ADAMANTIUM_AT from hacksflower

ADAMANTIUM_AT from hacksflower
this really red,,,,like my heart,,,like our heart. NO black n kelabu we hope, together we change, no more judgemental, no more cakap saje buat tak, no more jeles perkare dunie, no more buat perkara lagha,but yes more close to Allah, yes more to love OUR Nabi Muhammad SAW, yes more doing tarbiyah, yes more say alhamdulillah, yes more baiki nawaitu LILLAHHI TAALA

Tuesday, 31 December 2013

Perjalanan Seorang Diri 2

-the cure-


Mata melilau membaca satu persatu destinasi yang begitu banyak tertera di hadapan kaunter. Mencari Jalan Pekeliling setelusnya.

Setelah membeli tiket, Nabila terus menyimpan di dalam beg galas belakangnya. Uit..pakai beg galas je? Tak classnya.

Hello, saya memandu motor okey? Eh silap. Membonceng ye.

Selesai satu masalah. Tapi...rumah Kak Lily kat Greenwood kot. Jauh jugak stop kat Pekeliling. Memang kesian ah kat Kak Lily kalau dia ambil aku jauh-jauh. Huhhhh...

Bell! Stop mengeluh. Allah kan ada. Yakinlah. Hasbunallah wanikmalwakil.

Okey. Relaks. Tarik nafas. Janji dah tak nak mengeluh. Hembus. Yeah..better.

Nabila membuka conversationnya dengan Kak Lily. Memulakan perbualan. Bismillahhirrahmanirrahim.

-Assalamualaikum.
-Bell dah beli tiket lusa. Pukul 9pagi.
-Nanti, bila dah sampai kat Pekeliling tu kan, ada tak LRT ke? Bas ke? Teksi pun okey je kot.
-Kasi dekat siket dengan rumah akak.
-Huhu.

Rasa dah cukup berbasa-basilah tu ek? Hehehe...yalah kotnya. Tak tau bahasa bunga apa lagi yang patut guna sebab tengah nak minta tolong orang tumpangkan rumah ni. Kes serius. Jadi, kena nampak cam serius la jugak. Adoyai...

Kak Lily reply.

~Waalaikumussalam.
~Sampai kat sana nanti, ade LRT dengan STAR.
~So, Bell pilih yang mana satu Bell nak naik, nanti akak bagitahu station mana nak stop. 
~Okey ke?

Ek...STAR? Ape kebendenye tu? First time ni dengar. Yeah, I know I jakun. Jangan gelak (gaya mat lutfi buat video parody LISTEN).

-Okey je. Thanks akak.
-Jasamu dikenang.


Selesai berwhatsapp, Nabila berfikir seketika tentang perjalanannya. Bayar yuran untuk masuk program Untuk Kita Pendosa yang dianjurkan oleh Langit Ilahi ini, dia tidak rasa sikit pun menyesal. Untuk mendaftarkan diri ke dalam program ini, dia sanggup berkorban RM50 (termasuk makanan). Dan disebabkan program ini dilaksanakan di UIA Gombak. Dia harus menghabiskan duit lagi untuk tambang bas dari Kuantan.

Walaupun begitu, dia masih terasa itu adalah pengorbanan yang dia ingin buat untuk merecharge imannya. Sedang sekarang sudah hampir dua minggu dia duduk di rumah. Kerja hanyalah makan, tidur, solat, ngaji sikit, baca novel cintan - cintun yang dia rasa agak menurunkan iman kadang-kadang2, dan tonton drama Melayu yang disiarkan di TV3 sekarang iaitu Playboy Itu Suami Aku.

Kadang dia merasakan apabila dia melewatkan maghrib kerana ingin melihat drama itu, seperti dia sedang menolak cinta Allah. Aii...tengok cerita pun tolak cinta jugak ke?

Bukanlah begitu. Menonton drama itu baginya tidak ada salahnya jika sekali-sekala bagi Nabila. Namun, imannya yang lemah sering tergoda apabila datang godaan setan seperti :

"Uit bro...! Lek lu. Tak lari bilik air di kejar. Tak hilang sejadah kat penyangkut tu lah. Tunggulah sampai cerita ni habis dulu."

"Lima minitlah lagi. Tunggulah iklan dulu, baru gi solat. Bukannya masuk Isyak lagi pun."

"Kau kalau termiss part ni memang rugilah. Tak faham nanti flow dia."

Dan sememangnya setiap hari Isnin hingga Khamis, semenjak Nabila berada di rumah, termakan juga dengan godaan itu. Hailaaaa...manusia dan nafsu. Memang tak boleh dipisahkan. Tapi percayalah, kita mampu untuk mengawalnya dengan iman.

Dengan pemikiran yang dia rasa agak panjang ini, Nabila sanggup menghabiskan duit untuk menyertai program tersebut. Lebih tepat lagi dia menambahkan saham akhiratnya. RM50 bukanlah suatu yang besar jika ingin ke arah melaksanakan tuntutan iman baginya.

Dulu, dia sanggup menghabiskan duitnya untuk membeli novel-novel melayu cintan-cintun yang kini masih berada di atas raknya. Novel kot... paling murah pun RM17. Dan yang paling mahal dia pernah beli dalam RM32. Waktu itu, dalam fikirannya, novel adalah pengisian jiwa. Tak ada novel, tak terasa bahagia! Over...! Tapi memang itu hakikatnya.

Kini, melihat novel-novel di atas rak, kadang dia ambil untuk membaca, meleleh kot air liur nampak novel. Tapi dalam dia membaca, dia merasakan bersalah juga. Membazir masa dengan apa yang dah tahu. Buat apa ulang lagi kalau dah tahu ending dia macam mana. Tak ke?

Ceritanya sama jugak. Hero heroin sama jugak. Plot pun sama jugak. Ending lagilah sama. Tapi itulah, dalam jiwa masih ada rasa ingin membaca walau sudah tahu. Sedih hati. Menangis iman.

Oleh sebab yang demikian, Nabila tidak mahu cuti yang bakal dia lalui dua minggu akan datang nanti, jadi seperti ini lagi. Sia-sia dua minggu berlalu tanpa berbuat kebajikan.

Tak pergi surau ke? Ceramah tak dibuat kat surau eh? Kat kampung tu memang tak ada surau? Sampai sanggup pergi ke KL nun di sana.

