ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Monday, 3 February 2014

Muhasabah Cinta

-the cure-


Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Mata beralih semula ke screen laptop yang menayangkan Kung Fu Cult Master di youtube. Tidaklah selalu Ainin menonton cerita seperti ini. Dia akan buat perangai begini apabila dia rasa waktu yang dia ada lapang sangat dan terasa-rasa aura untuk tengok movie.

Tiba-tiba, henponnya berbunyi. Menyanyi -nyanyi lagu Muhasabah Cinta part chorus. 

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku.

Ainin mengambil henpon Sony Xperianya. Memandang nombor yang tak dikenali buat dia terfikir, siapa yang nak call aku malam-malam cenggini? Mungkin kawan kot, harap bukan lelaki.

Tangan menekan screen tanda menerima panggilan tersebut.

"Assalamualaikum." Kata pendahuluan di dahulukan. Menunggu sesaat dua tanpa tiada kata apa-apa dari si pemanggil, mebuatkan dia tertanya-tanya lagi. Ini prank ke hape? "Assalamualaikum". Sekali lagi diberikan kepada si pemanggil.

Masih tiada jawapan.

"Assalamualaikum.....". Berinya lagi lebih dalam nada geram. Orang dah bagi salam kot. Jawablah.

"Hello. Assalamualaikum.". Akhirnya terkeluar jugak suara dia. Paling tak boleh diterima, aku bagi salam kot. Kau patut jawab, bukan bagi salam kat aku balik. Tapi yang tak boleh terima lagi ialah : Huuuuuaaaaaa....dia lelaki!

Ainin terus tekan butang "end call".

Sejak dapat tarbiyyah dari Kak Umie lebih kurang setahun yang lepas. Dia telah meninggalkan jahiliyahnya sedikit demi sedikit. Antara jahiliyah yang dia telah tinggalkan adalah...COUPLE. Kalau dulu, hampir setiap hari dalam hidupnya tidak lengkap tanpa seorang couple yang bernama lelaki. Putus baru dua minggu, dah dapat pengganti yang lain. Putus lagi, dan couple lagi. 

Tak pernah bosan dengan lelaki dalam kehidupan seharian. Tapi of cos lah kalau dah lama couple dengan orang yang sama je, bosan. Dont know at all. Tapi baginya, tiada mesej dari seorang yang bernama couple dalam sehari, confirm sedih seharian tu.

Hidup dulu all about boy. All about couple. All about cinta yang tahmendemende. Dan prinsipnya ketika dulu, kalau couple bukan sekadar couple monyet dan pisang. Tapi sebagai cinta yang kekal abadi. Tapi seriyes! Tak pernah satu pun yang kekal lama. Paling lama pun dalam hidup Ainin setakat ni ialah setahun setengah. Ini lawak.

Sekarang. Bila dapat tarbiyah tu, segala couple kekal abadi, segala abang-abang yang banyak angkat dia, segala kawan lelaki yang telefon setiap minggu hanya untuk mendengar suaranya yang manja, semua itu dibuang.

Peritlah. Siapa kata tak perit.

Abang angkat Ainin baik gila. Selalu nasihat kat dia. Tak pernah nak ambil kesempatan dalam kesempitan. Memang betul-betul sayang kat dia sebagai seorang adik. Tapi dia tahu,bende tu tak kemana pun sejak dia dapat tarbiyah. Bukan abangnya itu dapat beri kasih sayang yang penuh pahala kat dia. Ea?

Telefon mendendangkan lagi. Nombor yang sama. Dengan lafaz bismillah, dia menjawab call itu.

"Assalamualaikum." Kata alu-aluan Ainin masih sama.

"Waalaikumussalam."

"So, siapa ni ye?"

"Abang Mirul."

Tangan Ainin garu kepala yang tak gatal. Dah sejak bila aku ada abang angkat nama Mirul ni."Tak kenal pun."

"Ni Muiz lah. Abang Mirul."

Barulah sel-sel dalam otak dapat detect siapa yang mengaku Abang Mirul ni. Mati-mati Ainin ingat Abang tu adalah panggilan untuk Mirul. Dan selalunya ex-ex dia , tak pernah dia nak panggil Abang. Sebab apa? Sebab baginya, abang tu nampak tua sangat. Uit..cepat sangat fikir. Mana ada mama dengan papa. Tak ada, tak ada. Mama dengan papa lagilah macam orang tua sangat aje.

"Ohh..,emmm." Tak tahu nak cakap apa. Hilang semua ilmu yang waktu dulu dia pakar dalam bercakap dengan lelaki dalam phone.

"Ingat lagi tak?"

"Ingat....." Siyes tak ada idea.

"Tengah buat apa?"

"Tengok cerita." Jawabnya. Dan dia mengumpul kekuatan untuk  stop bercakap dengan Muiz. "Saya dah tak couple dengan Mirul. Saya dah berubah sekarang. Saya dah jadi baik sikit."

"Kenapa? Dulu jahat ke? Bagi body kat orang ke?" Ayat luncur laju giler.

Tersentap kejap hati. Mamat ni dah kenapa. peribadi kot tanya gitu pulak. "Tak adalah...cuma dulu, saya tak ingat tuhan saya, sekarang saya dah ingat. Dulu saya tak baik sangat dengan tuhan saya, sekarang adalah sikit improvement."

