatakan kedekut). Haikal tak suka bermanja-manja dengan orang.
Cium Mak cu? Boleh dikira dengan jari dalam abad ini, punyalah susah nak cium orang. Bila time mood dia baik,layanlah dia baik-baik. Bila datang mood tak normal dia, hahh! Jangan cakap or tanya apa-apa kat dia, sebab dia tak akan cakap apa-apa. Badmood. Over! Dah macam orang perempuan datang bulan pulak. Uhuk!
Tak semua tentang dia semua yang tak baik, dia selalu je nak main-main dengan Mak cu dia. Dia selalu je suka kalau Mak cu dia datang. Dia friendly dengan kawan dia.
Tapi nak buat macam mana, oleh sebab perbezaan perangai ini, hampir semua orang tak termasuk parents dia, suka and sayang sangat kat Hakimi berbanding Haikal. Ehem.. Ini termasuklah Mak cu dia. Pilih kasih kan?
Jahatnya Mak cu ni!
Bukan tak suka langsung. Layan tu memang layan. Tapi tak secantik melayan Haikal.
Dhia pernah terlintas juga dahulu di dalam hati. Haikal tak terasa ke aku sayang Kimi lebih?
Tapi rasa hati itu tidak dilayan dengan fikiran mereka masih budak-budak. Mana faham lagi erti pilih kasih. Tak ke?
Haikal datang duduk di kerusi sebelahnya. "Mak cu, jom main terbalik-terbalik", ajak Haikal.
Main terbalik-terbalik maksudnya ialah, Dhia dukung Haikal, dan secara perlahan, Haikal akan melentokkan tubuh badannya ke belakang dari kepala berada di atas akan jadi ke bawah. Apabila sampai ke bawah, Dhia perlahan-lahan akan melepaskan Haikal ke lantai bermula dari kepala hinggalah kaki. Yeah! Lima bintang! Main apa ajelah Dhia ni dengan budak.
"Mak cu nak tengok tv lah Haikal. Malam kang la kita main eh?" Jawab Dhia.
Haikal diam seketika.
Dia berbicara lagi, "Semua orang sayang Kimi, orang tak sayang Ekal."
Dhia menoleh ke arah Haikal. Haikal berbicara bukan seperti meluahkan perasaan, tetapi lebih kepada nada bercerita. Tiada sedih, tiada air bertakung di mata. Tetapi Dhia yakin, ini memang sesi luahan perasaan oleh budak kecil ni.
Haikal menyambung lagi sambil mengira tiga jarinya, "Una, Mak cu, Wawa, tak sayang Ekal. Diorang sayang Kimi je."
Dhia sedih melihat Haikal. Dia faham rupanya erti kasih. Dia nampak aku tak sayang dia sangat. Dia nampak. Ya Allah, apa aku dah buat? Kesiannya dia.
Dhia hampir menangis di situ, tapi ditahan rasa sebaknya. "Mana Ekal tau?Mak cu sayang je Ekal." Pujuk Dhia.
"Tak. Mak cu tak. Semua sayang Kimi aje." Jawab Ekal bersungguh-sungguh tanpa menunjukkan kesedihannya. Mungkin dipendam kot.
"Kalau Ekal nak Mak cu sayang Ekal, Ekal tak payahlah dah marah-marah kat Mak cu, jangan tengking-tengking ibu dah. Nanti kalau Ekal buat cam ni, mesti semua orang sayang Ekal." Dhia memujuk lagi.
Haikal seperti tiada kata ingin diucap, dia terus bangun dan pergi ke dapur. Minta ibunya mandikannya.
Dan sejak peristiwa ini, Dhia tak mahu lagi menayangkan lebih-lebih sayangnya pada Hakimi di hadapan Haikal. Pada Haikal pula, dia melayannya lebih dari dulu. Dhia tahu, Ekal takkan buat gaya manja seperti Hakimi walaupun dia berharap akan mendapat kasih seperti Hakimi. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Dhia untuk mengambil langkah pertama.