Bukanlah tak ada. Tapi disebabkan dia baru sahaja berpindah di kampung baru ni, dia malu untuk bertandang ke surau kerana pintu depan surau itu adalah pintu jemaah lelaki. Pintu jemaah perempuan harus melintasi dahulu pintu lelaki. Dan di sebelah surau itu ada padang futsal dan gerai makan yang selalu dipenuhi oleh lelaki yang melepak. Dia menjadi takut untuk pergi ke surau itu. Takut terjadinya fitnah kalau-kalau hanya dia seorang perempuan dikampung itu yang pergi kesana.

Tidak tahu bilakah akan timbul kekuatan untuk pergi ke surau untuk merecharge iman setiap hari. InsyaAllah suatu hari nanti. Bersama-sama para sahabat mungkin.


bersambung...

-Perjalanan Seorang Diri 1
-Perjalanan Seorang Diri 2
-Perjalanan Seorang Diri 3

smile n smile again. iklas la. :)



Monday, 30 December 2013

Perjalanan Seorang Diri 1

message here
-the cure-


Tangan menekan Menu di screen telefon bimbitnya. Mencari-cari whatsapp application. Menilik satu-persatu nama yang ada di hadapannya. Otak sedang sibuk berfikir ' Kak Lily. Kak Lily. Kak Lily.'

Ada hal penting sangatlah tu.

Apabila terjumpa nama Kak Lily, terus mata terpandang default picture Kak Lily. Hanya sebuah gambar yang dilukis oleh Rusydee Artz aka Syabab Musafir Kasih aka Muhammad Rusydee, nama akaun dan page di facebook. Gambar seorang lelaki yang memakai kopiah berwarna putih dan di hadapannya seorang wanita berpurdah berlatarkan sebuah pokok yang penuh dengan dahan berdaun di malam yang tak berapa nak gelap sangat. Di tengah gambar itu tertulis 

Rusydee Artz
"..kerana Allah
aku cinta padamu.."

-the cure-


Uhuhu...sweet gilak! Nabila tersenyum seketika. Ok, apa nak cakap tadi? Lupa dah...

Dua saat kemudian. Ohhh..

Tangan leka menaip keypad di screen.


-Assalamualaikum Kak Lily. Ni Bell yang comel ni.
-Uhuhu...kira jadi eh Bell datang umah 
-lusa?
-Untuk Kita Pendosa.
-Hehe,,Bell ade masalah siket ni, nak tanya kalau nak gi umah akak, nak turun kat mana?
-Sebab tak beli lagi tiket gi kl,coz tak tau nak stop kat mana.

Nabila hanya memandang bahagian atas tertulis, 'last seen today at 12.30am." Mata melirik pula ke arah jam sekarang. 12.15 pm. Hmmm..harapnya Kak Lily reply cepat.

Seminit menunggu. Seminit setengah. Dua minit. Mana Kak Lily ni.

Sambil menunggu balasan dari Kak Lily, Nabila membuka facebook application pula. Mengstalk status-status friendsnya.

Nabila mengaku, dia tidak mempunyai ramai friends di facebook. Lebih banyak digunakan untuk like page-page yang dia merasakan banyak memberi inspirasi dan lebih kepada sentiasa mengingatkan dia kepada tuhan. Allah.

Dan juga page-page yang mengupdate tentang perkembangan situasi di negara Islam lain yang sedang menghadapi perang dan ditindas oleh kafir laknatullah. Terutama Mesir, Gaza,dan Syria.

Huhhh..mengeluh seketika. Merenung ke dalam handset bagai boleh tembus. Dalamnya.



Memikirkan apa je yang dia boleh tolong sebagai saudara seislam? Sedih...kerana jawapannya hanyalah doa. Doa saja yang dia mampu lakukan.

Hasbunallahwanikmalwakil. Yakinlah Allah mendengar doanya. Moga suatu hari nanti dalam masa yang terdekat ni, mereka-mereka yang menindas Islam akan mendapat balasan di dunia secara live. Walau apa pun caranya, Allah lebih berkuasa atas segalanya.

Tersentak seketika apabila handsetnya berbunyi. Whatsapp dari Kak Lily.

~Waalaikumussalam.
~Insyaallah jadi. Datang je umah akak. Sentiasa terbuka untuk Bell.
~Huhuhu...
~Ok. Kalau boleh turun kat Greenwood.
~Dekat siket ngan umah akak.

Cepat Nabila mereply.

-Greenwood? Tak pernah dengar pun kak.
-Ehehe...
-Kalau Bell tak jumpa bas yang turun kat sana, macam mana kak?

~Kalau tak ada, turun kat pekeliling lah. Ok tak?

-Ok je. Will try to find.
-Gemuruh ni. First time nak jaan jauh sorang diri.
-Kuikuikui.
-Thanks kak.
-Assalamualaikum.

~Welcome and waalaikumussalam.

Ok. Pergi terminal lepas zohorlah. Berbicara sendiri dalam hati.


bersambung...

-Perjalanan Seorang Diri 1
-Perjalanan Seorang Diri 2
-Perjalanan Seorang Diri 3

smile. trying to do better. ;)

Sunday, 15 December 2013

Doa Makbul Sepantas Kilat

-the cure-

Melati duduk di atas buaian sambil menghayunkan seperlahan yang mungkin seperti sedang termenungkan sesuatu. Mata memandang tepat ke arah surau di hadapan. Begitu dalam renungannya seperti dapat melihat apa yang terjadi di dalam surau. Track suit hitam t-shirt muslimah hijau rumput dikenakan dengan tudung hijau dua tone yang dipakai dibiarkan jatuh menutup segala aurat yang ada patut ditutup. 

Azan baru sahaja berkumandang menandakan masuknya waktu isyak.

Orang tua-tua kata tak baik bermain diluar waktu-waktu maghrib terutamanya perempuan. 'Alah..lelaki pun manusia juga, syaitan pun ganggu jugak lelaki waktu ni.' Bisiknya dalam hati.- okey! nie tak baik punye ayat dalam hati.