"Baguslah kalau gitu."

"So, tak payah lahkan kita cakap panjang-panjang ni. Awak lelaki, saya perempuan. Lagipun, tak ada hal penting kot nak cakap kan?" Rasa-rasa macam dah straight to the point dah ayat ni means Ainin tak nak cakap dengan Muiz lagi. Muhasabah cinta antara dia dengan Allah

"Laa...salah ke? Cuba cakap sikit apa yang salah." Tidak pasti antara Muiz menduga atau memang tidak tahu perbuatan ini salah.

"Eh, memang salah pun kan. Kalau tanya ustaz kat rumah awak, cakap dengan perempuan malam-malam gini, agak-agak ustaz awak cakap apa ye?" Ainin malas nak terangkan sangat dalil-dalil jangan dekati zina. Dia pun masih bertatih lagi mempelajari. Nak terangkan kat orang, takut tersalah. Tu yang dia sengaja buat Muiz fikir sendiri.

"Cakap macam orang tak ada iman aje." Terus Muiz letak telefon.

Ainin yang baru nak balas cakap, terpegun sekejap. Salah sangat ke aku cakap macam tu? Nak terasa lebih-lebih kenapa? Aku tak nak kau tu berdosa jugak sebab aku. Kan perempuan ni fitnah untuk lelaki. So, jadi kewajipan aku lah jaga diri aku supaya kau tak tergoda dengan aku. Itu pun salah ke? Aku rasa aku dah cakap baik-baik dengan kau tahu tak? Aku letak telefon tiba-tiba nanti kau cakap aku ni sombong pulak. Okeylah, okeylah. Lepas ni, aku jadi sombong dengan kau ye!

Hati masih tak tenteram. Mungkin Ainin merasakan bahawa dia yang tersalah bahasa. Ea? Lelaki tu lembut sangat ke? Takpelah. Lepas ni mesej ajelah cakap minta maaf.

Ainin teringatkan Mirul tiba-tiba. Mirul tu adalah ex-couple Ainin dulu. Kalau tak silap, dah setahun kot berpisah. Berpisah kerana tak sehaluan. Tahapeapeje. Dan yang Muiz ni datang dari mana? Datang dari mak Mirul lah. Lagi ditanya.

Okey,okey. Seriyes eh. Datang masa mereka couple. Bukan waktu datinglah. Dalam phone aje. Ainin ingat lagi malam sebelum dia nak exam. Ada seorang lelaki telefon. Disebabkan masa dulu dia memang seorang yang sangat gedik plus melayan lelaki, dia layan je lah. Dah orang telefon kan, bukan habis kredit dia. Rupa-rupanya tu adalah abang kepada Mirul. Dan Ainin sangat speechless lepas tu dia mengaku sebab dia dah kata, dia dah kahwin dengan Mirul, tapi Mirul tak ada kat rumah. Anak mereka ada dah orang dan dijaga oleh mak kepada Mirul, yang sebenarnya dah meninggal pun. Kalau betul jaga anak, letak kat kubur je lah gamaknya. Giler.

Dan semestinya, lepas speechless, dia minta maaf. Waktu tu dalam fikiran, ni bakal abang ipar aku ni, kena layan okey-okey punya! Lepas peristiwa ini, kerap juga Muiz mesejnya. Dia menjadi serba salah untuk tidak membalas. Sebab dalam otak. Ni Bakal abang ipar aku.

Pernah juga Ainin memberitahu Mirul tentang abangnya yang selalu menghantar mesej kepadanya. Memang bukan setiap hari. Tapi setiap minggu itu pasti. Dan jawapan Mirul ala-ala jawapan orang yang tak sayang dia langsung.

"Alaa, layan je lah... bukan Muiz nak buat apa-apa pun.".Waktu tu, dia pelik dengan sikap Mirul yang bagi aje dia pada abangnya. Dia ingat aku ni ada masa ke nak layan dua orang serentak! Hati membentak. Tapi sebab sayangnya pada Mirul, dia biarkan aja. Layan je lah mesej-mesej dari Muiz. Dan faktanya, Ainin tak pernah menghantar dulu mesej kepada Muiz tanda memulakan perbualan, betapa ingin dijaganya hati Mirul ni. Huhhh. Sayanglah sangat.

Kung Fu Cult Master kembali menjadi perhatian. Ainin menontonnya sehingga habis. Barulah mengantuk begitu terasa.

Apabila selesai mengambil wuduk, Ainin mengambil handphonenya dan membuka application messaging. Tangan laju menaip tanda minta maaf, dan mengharapkan Muiz faham apa yang melanda dirinya.

Mesej yang begitu panjang ditaipnya hanya berbalas "OK".

Okeylah tu. Apa lagi harapan jawapan dari mesej itu kan. Ainin membaca doa tidur dan terus menidurkan dirinya di tengah malam yang sepi itu.

peacenowar. smile.

Nak jaga diri bukan senang. Kadang ada yang kita terlepas pandang. Tak sedar bahawa kita telah membuat orang tertarik dengan kita. Susah-susah. Sedang bermujahadah lah ni. Doakan Cik Hacks ye!

No comments: