ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Friday, 25 October 2013

dakwah kene sabar

Assalamualaikum..


setelah bersawang da nak dekat sebulan ni, so saya dengan rase freenya hari ni nak tulis ape tau,,

about dakwah..

sriously, waktu saya baca kicauan2 burung di tempat berkicau, saya akan cari kicauan akhi-akhawat yang saya suke dulu,,(tak nak gtau sape),, pastu, baru la dengan banyak masanya saya akan mencari kicauan-kicauan yang kat home.

n waktu saya bace kicauan akhi-akhawat-yang-saya-suke nie saya akan bace komen2 orang sekali,,,
selalu yang saya bace mesti positive,,
dorang nak jugak masuk bulatan gembira yang telah di invite oleh para akhi-akhawat,,
dan saya pown tersenyum membacanya,,
mudah-mudahan usaha ini dapat diteruskan,,

tapi..
(ok ade tapi)
kadang tu saya baca yang komen negative, saya rase kesian,,

  1. kesian kat akhi-akhawat saya
  2. kesian kat orang memberi komen negative tu,,
sebab untuk saya kesiankan akhi-akhawat yang sedang bersakwah nie, sebab mereka kadang2 berniat untuk kebaikan, tapi, manusia-manusia yang kat sekeliling nie rase macam akhi-akhawat nie show off kebaikan mereka.
ingatlah manusia, kita pendosa! akhi-akhawat pown same. mereka-mereka nie nak berdakwah bukan hanya sekadar cakap, "buatlah solat sunat,dapat pahala"
tapi kadang mereka akan cakap "saya suka buat nie, buat itu, saya rasa gembira", yang bermaksud kat sini, beliau-beliau nak suruh awak-awak kat luar sane rase keindahan ape yang di buat oleh dia dengan cara awak buat ape yang dia buat.

its can say like, "saya suke makan pizza,mmm delicious"..
kan ke awak terase jugak ke nak makan pizza,,?yes?
daripada, "makanlah pizza"..yang kadang-kadang rase nak makan, kadang rase tak nak.

dan sebab saya kesiankan kat manusia-manusia yamg memberi komen negative tu ialah mereka masih tak dapat paham ape yang cube nak disampaikan oleh para akhi-akhawat. kesian dengan manusia di bumi yang masih tak kenal erti cuba buat baik pada Allah. ya kesian!

saya tak cakap la saya bagoss sangat, tak sampai lagi tahap bangun malam tiap malam untuk tahajjud,setiap isnin khamis puasa sunat, setiap subuh, solat berjemaah.

tapi ye, kite masing2 sedang mencube kenal tuhan kita yang esa,,,dan cuba untuk mengucapkan kata syukur, say alhamdulillah.

dan apabila ada dakwah yang kene komen negative nie, insyaallah para akhi-akhawat mendoakan korang dapat paham dan dapat telan dan dapat makan ape yang sebenarnye untuk disampaikan.

Dan insyaallah to para akhi-akhawat, teruskan usaha menyebarkan dakwah nie.
dalam berdakwah mesti kene sabar. kan? sabar, sabar, sabar,

dan saya masih dalam hijrah,, perjalanan hijrah tak tercapai dalam satu hari, walau berhari-hari, saya harap saya akan sampai juga akhirnye ke tempat yang saya inginkan.

saya berubah??setiap orang perlu berubah, dari jahat kepada baik. dari baik kepada lebih baik.

مَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ اعْمَلُهُمْ كَرَمَادٍ اشْتَدَّتْ بِهِ الرِّيحُ فِي يَوْمٍ عَاصِفٍ لَا يَقْدِرُونَ مِمَّا كَسَبُوا عَلَى شَيْءٍ ذَلِكَ هُوَ الضَّلَلُ الْبَعِيدُ


Bandingan orang yang kufur terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Demikian itu adalah kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
[14: 18]


dan saya suke ayat nie sebab Allah cakap banyak amalan yang kita buat tapi hanya seperti abu yang diterbangkan oleh angin ribut yang sangat kencang,andai kata kita kufur,, bayangkan nauzubillah..
kalau tak dapat pahala macam mane nak berat timbangan?
kalau tak berat timbangan macam mane nak masuk syurga Allah?
kalau tak masuk syurga, sanggup ke masuk neraka?
saya pown takut,,jom ubah pandangan kita dan amalan kita.

so,akhir kata, saya suke bace almulk tiap malam sebelum tido,,insyallah kan buat saya rase lebih tenang kat kubur nanti.

Assalamualaikum.

Thursday, 10 October 2013

mindset today

Assalamualaikum..


            Penah dengar ke pasal mindset?
Someone,,,,,,,,,,,hmm not someone at all, but manyone have said to me laa,, mindset nie sangat penting..

Paling yang berkesan sekali, kita boleh ambik  think positive!
Y?

Contoh satu..

Cikgu disiplin lalu depan kita, bawak rotan, muka macam sotong kene bakar, mata tengok kat kita macam nak ditelan!
            Should have mindset then, think positive!
·         Cikgu tu bawak rotan nak pukul budak ponteng lompat pagar kot
·         Cikgu tu muka merah sebab ade orang buat dia marah kot sebelum nie
·         Cikgu nie nampak je tengok aku, bukan tengok aku pown, dia juling,-eheh,,

Dan reaksi kita ape tau? Gelabah tak tentu pasal, padahal cikgu disiplin tu tengok je pon dengan mata yang Allah bagi pada dia..tak ke?
Andai kata mindset kite positive,,,takkan gelabah nye….sure,,

Contoh dua

Nak tidur tp nk bangun awal, mindset kan nak bangun awal,
+ la dengan ambik wuduk, bace doa tidur,

(aku penah try n alhamdullillah menjadi)
Try it,,,,,,,,,,,

Thats all,,,hoho,,




 smile :)

Friday, 4 October 2013

Kisah Indahnya Ainul Mardhiah

Assalamualaikum..

Kau bak kuntuman di syurga,

 yang hanya diberikan kepada insan yang syahid dalam perjuangan untuk agama Allah..Indahnya hadiah yang Allah bagi kepada sesiapa yang sayangkan agama dia....
kan?
korang ade?

penah  dengar lagu nie?

nie dari UNIC tajuk?
Ainul Mardhiah

Aku pelik sape dia nie?nak tau sebab ape?
Sebab selame 19tahun aku hidup dalam dunia nie, series aku kate, aku tak penah dengar cite sejarah, sirah atau sewaktu dengannye pasal Ainul Mardhiah nie.

Dan baru beberape hari nie, aku tanye uncle google, n ade salah seorang pendakwah nie, cerita pasal Ainul Mardhiah nie. Aku sangat berterima kasih pada dia.

So kisahnye................

‘Ainul Mardhiah (mata yang diredhai) merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi ketika nabi memberi kata-kata semangat di  kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah, katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut…. tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama)

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai…lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab…eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini…ainul mardiah ada di atas mahligai sana,….. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua…. dan tak pernah dia lihat di dunia…. lalu wanita itu berkata… akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku…. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii….. .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar…benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga….

Subhanallah..Alhamdulillah..
Aku akan tumpang gembire andai kate aku tau tu ahli keluarga aku yang dapat Ainul Mardiah.

Korang ade? -tanam dalam diri untuk jihad, insyaAllah, moge kita syahid di jalan Allah..
smile