Memang selalu itu yang jadi pegangannya, tapi entahlah...mungkin disebabkan oleh faktor "bulan jatuh ke ribanya",dia merasa stress dan ingin bersendirian. Tambah lagi sekarang waktu exam. Dan memang taman permainan di tepi rumahnyalah yang selalu menjadi mangsa menungan Melati yang kadang rasa nak pecah cermin tembus dek pandangan yang terlampau tajam jika dia berkeadaan begitu.

Mata menembus ke arah pintu  surau bahagian lelaki yang betul-betul terletak cantik di hadapannya.

Dikala ini, baru Melati terperasan . "Eh! Syabab baju putih tu lah! Tenangnya tengok dia.... Kalaulah dia jadi suami aku kan. Mesti bez gilak!" Ujarnya dalam nada berbisik kegedikan. Sudah menjadi hobinya menggelarkan lelaki itu Syabab, kerana sebetulnya Melati tidak pernah tahu nama lelaki itu even mereka hidup berjiran selang dua buah rumah.

Kata-katanya itu bukan kerana Syabab handsome pada pandangannya. Tapi kerana Syabablah yang dilhatnya ketika selalu datang ke surau itu. Ya! Pasti dan tak mungkin salah. Alahai..siapa je pun anak zaman sekarang yang sanggup berjalan untuk ke surau semata-mata hendakkan pahala 27 kali ganda? Yang ramai kat surau adalah para warga tua dan lelaki yang sudah berkahwin.

Anak muda? Hilang kesedaran bahawa Allah itu Maha Melihat. Hilang kesedaran bahawa mereka adalah pemimpin negara yang akan berjuang bermati-matian menegakkan keadilan. Hilang kesedaran tentang agama yang dengan gahnya dia menunjukkan pada dunia bahawa IC tercatat 'ISLAM'. Padahal dengan hanya menjaga solatlah semua itu dengan bangganya mereka dan tidak lupa juga kita sebenarnya dapat tayangkan pada dunia bahawa 'Akulah muslim sejati! Mujahid setia!'

Hampir setiap hari  Melati ke surau untuk solat magrib dan isyak berjemaah. Dan apabila usai dia berdoa dan melangkah kaki untuk keluar, sering dia melihat seorang lelaki ini. Menghadap Tuhannya dengan penuh khusyuk di kawasan luar lantai surau , tanpa tikar sejadah. Disebabkan oleh surau itu agak kecil, jadi kawasan luar surau itu secara rasminya menjadi tempat solat para hamba Allah yang ingin melakukan solat sunat apabila di dalam surau itu mengadakan ceramah ringkas. Selalunya pakaian Syabab ialah kain pelekat dan berbaju putih atau apa-apa sahaja baju yang berwarna terang. 'Ah, mungkin kebetulan kot! Entah-entah Syabab pun tak perasan baju yang dia pakai tiap-tiap hari, aku je yang terpoyo lebih.' ,cemuhnya dalam hati.

Walaupun bukan setiap hari dia akan nampak Syabab, namun entah kenapa, dia akan berasa gembira apabila melihatnya. Kadang-kadang masa Syabab tengah solat pun Melati boleh tersengih sendiri kerana terlalu suka kehadiran Syabab. Dah biul agaknya.

Dan hari ini, first time dalam hidupnya, setelah dua tahun tinggal di situ sejak dia berpindah, dia melihat Syabab solat berjemaah Isyak. Ya lah. Selalunya waktu orang solat berjemaah, Melati pun berjemaah juga, dan hanya melihat Syabab semasa solat sunat.

Solat jemaah hampir habis. Kedengaran tok imam mengucapkan takbir yang terakhir untuk tahiyat akhir.

Terlintas di fikirannya untuk meminta doa daripada Allah, agar tunjukkan kepadanya adakah Syabab ini jodohnya. Sambil menadahkan tangan dengan bersungguh-sungguh.  Memberhentikan hayunan buaian yang sudah sedia ada perlahan. Memandang pada tangannya dan sesekali ke arah pintu surau. 

Dan mula berkata-kata dalam doanya, "Bismillahhirrahmanirrahim. Ya Allah, jika Syabab keluar dari pintu surau lepas habis solat dan bersemba..." Tika itu matanya melihat orang yang pertama keluar selepas tok imam bagi salam adalah Syabab! Serba salah untuk menyambung doanya, namun digagahkan juga, 

"...bersembahyang solat sunat kat luar..." Mengharapkan Syabab hanya menuju ke arah tempat mengambil wuduk instead of tempat seliparnya diletakkan.

"...maka dia adalah bakal jodohku, jika tidak, aku takkan simpan lagi perasaaan suka pada dia lagi Ya Allah..." Syabab terus menonong keluar dan bergerak ke arah rumahnya.

"Amin." 

Melati tergamam sebenarnya ketika Syabab berjalan keluar. Setelah beberapa saat baru otaknya berfikir. Bermuhasabah kembali. Melati tersenyum seorang diri. Betapa Allah mendengar doanya dan dengan cepat Allah menunjukkan tanpa perlu menunggu. Belum sempat pun dia menghabiskan doa, Syabab sudah keluar tanpa solat sunat. Ini bermakna doanya telah dijawab dengan sepantas kilat. Kilat pun tak laju tu. Hoi.

Dalam hatinya, Allah sangat sayang kepadanya kerana tidak mahu dia terus terleka dengan godaan syaitan yang suka membisikkan lagha dalam hatinya. Dan dia rasa Allah sweet sangat. Hampir sahaja air mata yang terkumpul di birai matanya jatuh ke pipi, namun sempat di tahan. Dia dapat rasakan Allah nak suruh dia terus bermujahadah tanpa memandang perkara dunia walaupun itu yang terkenan di mata dan hatinya. Dan dia teringatkan satu ayat.

...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidakmengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216)

Setelah itu, dia berasa lega. Lega dari stress. Lega dari segala apa yang merasuk fikirannya. Lega dari memikirkan Syabab itu jodohnya ataukah bukan. Subhanallah.

Ya. Melati tahu, solat sunat istikarah lebih baik untuknya. Tapi entah kenapa, dia yakin sangat bahawa doa yang dia lakukan tadi memang betul-betul petunjuk dari Allah untuknya agar dia tidak terleka dengan lebih jauh.

Alhamdulillah.