Dahulu, kalau Dhia ingin mencium Hakimi, dia tidak kisah akan Haikal. Sekarang, kalau Dhia mencium Hakimi, pasti dia akan mencium Haikal sekali. Dhia baru sedar, dahulu dia telah berbuat kesalahan besar.
Kini dia sudah faham. Kasih sayang dipupuk dari zaman kita budak. Ya. Bila lagi? Tengoklah anak muda sekarang, mengharap kasih pada yang bukan sepatutnya. Kerana apa? Kerana kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh yang sepatutnya, terutama ibu bapa. Memang ini bukanlah penyebab kesemua masalah anak muda, tapi faktor ini adalah salah satu sebab mereka menjadi begini.
Dan kasih sayang kepada anak saudara juga haruslah tidak pilih kasih. Memang bagi Dhia dulu, 'alaa,anak saudara je pun. Bukan anak sendiri.'
Andai kata Haikal dapat faham apa yang diperkatakan ini, mesti dia tidak akan rasa nak sayang lagi Makcu dia yang nak memilih kasih ni. Pasti.
Tersenyum Dhia melihat Haikal yang baru pulang dari sekolah. Turun je motor tadi, terus bercerita kejadian di sekolahnya. Macam-macam Haikal ni. Haikal pun dah makin serasi dengannya. Sentiasa melakukan sesuatu untuk mendapat perhatian Mak cu. Comel.
smile. :)
Kesah Makcu dan Haikal ditaja sepenuhnya oleh coklat hacksflower idaman setiap insan. .....??
Kita insan sentiasa alpa. Terlebih gula yang ni, terkurang garam yang tu. Kasih sayang penting sangat dalam kehidupan kita. Jangankan budak kecik, kita pun perlukan kasih sayang. ekhemm!
Semoga mendapat pengajaran dari kisah ini. smile one more time. :)
Thursday, 2 January 2014
Perjalanan Seorang Diri 3
![]() |
| -the cure- |
Astagfirullahhalazim! Pukul 7.30 pagi dah? Miss subuh. Ni mesti pasal tak dengar alarm ni. Haila...alarm, alarm. Kau jugak yang dipersalahkan. Padahal diri sendiri yang tak reti nak tidur sebelum pukul 1.
Nabila memang ada masalah bangun pagi. Dan kitaran tidur sangatlah harus dijaga sepenuhnya oleh tuan punya badan. Kalau nak bangun awal, yakinlah, tidur awal dapat membantu. Kalau rasa nak miss subuh, haaa...trylah tidur after1 a.m.. Confirm! Kalau tak ada orang yang kejut, memang alarm takkan dapat membantu disaat ini. Percayalah.
Selepas melihat masa di handsetnya, dia membuka pula application Zairopray untuk tahu waktu dhuha bermula pukul berapa. 7.40 a.m. dinyatakan.
Nabila bangun dari pembaringan, duduk seketika mengumpul tenaga untuk bangun. Mengambil tuala dan terus ke bilik air menyegarkan badan.
Semasa mandi, pelbagai fikiran datang menerpa.
~~Menyesalnya baca novel semalam sampai pukul 1 pagi. Kan dah miss subuh.
-- Alah relakslah. (Setan punya bahasa)
~~Rasa sedih kan Bell? Tak dapat nak istiqamah menunaikan kewajipan. Nak gi Kita Pendosa bagai, tapi berani tinggalkan yang wajib. Kan dah tahu, tak dapat nak bangun awal kalau tidur lewat, kenapa masih tidur lewat lagi?
--Bell, bukan tak boleh ganti. Qada je lah. Sedih bagai dah kenapa?
~~Qada tak sama. Dapat yang tiruan je. Yang original dah habis. Rugi giler...hailaa.
Benda dah jadi, okey Bell. Kuatkan semangat. Mintak ampun banyak-banyak. Doa-doalah moga kemissan subuh kau ni tak ada effect dengan perjalanan hari ni. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Kan?
Dah habis fikir masalah tadi, fikiran lain pula yang datang.
Apa lagi yang nak bawa. Baju muslimah dah, jeans, belt. Berus gigi, ubat gigi , Safi (pencuci muka) lepas ni ambil tak apa. Harap kau tak lupa, Bell. Stokin, handsocks. Telekung tak payah. Pinjam aje dengan Kak Lily. Lagi?Hmm...tak ada apa yang penting dah kot. Hope so.
Selesai bersiap di dalam bilik air, tanpa berlengah, Nabila segera membuka pili air dan mengambil wuduk. Ingin mengqada solat subuh dan solat sunat dhuha. Dia juga bercadang untuk menyimpan wuduknya ini dalam perjalanan. Tapi dia yakin, wuduk ini takkan kekal lama. Nanti dia akan tertidur dalam bas. Pasti terbatal.
Ah...! Tak kesahlah batal ke tak. Yang penting niat aku nak simpan wuduk ni.
Ah...! Tak kesahlah batal ke tak. Yang penting niat aku nak simpan wuduk ni.
Batal tak batal belakang kira.
Usai solat, dia mengambil apa yang patut lagi. Tafsir al-Quran berzip berwarna perang berkilat kesayangannya juga dibawa bersama. Novel Syabab Musafir Kasih yang dikarang oleh Fatimah Syarha juga di masukkan ke dalam beg. Ingin dibacanya di dalam bas nanti hajatnya. Sekarang dia sudah hampir menghabiskan dua pertiga dari novel itu. Tinggal satu pertiga lagi. Tapi ni bukanlah novel yang dibacanya semalam yang menyebabkannya terlewat tidur.
Ohoi! Nak menghabiskan novel-novel islamik seperti ini harus mempunyai semangat. Dan disebabkan dia selalu terliur dengan novel cintan-cintan di atas rak, maka hati lebih tertarik untuk membaca cintan-cintun dari novel sebegini. Baginya sangat susah. Terbuktilah sebab Nabila start membaca muka surat pertama novel itu kira-kira seminggu selepas dia balik. Ini bermakna seminggu yang lalu. Dan novel Syabab Musafir Kasih ini tidaklah setebal mana sebenarnya. Nipis sangat dari novel biasa.
Kalau ikutkan nisbah bacaan novel cintan-cintun yang dibacanya, dia boleh menghabiskan novel itu dalam sehari setengah sahaja. Namun, apakan daya. Godaan syaitan lagi. Keinginan hati lagi. Ketertarikan nafsu lagi. Memang kalahlah kadang-kadang imannya yang memang sudah sedia ada tipis. Macam mana lahkan para sahabat dulu mantapkan, kekalkan dan tingkatkan iman mereka? Mereka manusia. Habis kita apa? Manusia juga. Jadi tak mustahil kita boleh jadi seperti mereka. Usahalah Bell. Jangan cakap saja!
Dengan ucapan Bismillah, Nabila memakai stokin hitamnya. Sejak dia berjinak dengan memakai stokin lebih kurang sepuluh bulan yang lalu, kini dia menjadi malu apabila kakinya dilihat oleh lelaki yang lain di luar rumah. Sangat-sangat malu. Terasa kaki ditelanjangkan, kesian kaki. Sob sob sob...
Dulu, semasa dia di tingkatan empat dan lima, dia telah berpindah ke sekolah berasrama penuh. Ternyata cikgu disiplin di situ bergabung bersama ustaz-ustaz dan meletupkan kuasa yang ada pada mereka untuk menjadikan sekolah itu sebagai sekolah berunsurkan Islam. Stokin dan handsocks wajib dipakai setiap masa. Waktu perhimpunan petang sebelum ke surau, kadang-kadang ada spotcheck. Hah! waktu tu siapa yang rasa langgar arahan tak bertulis ni, memang sedang menempah tanda merah kesan rotan di telapak tangan secara free.
Jangan terkejutlah. Nabila pun termasuk sama dalam geng ini. Tangannya dah lali kena rotan. Bukan nak cakap cikgu yang salah, tapi salah sendirilah. Siapa suruh tak ikut peraturan, kan? Dah tau cikgu disiplin tu garang macam apa je, lagi cari pasal. Senyum sendiri. Kenangan lama.