Melati mengangkat punggungnya dari buaian dengan penuh senyuman bangga. Sekali orang tengok dah macam orang tak betul senyum sorang-sorang. Dua kali tengok lagi la macam orang tak betul kuasa dua. Kuikuikui.

Selesai segala masalah. Bersangka baik dengan Allah. Say Alhamdulillah again.


Moga bermanfaat dan dapat pengajaran dari cerita yang pendek ni.
InsyaAllah.

smile.

novel - novel

novel saya. -the cure-
Assalamualaikum wbt.

Saya ingin menjual novel2 kepunyaan saya which means secondhand lah,,,
Harga 50% dari harga yang sebenar. 
Postage : Sebuah buku = Rm3.00
Dua buku = RM6.00

Antara novel2nye ialah :
1. Kan Ku Kejar Cinta Kamu - Fauziah Ashari - RM14
2. Bini Aku Tomboy Ke? - Arisa Eriza - RM9
3. Cinta 365 Hari - Norazlina Nordin - RM10
4. Pelakon Cinta & MR. G - Anabella - RM13
5. Aku Yang Menanti - Haiza Najwa - RM10
6. Meh, Sandar Pada Aku! - Aifa Batrisha - RM11
7. Antara Benci & Rindu - Ida Farisya - RM9
8. Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyline - RM10
9. Lagu Cinta Buatmu -Qaseh Qaisara - RM10
10. Teman Serumah - Zuera Rasiddin - RM9
11. Gerimis Rindu - Meen Zulaikha - RM10
12. Perempuan Lindungan Kaabah - Hana Ilhami - RM14
13. Indahnya Takdir - Syikin Zainal -RM10
14. Cinta Tak Terucap - Imani Hatta - RM10
15. Akan Ku Tunggu - Sania Yasmin - RM10
16. Hello, Mr. Perfect! - Waniey Zakaria - RM11
17. Cinta Kau Dan Aku -Siti Rosmizah - RM10

Please spread this. Really want to sell those novels, n mengurangkan space dalam rak.
InsyaAllah masih terjage dalam keadaan baik.
And if stay kat kuantan area Kampung Padang Jaya or Kampung Pandan 2 or Taman Tas, xperlu postage, saya boleh bagi direct je.
if nak, pm saya kat facebook( 
https://www.facebook.com/hacks.flower?fref=ts ) saya. terima kasih.

smile and thanks.

Saturday, 14 December 2013

karbon monoksida vs drama korea

uhukk.uhukk!-the cure-



“Ustaz, ye ke tengok drama korea ni macam karbon monoksida?”, Aqil bertanya kepada ustaz.
            
“Maksud awak?” Dahi ustaz berkerut sedikit, tanda kurang faham penggunaan perkataan Aqil.

“Maksud saya hmmm..membunuh dalam diam.”Aqil menerangkan apa yang dimaksudkannya dengan harapan ustaz akan faham tentang apa yang dipersoalkan.
            
Ustaz berfikir sejenak. Berfikir dahulu secara rasional setiap kali ingin menjawab apa-apa soalan yang datang kepadanya tidak kira dari sesiapa pun menjadi prinsipnya sehingga kini, dan selalunya penuju soalan adalah para pelajarnya. “Awak bertanyakan saya tentang salah ke tengok drama korea?

Sejurus melihat Aqil mengangguk, ustaz menyambung. “Salahkah ia? Tengok tu tak adalah sampai jatuh haram, tapi termasuk dalam kategori perkara sia-sia plus buang masa. Sekiranya manfaat lebih banyak dari keburukan, silakan tengok. Tapi kalo ada adegan yang buka aurat and maksiat tak boleh tengok la sebab tu dosa-dosa kecil. Dan perkara yang menjadi keutamaan seperti ibadah perlu didahulukan. Kalo sampai lambat solat dan melalaikan perlu dielakkan sebab tu dosa. Dosa kecik ni bila lama-lama akan jadi besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.”
            
Ustaz berhenti setakat itu. Aqil yang khusyuk mendengar mendapat input yang sangat bernas hari ni. Sambil tangan mencungkil habuk meja yang berada diantara dirinya dan ustaz, Aqil berbisik dalam hati, ‘Takkan tak boleh tengok langsung?Sob sob sob,,sedihnya’ Aqil bertanya lagi tanda masih ada yang berlegar di hatinya. “Kalo ustaz, ustaz tengok ke?”
            
“Awak tanya kalo saya kan? Alangkah baiknya kalau masa yang digunakan untuk tengok benda-benda tu digunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah, baca Quran ke, solat sunat ke, bantu orang susah ke, buat dakwah ke. Pahala insyaAllah konfem dapat. Tengok benda-benda tu... Hmm belum tentu dapat pahala. Buang masa memang dah konfem dah. Allah sebut kan dalam surah al-Asr? Siapa dia golongan yang paling rugi tu?” Ustaz menjawab.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr 103:1-3)

“Thanks ustaz, saya cuba.” Dengan muka sedikit sedih Aqil mengucapkan terima kasih. Bukan kerana ustaz memarahinya, tapi kerana merasa dirinya bersama orang-orang yang rugi.
            
Ustaz tersenyum mendengarnya.


~~~~~~~

Membuang masa. Dua perkataan yang apabila dijadikan satu term tidak pernah terfikir olehnya selama dia menonton drama korea sebelum ini. Dia rasa terkesan ke hati. Ya! Dia tahu akan surah itu, tetapi tidak pernah merasakan dirinya berada dalam golongan itu. Ya! Dia ingat satu persatu ayat dalam surah itu, namun tak pernah ingin menghayati maksudnya. Ya! Dia tau maksud ayat itu daripada sesi ceramah yang selalunya dia hadiri, namun tak pernah menyerap ke sanubari.

Mungkin kerana merasakan bahawa dia seorang yang cukup mengikut jadual waktu yang telah dibuat, dan semestinya, dalam jadualnya dia akan menghabiskan satu jam sehari untuk menonton korea. Ek. Tak pelik pun dengan jadualnya kerana orang lain pun ada yang membuat perkara yang sama.

Dan sekarang, setelah mendengar jawapan dari ustaznya, dia merasakan dia perlu memuhasabahkan dirinya semula dari saat ini. Dia ingin menjadi mujahid setia. Dan sebenarnya dia sangat sayang kepada ustaznya yang sorang ni, sebab ustaznya selalu tenang dan cukup untuk menenangkan orang lain dengan air wajahnya yang dia rasakan penuh keikhlasan.
            
Insyaallah.

~~~~~~~

Saya petik jawapan nie semestinya bukan dari pokok durian bahkan bukan jugak pokok mangga. Tapi ia adalah jawapan dari dua orang pahlawan setia agama. Saya bertanyakan soalan ini kepada ramai dan jawapan yang hampir sama yang saya dapat. Dan disebabkan nie adalah antara jawapan yang saya rasakan terkesan dihati, saya ingin berkongsi kepada kamu orang. Ek.

Dan kepada sorang lagi yang menjawab pertanyaan saya ini dengan menggunakan blog beliau, terima kasih. Cukup berkesan di hati yang kering dengan jawapan ini. Saya akan cuba bermujahadah, insyaAllah, dan saya mengharapkan kamu orang jugak tak lalai dari layan drama2 korea. Ups! Nie saya specifickan kat drama korea je kan? Padahal drama melayu pown sama je! Uhhh?

Ehehe. Seriously, saya masih dalam usaha nak membuang segala rasa cinter kepada drama. Namun , apakan daya, saya seorang yang masih lemah dan masih memerlukan masa untuk hadapi perubahan. Ya! Ia sakit kan? Sakit nak tinggalkan tabiat kita. Jadi, saya sedang mengurangkan waktu yang saya luangkan untuk drama-drama nie, saya takut jika saya ambil langkah drastik, saya akan tersungkur lalu jatuh secara mendadak. Ini kata saya, hacksflower, kata kamu orang?

“Kami drastik pon boleh! Apa celop tot kurang-kurang?”

“Ha??tinggalkan? mana boleh! Dalam jadual saya dah tulis kat situ 3 jam untuk korea satu hari, dan tak mungkin akan berubah jadual saya. Muktamad!”

“Emm,,tengoklah dulu Cik Hacks, saya rasa tak boleh nak tinggalkan lagi, tunggulah sampai orang korea tak buat drama baru saya stop tengok.”Ekk??

Apa pun alasan kamu orang, boleh tinggalkan atau tak boleh, terpulang pada diri masing-masing ingin mengejar cinter sape? Dan insyaAllah cinter abadi yang kita pilih.

Dan Cik Hacks ingin mengingatkan bahawa, hidup kat atas dunia nie sekejap sangat. 24jam sehari akan berlalu pergi tanpa melihat kebelakang kembali. Namun diri nie lah yang akan menyesal di kemudian hari jika 24jam sehari itu berlari tanpa hati dalam sanubari.


Assalamualaikum.

Sunday, 3 November 2013

10 sen halal eh?halal ke....?

Assalamualaikum...

-the cure-


Dalam tengah  belek-belek purse, tengok duit ade singget je. Dalam hati kata , "sengkeknya aku!".
      Tiba-tiba teringat, eh, Ami ade hutang ngan aku lah, jadi along ah kejap, tengah pokai ek pon.
      Terus langkah kaki gerak ke arah Ami, slow-slow bisik kat telinga Ami, "Ami,,,,sudi tak kau nak bayar hutang aku sekarang?" , buat muka comel dia.
      "Ohh, ok-ok, aku nak bayar dah dari semalam lagi, ashik lupa je, sorry. Bape ea?10 ingget 10sen kan?", Ami belek purse dan ambil note RM10 terus bagi kat Tiqa. Belek sekali lagi nak cari 10sen. Tapi, tiba-tiba Tiqa bersuara, "Ambik jelah je lah 10sen tu, 10sen je pun".
      Ami jawab, "K,Q(tq)"


Daripada cerita kat atas , saya nak tekankan pasal 10sen je pun tu, halal ke?
Kenapa saya tanya macam tu?
Sebab kita sentiasa bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan, dan maksud tanggungjawab nie ialah kita ada jawapan apabila disoal. Lillahi taala. Ye tak?

   
     Orang kata, alaa seposen pon  nak berkira, 10sen jepun!
   
     10sen mungkin xde makne bagi kita. Tapi persoalannya bukan berkira ke tak. Persoalannya ialah duit 10sen jepun yang kita tak nak orang anggap kita berkira sangat tu, halal ke tak? Ikhlas ke tak? Rasa Allah nak bagi pahala tak? Rasa dapat berkat tak? Rasa Allah redha tak?

    10sen jepun jadi masalah....alahai che-che sekalian, sedangkan pahala seberat biji sawi pon Allah catat, inikan 10sen. Tak ke?

    Insyaallah kita ubah perangai kita..cop!cop! bukan nak suruh wajib bagi jugak 10sen tu, tapi insyaAllah, niat kerana Allah. Moga-moga kita dapat jadikan 10sen jepun kita tu sebagai pemberi pahala yang besar kepada kita andai kita tetap tak nak berkira dengan kawan kita. Serta mendapat keberkatan.

    Mesej ini di berikan kepada saya oleh my precious ukhti. And dia membawa saya untuk berfikir dari sebesar-besar perkara hinggalah ke sekecik-kecik perkara.

    Jom lillahi taala!

Assalamualaikum..

smile :)

Friday, 25 October 2013

dakwah kene sabar

Assalamualaikum..


setelah bersawang da nak dekat sebulan ni, so saya dengan rase freenya hari ni nak tulis ape tau,,

about dakwah..

sriously, waktu saya baca kicauan2 burung di tempat berkicau, saya akan cari kicauan akhi-akhawat yang saya suke dulu,,(tak nak gtau sape),, pastu, baru la dengan banyak masanya saya akan mencari kicauan-kicauan yang kat home.