Kini tidak lagi. Tak perlu ada cikgu disiplin untuk ditakutkan. Cukuplah hanya takutkan Allah. Cukuplah takutkan hari pembalasan yang akan menayangkan segala dosa yang telah kita buat di dunia. Cukuplah memikirkan andai tangan dan kaki kita suatu hari nanti akan menjadi penuntut jawapan,
kepada soalan-soalan seperti ini.
"Kenapa engkau tidak tutupkan aku? Sedangkan aku harus ditutup."
"Kenapa engkau menjadikan aku murah, sehingga boleh dilihat orang yang tidak sepatutnya dengan free saja? Sedangkan aku amatlah mahal."
"Kenapa engkau membiarkan aku menanyakan soalan ini kepada engkau. Sedangkan engkau boleh mengelakkan soalan ini."
"Kenapa engkau membiarkan aku menjadikan diriku sebagai saksi untuk engkau masuk dalam api itu?"
Cukup untuk membuatkan Nabila merasa gerun dengan apa yang ada dalam fikirannya. Sejak hidayah telah dicampakkan ke dalam hatinya. Alhamdulillah, dia sedang mencuba untuk berubah dari hari ke hari. Bukan senang untuk berubah. Terutama dengan apa yang kita suka. Sangatlah sukar untuk meninggalkannya seratus peratus.

Dalam asyik mengimbau kenangan lalu, dia dikejutkan dengan suara ibunya, Puan Latifah. "Angah, makan nasi dulu, kang lapar kang. Bas pukul sembilankan ngah?"
Berjalan ke meja makan, terus duduk di atas kerusi. "Haah bu. Wah...sedap giler!" Katanya dengan penuh teruja sambil melihat ayam masak merah kegemarannya. "Ibu memang best ah!" Sambung Nabila sambil tersenyum kepada ibunya.
"Awak tu makanan apa aje yang ibu masak awak cakap tak best selain singgang?" Gurau Puan Latifah sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. Nabila hanya mampu tersengih. Baru dia perasan, lauk ibunya memang tak ada yang dia cakap tak best. Bangga hati dapat ibu macam ni. Alhamdulillah.
Walaupun ajaran Islam tidak diajar sepenuhnya oleh ibu dan ayah. Dia tidak kisah semua itu. Cukuplah nikmat yang Allah bagi kepadanya. Ibu yang baik. Ayah yang bertanggungjawab. Dan sahabat-sahabat yang sentiasa ada untuk menunjukkan jalan yang lurus kepadanya. Yang telah menunjukkan betapa Allah itu Maha Esa. Dan kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya. Dan yang pasti Allah masih menyayanginya.
Allah memberinya hidayah untuk berubah. Tersenyum lagi tanpa sedar.
Allah memberinya hidayah untuk berubah. Tersenyum lagi tanpa sedar.
"Hai angah. Dah main senyum-senyum sendiri pulak. Depan ayah pulak tu. Ada yang special ke?" ujar Encik Farhan sambil meletakkan lauk ke dalam pinggannya. Dia duduk bertentangan dengan Nabila.
Termalu Nabila."Mana adalah ayah. Pandai-pandai aje eh. Ha, ayah. Kita nak gerak pukul berapa ni?" Sengaja mengalih topik.
"Dalam 8.40 ke 8.45 ke okeylah tu." Jawab ayahnya. "Apa yang penting?" Dalam nada wonderpet, dan soalan ini disambut ceria oleh Nabila, "Kita makan dulu.Hahaha." Ketawa disambut oleh tiga beranak itu.
-Perjalanan Seorang Diri 1
-Perjalanan Seorang Diri 2
-Perjalanan Seorang Diri 3
smile..:)
cik Hacks nak kata kisah benar, ada benarnya jugak. Nak cakap kisah tipu, ada yang benar jugak. Yang penting cerita ni logik. Perjalanan mencari redha Allah bukanlah suatu yang senang kan? Tapi yakinlah kita. Innallah hamaana. Sesungguhnya Allah bersama kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)