n waktu saya bace kicauan akhi-akhawat-yang-saya-suke nie saya akan bace komen2 orang sekali,,,
selalu yang saya bace mesti positive,,
dorang nak jugak masuk bulatan gembira yang telah di invite oleh para akhi-akhawat,,
dan saya pown tersenyum membacanya,,
mudah-mudahan usaha ini dapat diteruskan,,

tapi..
(ok ade tapi)
kadang tu saya baca yang komen negative, saya rase kesian,,

  1. kesian kat akhi-akhawat saya
  2. kesian kat orang memberi komen negative tu,,
sebab untuk saya kesiankan akhi-akhawat yang sedang bersakwah nie, sebab mereka kadang2 berniat untuk kebaikan, tapi, manusia-manusia yang kat sekeliling nie rase macam akhi-akhawat nie show off kebaikan mereka.
ingatlah manusia, kita pendosa! akhi-akhawat pown same. mereka-mereka nie nak berdakwah bukan hanya sekadar cakap, "buatlah solat sunat,dapat pahala"
tapi kadang mereka akan cakap "saya suka buat nie, buat itu, saya rasa gembira", yang bermaksud kat sini, beliau-beliau nak suruh awak-awak kat luar sane rase keindahan ape yang di buat oleh dia dengan cara awak buat ape yang dia buat.

its can say like, "saya suke makan pizza,mmm delicious"..
kan ke awak terase jugak ke nak makan pizza,,?yes?
daripada, "makanlah pizza"..yang kadang-kadang rase nak makan, kadang rase tak nak.

dan sebab saya kesiankan kat manusia-manusia yamg memberi komen negative tu ialah mereka masih tak dapat paham ape yang cube nak disampaikan oleh para akhi-akhawat. kesian dengan manusia di bumi yang masih tak kenal erti cuba buat baik pada Allah. ya kesian!

saya tak cakap la saya bagoss sangat, tak sampai lagi tahap bangun malam tiap malam untuk tahajjud,setiap isnin khamis puasa sunat, setiap subuh, solat berjemaah.

tapi ye, kite masing2 sedang mencube kenal tuhan kita yang esa,,,dan cuba untuk mengucapkan kata syukur, say alhamdulillah.

dan apabila ada dakwah yang kene komen negative nie, insyaallah para akhi-akhawat mendoakan korang dapat paham dan dapat telan dan dapat makan ape yang sebenarnye untuk disampaikan.

Dan insyaallah to para akhi-akhawat, teruskan usaha menyebarkan dakwah nie.
dalam berdakwah mesti kene sabar. kan? sabar, sabar, sabar,

dan saya masih dalam hijrah,, perjalanan hijrah tak tercapai dalam satu hari, walau berhari-hari, saya harap saya akan sampai juga akhirnye ke tempat yang saya inginkan.

saya berubah??setiap orang perlu berubah, dari jahat kepada baik. dari baik kepada lebih baik.

مَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ اعْمَلُهُمْ كَرَمَادٍ اشْتَدَّتْ بِهِ الرِّيحُ فِي يَوْمٍ عَاصِفٍ لَا يَقْدِرُونَ مِمَّا كَسَبُوا عَلَى شَيْءٍ ذَلِكَ هُوَ الضَّلَلُ الْبَعِيدُ


Bandingan orang yang kufur terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Demikian itu adalah kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
[14: 18]


dan saya suke ayat nie sebab Allah cakap banyak amalan yang kita buat tapi hanya seperti abu yang diterbangkan oleh angin ribut yang sangat kencang,andai kata kita kufur,, bayangkan nauzubillah..
kalau tak dapat pahala macam mane nak berat timbangan?
kalau tak berat timbangan macam mane nak masuk syurga Allah?
kalau tak masuk syurga, sanggup ke masuk neraka?
saya pown takut,,jom ubah pandangan kita dan amalan kita.

so,akhir kata, saya suke bace almulk tiap malam sebelum tido,,insyallah kan buat saya rase lebih tenang kat kubur nanti.

Assalamualaikum.

Thursday, 10 October 2013

mindset today

Assalamualaikum..


            Penah dengar ke pasal mindset?
Someone,,,,,,,,,,,hmm not someone at all, but manyone have said to me laa,, mindset nie sangat penting..

Paling yang berkesan sekali, kita boleh ambik  think positive!
Y?

Contoh satu..

Cikgu disiplin lalu depan kita, bawak rotan, muka macam sotong kene bakar, mata tengok kat kita macam nak ditelan!
            Should have mindset then, think positive!
·         Cikgu tu bawak rotan nak pukul budak ponteng lompat pagar kot
·         Cikgu tu muka merah sebab ade orang buat dia marah kot sebelum nie
·         Cikgu nie nampak je tengok aku, bukan tengok aku pown, dia juling,-eheh,,

Dan reaksi kita ape tau? Gelabah tak tentu pasal, padahal cikgu disiplin tu tengok je pon dengan mata yang Allah bagi pada dia..tak ke?
Andai kata mindset kite positive,,,takkan gelabah nye….sure,,

Contoh dua

Nak tidur tp nk bangun awal, mindset kan nak bangun awal,
+ la dengan ambik wuduk, bace doa tidur,

(aku penah try n alhamdullillah menjadi)
Try it,,,,,,,,,,,

Thats all,,,hoho,,




 smile :)

Friday, 4 October 2013

Kisah Indahnya Ainul Mardhiah

Assalamualaikum..

Kau bak kuntuman di syurga,

 yang hanya diberikan kepada insan yang syahid dalam perjuangan untuk agama Allah..Indahnya hadiah yang Allah bagi kepada sesiapa yang sayangkan agama dia....
kan?
korang ade?

penah  dengar lagu nie?

nie dari UNIC tajuk?
Ainul Mardhiah

Aku pelik sape dia nie?nak tau sebab ape?
Sebab selame 19tahun aku hidup dalam dunia nie, series aku kate, aku tak penah dengar cite sejarah, sirah atau sewaktu dengannye pasal Ainul Mardhiah nie.

Dan baru beberape hari nie, aku tanye uncle google, n ade salah seorang pendakwah nie, cerita pasal Ainul Mardhiah nie. Aku sangat berterima kasih pada dia.

So kisahnye................

‘Ainul Mardhiah (mata yang diredhai) merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi ketika nabi memberi kata-kata semangat di  kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah, katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut…. tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama)

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai…lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab…eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini…ainul mardiah ada di atas mahligai sana,….. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua…. dan tak pernah dia lihat di dunia…. lalu wanita itu berkata… akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku…. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii….. .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar…benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga….

Subhanallah..Alhamdulillah..
Aku akan tumpang gembire andai kate aku tau tu ahli keluarga aku yang dapat Ainul Mardiah.

Korang ade? -tanam dalam diri untuk jihad, insyaAllah, moge kita syahid di jalan Allah..
smile

Monday, 30 September 2013

wayang

Assalamualaikum..

Ramai orang suke tengok wayang,,,cik hacks pown suke,,tp,,,,

pernah dengar orang kate tengok wayang tu xboleh?

mesty pernah kan?

Sebab ape? antara sebab yang orang bagi ialah :


-------> Ali kata "Tak leyh r tengok wayang senanye, tempat maksiat kot."
             Abu pandang pelik, "mana tau tempat maksiat? kite nie tak boleh nak bersangke buruk sangat. Ada je orang gi wayang kes nak watcing2 je, ade je yang datang sorang, ade je yang datang ngan family. X ke?"
             Ali jawab ape tau, " Tapi kawan, ade je yang datang dengan kapel, datang ngan kawan2 tapi campur boy girl. X ke?
             Akal Abu berfikir seketika.
             Ali sambung lagi," kita zaman sekarang bukan zaman nabi2 dulu, bala datang kepada orang yang buat maksiat je. Bala akhir zaman, andai kata Allah nak robohkan wayang tu, dengan kita2 sekali yang ade dalam tu pun kene tempias. kalau andai kate mati, kau rase mati dalam iman ke? Kau rase dapat ke kesyahidan tu kat tempat yang kapel banyak buat maksiat? Untuk aku la, insyaallah.. aku rase aku akan elakkan kot tengok wayang cerite2 yang salu couple gi..maybe kalau aku gian sangat, aku gi tengok cite kartun ngan adik aku ke kat wayang tu, tempat yang aku rase kapel2 xnak gi, tapi kalau aku gian sangat lah, boleh je kite kawal diri nie kalau nak. Kan?"

-------> "Tengok wayang salu lambatkan solat." Cuya kata.
              "Alaa..jangan la cari movie yang start sebelum waktu solat. Ape susah" Ann jawab.
              Cuya tengok Ann, "Dah kalau kau memang dah ade niat nak gi tengok wayang, pastu alih2 datang, tengok yang paling cepat 15minit lagi, yang lain tu semua 2jam lg, mesty ambik yang tu kalo tak nak bazirkan mase, dan andai kate waktu tu jam 4.00 pm, fikir bape kali kadang2, tapi akhirnye ambik gak. Tak ke?kalau xambik alhamdulillah, tapi bazir mase pulak nak tunggu waktu yang seterusnye.Tak ke?"
             "Agak laaaa," jawab Ann lambat2. 

-------> Jiji ajak " tengok wayang jom Ten."
              "Membazir r"
              "Alaaa,, sekali sekale"
              "Sekali sekale, Dua kali dua kale, tiga kali, berkale-kale"
              "Eheh.." 
              "Aku ajak kau derma nak?Boleh buat amal ciket."
              "Asal tetibe?"
             " Sekali- sekale"

______________________________

Begitu lah antara sebabnye..
tapi untuk cik hacks, insyaallah bak kate Ali, Allah tak turunkan bala untuk orang yang buat maksiat je,
Tsunami pown orang islam pown ade yang mati. Tak ke?

Jadi cik hacks xleyh cakap cik hacks takkan gi langsung, tapi insyaallah cik hacks akan MENCUBA untuk tak gi sane.

Sebab Allah uji dengan ape yang kite cakap tau? tak faham?

Contoh, kalo Ayu kate dy xsuke laa tengok orang lelaki merokok, tapi alih2 dapat suami yang merokok. abis takkan dy xnak suke sayang kat suami dy,kan?

ketap bibir.

jom berubah ke arah kebaikan.
Addin the way of life.

Assalamualikum.
smile :)

Monday, 23 September 2013

mathurat

Assalamualaikum..


mathurat,,,,
korang penah dengar x..?
cik hacksflower pown baru kenal mathurat utk pertame kalinye waktu umur 15 tahun,,,
bile tu eh? waktu form 3 laa,,smile..

kat kelas bahase arab (ambik je arab tp xblaja betul2 kan da dpt B), gi kat meja ustazah nak tanye something laa konon,,kan da kene lecture panjang2..
ustazah pown antara dalam lecture isinye :

       Ustazah cakap "awak bace lah maksurot tiap2 hari.."
       Cik hacks  dalam hati da pelik tambah bingung memikirkan ape kebende nye maksurot tu,,
ustazah sambung lg, "ustazah suke tengok orang bace maksurot nie, ade satu sekolah nie ustazah penah tengok, student dy buat group dalam 5 orang lepas solat subuh n asar, bce maksurot"
       Okey, serius tak tau nak cakap ape, masih pening lagi, aku pown tanye ustazah, ape kebendenye tu,,
       Dengan rela hati ustazah belek beg tangan dy n bwk kuar satu buku yang kecik tak sampai besar tapak tangan pown, tunjuk kat Cik hacks, "nie la dy, kecik je boleh beli kat kedai buku salunye ade jual kecik cenggini, semua tu adalah doa2 yang di bace rasullullah semase hayatnye, dan dah dikumpulkan sejak zaman hassan al banna, the fouder muslim brotherhood,  n di baca sampai sekarang, insyaallah segala urusan dipermudahkan." aku belek jap, ohh MA'THURAt eja dy upenye,,
     
Sampai situ je lah pertame kali aku mengenali ma'thurat nie,,
tapi,,,waktu tu aku masih jahil lagi, ustazah bg keypoint pown aku taknak ambik, sombong sangat nak ikut doa2 yang rasullullah bace. So aku tak bace laa sehingga........

 bile form 4, aku masuk mrsm kuantan, biase laa mrsm kan tertutup ciket, rules kene ikut mmg pasty (tp ade je aku tibai langgar..haha), dan makthurat kat sane kene bace,,kat situ baru laa aku amalkan kalau aku gi solat berjemaah kat surau,,

tapi disebabkan zaman kejahilan aku nie jahat sangat, aku skip la solat2 berjemaah nie,magrib ngan isyak je aku gi, klo xgi, alamat mmg cari bala free je la gn cikgu shahmi(cikgu paling aku takut, bawak rotan), well skg da tak takut da laa,,

so aku boleh kire dengan jari je lah, bape kali je aku bace,,

n now!!!!!
sejak aku dapat nur cahaya nie, aku pown bace laa ma'thurat nie,,hampir xskip setiap kali pas subuh n asar/magrib,,kdg2 ade je aku tertinggal, tp aku kan masih lg dalam perbaiki diri, (korang doakan aku jugak),,aku xbeli pown buku kecik dy tu,,
aku just download application,,,n disebabkan aku nie true malaysian, aku ambik terjemahan melayu punye laa,, klo korang nak download, aku suggest yang nie kat play store..



nie ape  yang aku suke sgt pasal dy ialah
 terjemahan in bm, yang membuatkan aku rase deep dalam hati, aku paham maksud dy

  1. hampir setiap bawah dy ade hadis ckp bende nie, bende tu, bile rasullullah bace, bpe kli rasullullah bace, n bile da tau tu, aku rase 'ooo,,patotlah kene bace yang nie'
  2. dy akan berubah secara automatik for subuh n petang, so xde laa masalah aku nak pikir dulu nie pagi ke petang(ish ade ke)
  3. dy application je! dalam nfon je...senang aku nak bwk kat mne2..senang aku nak bace kat mne2..
  4.  terjemahan in bm, yang membuatkan aku rase deep dalam hati, aku paham maksud dy


cume yang aku paling tak suke bile..
jenjenjen..




nset aku mati! sdeyh waktu nie, nak bace xdapat,, so utk mudahkan kite, beli la satu buku , singget je pown, n yang kat nset nie pastikan download.

ok frens,,
give me support
Assalamualikum
smile. :)

Friday, 20 September 2013

novel ...should i forget u?

Assalamualaikum..


aku suka sangat bace novel,,,tapi xde la nak kate teruk sangat,,setakat nie,da hampir nak dekat 30 buah novel melayu yang aku da kumpul sejak aku menjadi peminat setia tahap xingat dalam pembacaan novel..

dan,,,penulis yang aku minat ialah siti rosmizah..
siti rosmizah..
siti rosmizah....

novel dy bg aku sangat menyentuh jiwa,,sampai aku kene tangkap leleh waktu bace,,
kadang2 sampai meraung merah mata bagai depan kawan aku, n sambil cakap "sedih sangat cite nie,,,kenape jadi macam nie..kenape macam tu,,,kenape macam nie??"

but..

bile aku start nak berubah nie,,,
aku mula sedar,,,,,,,
banyak2 novel yang aku bace,,,semua,,diulang,,semua,, novel cinter,, sometimes novel yg aku bace tu membuatkan aku leka sangat ngan dunie nie,,,

cinta pada manusia yang boleh laa aku panggil sorang lelaki, aku dapat rasekan indah sangat,,

terlampau indah,,
aku dapat tempatkan diri aku dalam novel tu,,
aku leka terhanyut kene bwk gn kayu balak kat air terjun sungai pandan,pahang dengan lajunye,,,

istigfar,,

dan kini aku sedang cube utk avoid bace novel yg hanye berasakan cinta dunia semate...

memang org kate,,xkan bace novel pown xleh?

jawapan aku : insyaallah aku akan cube utk ubah diri aku agar aku sentiase igt pada yang satu,,aku sedang cube yang terbaik dalam diri aku untuk berade kat jalan yang aku rase puas,,

memang sangat terkilan,,,,bace sinopsis je skg nie,,nafsu nak bace novel cinterrr tepakse tahan..jiwa meronta nak sangat,,hati ingatkan kembali jalan yg sepatutnye kite pilih..

so sekang nie,,aku masih bace novel, tp cume novel hlovate ajeeee,,ngeee,,

doakan aku berjaye merubah diri,,
dan jangan lupekan kepada diri sendiri..
jom beraksi sebagai hamba di pentas dunia.
amin..

Assalamualaikum

smile... :)

Wednesday, 18 September 2013

umar ku al faruq

Assalamualaikum..

nak cite nie,,hihi,,ambik singkate je cite,,

Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani
Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW : "Benar"
Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq ! 
Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan  di BaitulLah   khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Begitulah kisahnye..
n the important is nie adelah copy paste,,haha

Sunday, 15 September 2013

Go to talk : Unity IN Diversity

Assalamualaikum..

aq gi talk kat Pusat Islam UiTM Shah Alam, masuk hari nie,,dah dua hari dah,,
esok hari last,,insyaallah..

aq pown bukan pro sangat nak cakap pasal islam..

humble..

tp insyaallah, yang aku tau aku cakap laa,,
ape yang korang faham dari maksud tajuk nie?
UNITY IN DIVERSITY

klo direct translation means perpaduan dalam kepelbagaian,,

????boyaa?

kepelbagaian ape doh?

lebih ditekankan kat sini...
the perpaduan kite sesame islam dalam percanggahan pendapat..

???

mazhab..
malaysia pakai syafii' kan?
what the different?
maliki? hanbali? hanafi?

pendapat..

cara fikir masing2 xsame dan ade logik yang tersendiri..
so kite pk lain, orang tu pk lain, result pown lain, logik akal pown lain..but masih!kita satu agama,,
jadi kite masing2 menerima pendapat yang lain sebagai tande respect with their own logic..
sebab ape2 pendapat yang beliau2 nie bawak, bukan tanpe root,,ade sebabnye,,
jangan cakap kite betul dy salah! nie sikap manusia, suka menang..

take analogy :
u have mouth :teeth, lips, tounge,,,,
sometimes they are not agree n  tergigit each other,,teeth tergigit lips, teeth gigit tounge...sometimes..
but if lips marah kat teeth n dah xnak tolerate gn dy, ape jd pada mouth,?tounge pown mogok xnak tolerate jugak.., ape jadi?mouth xdapat nak jd betul kan? so lips n tounge should forgive each other n respect even sometimes they are not agree,,
dengan cara nie, mouth akan dapat cakap, makan, kunyah dengan betul,,
unity...

same with islam,,
respect each other view even disagree sometime because they have their own view..
n unity in diversity will achieve..

P/S : unity is not uniformity. no doubt.

Assalamualikum

Sunday, 8 September 2013

Pesanan Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum..

Nak citer nie..

Pasal
Imam al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:


1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

 Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)


2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



P/S : Even nie copy paste, but still nie sangat lah bergune kat kite..